Friday, January 25, 2013

Supervisor Yang Sangat Baik ^^,

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi ALLAH. segala puji hanya bagi ALLAH. segala puji hanya bagi ALLAH.

Saya baru sahaja selepas berjumpa dengan supervisor saya, Dr Mark Thompson. MashaALLAH...sangat tak terkata.... Despite of being bombarded by so many questions, at the end of the meeting...he was saying that he just want to make sure that I am doing fine here...feel happy, having sense of belongings by the group members. Alhamdulillah. Doakan beliau semoga pencariannya dalam bidang sains ini membawa beliau ke satu titik mempertemukan kuasa tuhan yang tiada tolok bandingnya. ALLAH MAHA BERKUASA. ALLAHukbar...ameen ya rabbal 'alameen.

I still remember one of my question to him was that, how to become a very productive person at all times (I've asked this to my dearest ex-SV Hj Dr Rafiq)....and I'm quite surprised that he said that his intention to use our research outcome always get him inspired and motivated...which thus drive him to become a very productive human-being. And being at this research centre surrounded by so many clinicians and medical dr make him aware on the needs of having such a good technology to help the patients.  MashaALLAH....saya terhantuk sikit tadi. Dalam kesibukan buat research, saya hampir lupa matlamat sebenar dalam apa yang saya buat ni.. Ya ALLAH, semoga niat kami terus terpelihara. Ameen ya rabbal'alameen.

Sekian sahaja, buat semua...walau dalam kita sibuk nie..make sure kita x lupa matlamat hidup kita. 1. HAMBA ALLAH. 2. Khaleefah ALLAH.

Doakan kami berjaya dunia akirat ya.. =D

Salam perjuangan...Wassalam




Nazri Bajuri,
DPhil Candidate,
Mechanaobiology Group,
University of Oxford



Tuesday, January 15, 2013

Jalan Kiri atau Jalan Kanan ?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kumulakan bicara dengan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat yg telah dikurniakan ALLAH. Dalam pada diri ini diuji, tidak pernah skali puon diri ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan. Ya, ternyata ALLAH itu maha penyayang.

Baiklah, dalam pada tengah sibuk menjalani kehidupan harian sebagai pelajar penyelidikan, tidak akan kulupa akan tugasku juga sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini. Saya berhasrat untuk berkongsi sedikit akan rencah2 yang diperlukan untuk kita terus 'survive' di bumi asing ini (asing di mata tapi hakikatnye semuanya ini tetap kekal terus bertasbih kepada ALLAH).

Sebelum aku tiba disini, aku sedar akan beberapa kemungkinan yang akan berlaku kepada diriku: menjadi lebih baik atau menjadi lebih menyimpang jauh dari jalan ALLAH. Dengan rasa sedar akan dunia ini hanya sementara, aku tabahkan jua untuk memilih jalan yg akan mendekatkan diriku kepada rabbul'izati.. walaupon hakikatnye jalan ni penuh dugaan..kerana Dia telah berjanji hanya SEDIKIT sahaja yang mampu merempuhnya dengan berjaya. Tapi selagi masih mampu memilih, pasti kupilih jalan yang akan membawa kebahagiaan yg kekal abadi. To make things more practical, berikut adalah beberapa strategi yang sedang dan akan aku jalankan:

1. Turut serta dalam usrah. Alhamdulillah, di bumi barakah Oxford ini, kalimah2 agong ALLAH tidak pernah sunyi daripada dilaungkan, juga disebarkan. Ada beberapa usrah yang berjalan di sini, tidak kira untuk muslimin mahupun muslimin. Terima kasih banyak yang meneruskan usaha murni ini. Moga kita kekal dalam jalan ini hingga bertemu YANG TERCINTA. ameen.

2. Mencari housemate yang betul2 mempraktiskan Islam. Alhamdulillah, baru2 ini aku telah ditemukan dengan insan yang sangat baik dari mata saya, bagus solatnya, juga bagus akhlaknya. Mudah2an ukhwah yg terjalin ini akan terus terpelihara. ameen (dapatlah juga peluang dan ruang untuk bersolat jemaah, yang mana jauh di sudut hati amat kurindui solat jemaah di Malaysia, apatah lagi di Tanah Suci).

3. Ada juga usrah online buat sahabat di bumi US..walaupun kami berjauhan, nama kalimah ALLAH menyatukan kami. Dear Azam Bakir, semoga kita kekal istiqamah di jalan ini. =D












Sekian sahaja, buat sahabat..sama2 kita bijak dalam memilih laluan mana yang ingin kita tuju dalam hidup ini. InsyaALLAH =D
2.