Thursday, June 14, 2012

Sifat Rendah Diri - Mengakulah 'ya, saya yang salah'

As salam.

Syukur pagi ni, di hari Jumaat yang penuh barakah (25 Rejab), dapat juga saya mendirikan solat subuh berjemaah di surau, walaupun niat asal untuk bertahajud belum tertunai. Moga ALLAH panjangkan usia ini, dan diberi kesempatan untuk mengejar redha ALLAH melalui solat malam.Ameen.(jom sama2 kita mempromosi kebaikan)

Saya sebenarnya tengah sarapan di bilik hostel ni, sambil2 makan...dengar radio ikim, ada slot Motivasi Pagi. Syukur2... Tajuk hari ini adalah, Sifat Rendah Diri - Mengakulah " Ya, saya yang silap, maafkan saya ya". MasyaALLAH, tajuk yang sangat bagus, mampu menundukkan ego seterusnya mengangkat darjat seseorang hamba di sisi Tuannya/Tuhannya.

Berikut adalah isi-isi penting dalam slot ini:

1. Contoh dari Baginda saw- Baginda dan isteri tersayang, pernah saling menyalahi diri sendiri apabila pada suatu malam, baginda 'terpaksa' tidur di luar rumah lantaran Aisyah 'gagal' membuka pintu rumah. Kalau tidak silap saya, lantaran tertidur. MasyaALLAH, sifat mulia dari insan mulia, sangat wajar dicontohi.

2. Dengan mengaku kesilapan kita, sedikit pon tidak menjadikan kita hina. Kehinaan mahupun kemuliaan sesorang terletak dalam kekuasaan ALLAH swt.

3. Baginda Rasulullah saw pernah menangisi kematian seorang Yahudi. Baginda rasa sangat bersalah kerana umatnya ini mati tidak bersama Islam. Hebat bukan....

4. Kita patut sentiasa fikir, apa yang patut kita buat, bukan apa yang patut orang lain buat.

Selamat beramal, ingat...sentiasalah MERENDAH DIRI. ^^,

Di tempat ini jugalah rombongan umrah kami pernah sama-sama mengalirkan air mata lantaran sangat rindu kepada baginda. Terasa sangat baginda dekat dengan kami ketika itu. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

4 comments:

  1. Assalam,
    Tahniah dgn anugerah Masters. InsyaALLAh go for PhD!

    ReplyDelete
  2. Wassalam...terima kasih banyak Dr. Doakan ya untuk PhD nanti. Btw, thanks for sharing your thoughts/experience through blogging and writing. MasyaALLAH sangat2 kagum...syukur umat ini dianugerahkan insan seperti Dr.Alhamdulillah...sama2 kita terus mujahadah ya. ^^,

    ReplyDelete
  3. Ya, sy yang salah...banyak kali jgk guna ayat nie..memg mujarab..pihak yg satu lg tu biasanya akan syp x terkata..bila dipikir2 kn dan ditimbang2 kan...xrugi apa2 pun bila kita ngaku salah and follow ngn ucapan maaf..sgt harmoni keadaan lps tu compare ngn kita berbahas balik yg boleh menimbulkan keadaan yg sgt tegang....ermm..sgt menarik post nie...

    ReplyDelete
  4. hehehe...betul2. Tulah kan, sikap mcm ini byk membantu kita menundukkan ego kita.. Na'uzubillah, sebb ego, bongkak dan sombonglah syaitan dikeluarkan dari Syurga, teman idaman setiap manusia. Smg ALLAH pelihara diri kita, dan sempurnakanlah setiap amalan kita. ameen..=D

    ReplyDelete