Sunday, January 22, 2012

Interview for University of Cambridge at MBI Singapore

Lama dah sebenarnya plan nk kongsi pengalaman iview nie. This time punya mmg lain daripada yg lain. Before this kalau ade iview utk phd, just via phone. Tapi kali nie pakcik nie rajin plak nak ajak jupa.hehe. But stil i have to be thankful since i have learned many big things. ALHAMDULILLAH...

Tempat kejadian, Mechanobiology Institute, Nasional University of Singapore (NUS). Tarikh: 11 January 2012 (birthday Dato' Siti). Pakat jupa dlm kol 9.00am dan berjaya tamat dlm jam 11am. ALLAHUAKBAR, 2 jam yang sgt....penat kot.hehe..penat pikiak.  Nk ikotkan, iview ni sgt2 informal...kami dah dcide to make it like that. Less pressure la kan. huhu. Ok, iview start dgn bismillah (pasti), dan kemudian aku terus start present (sepertimana yg dipersetujui). Tajuk: micromechanical analysis of the developing tissue using magnetic mechanicsm (ni x tpt sgt..lupa sudah). Tapi spnjng presentation tu, kami selitkan juga dgn soklan/perbincangan. sgt informal dan dia mmg sgt2 membantu. Dia juga ade bertanyakan soklan2 berbentuk theory. Ingatkan habes presentaiton abes dah...rupanya lepas tu dia smbung balik. Kali nie ternyata lebih memeritkan. Satu persatu formula dia godeh abes2an, at the same time..aku digodeh skali.huhu. Baiklah antara yg ditnya:
1. formula kalau a solid is sinking in a fluid. Derive the formula, then dia adjust2 skit...then tell him what will happen.
2. Pasal magnet juga, kalau diubah arah arus, ape yg berlaku pd magnet beads tu.
3. Programming matlab: simple tapi disbbkan nebes and dah lupa..xdpt buat.adoi malu je.
4. Finite element analysis
5. Partial differential equation
6. Numerical method etc.

But all in all, mmg xdpt jawab.huhu. 30% je kot yg mampu. yg lain hmpas. Dan sbg akibat, dia kata disbbkan aku nye fundamental x cukup kuat, dia bagi masa 4 tahun untuk aku dptkan PhD. In 1st year, dia akan tolong mantapkan mana yg patut. ALLAHUAKBAR, dia mmg sgt baik! Tapi tulah.....berat juga hati nk ke sana. Sebenarnya, aku dah decide nk p mana (oxford, cambridge or imperial college) tapi xpelah...akan dibincangkan dalam entry yg seterusnya. insyaALLAH..

Alexandre J Kabla mmg terbaik!!!! ^^,

Intro untuk Menjadi Ilmuan

Bismillah...

Saja create entry nie...sebb ada hasrat nk kongsi sedikit sbyk tips nk berjaya dalam bidang akademik. You are welcomed to visit a newly created category, 'tips akademik' untuk membaca entry yg berkaitan.

Sebagai pengenalan, just want to inform, nk dunia perlu ada ilmu, nak akhirat juga pasti perlu ada ilmu. Maka kalau nk dua2, sama2 la kita menjadi manusia yg sentiasa kehausan ilmu! Ingat, dah ada ilmu jangan sombong n jangan kedekut. Berkongsi2 la ek ^^, Thank you in advance ^^,

Dunia,...keZALIMAN berleluasa. Namun,yakin lah ALLAH tidak sekali-kali menzalimi hambaNYA

As salam,

Ke hadrat ALLAH diriku berserah, dan kepadaNya aku menyembah. Selawat salam ke atas Rasulullah yg amatku rindui. Kenangan 'bersama' di kota suci Madinah kekal terpahat dalam memori manisku.

Baiklah, tulisan kali ini sangat berat bagi saya untuk berkongsi kepada semua pembaca. Namun, terbit di hati untuk menulis di sini lantaran yakin sangat bahawa apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Entah bagaimana mahu bermula, kerana di hati ini ALLAH sahaja yg tahu bagaimana rasanya. Kami sekeluarga diuji sekali lagi. Kali ini ujianNya cukup memberi tanparan hebat kepada kami. Akibat kezaliman, sifat tiada keperimanusiaan serta bertuhankan harta dunia...sanggup mengetepikan keadilan. Saya sangat-sangat terkejut, berlaku di depan mata bagaimana manusia yg selama ini (serta luaran) nampak sangat baik, sanggup menzalimi orang-orang yg amat aku sayangi. Laknatulllah. Yakin di sini kukatakan, jika tiada taubat pada diri manusia yg zalim ini, yakinlah anda akan kekal di dalam neraka yg paling bawah. Kejam, mmg sangat kejam!

Tapi tulah dia..syukur kerana masih lagi di bawah rahmat ALLAH. Kami perlahan-lahan cuba memulihkan keadaan. Dengan keyakinan bahawa ALLAH swt sekali-kali tidak akan menzalimi hambaNya, kami menguatkan semangat meneruskan kehidupan di bumi ALLAH yg hakikatnya penuh dengan kasih sayang. Yakinlah, ALLAH itu maha adil, maha pengasih dan maha penyayang. Dengan keyakinan sebegini, iALLAH setiap ujianNYA mampu kita hadapi dengan redha dan penuh keimanan.

ALLAH swt dan RasulluLLAH...kami berterima kasih kepadaMU. Smg berjumpa di syurga nanti. Ameen ya Rabbal 'Alamin...