Tuesday, June 12, 2012

Bicara Remaja IKIM.fm - AlQuran di Hati

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mendengar sesi perkongsian oleh adik Jamal di radio IKIM.fm. Sedikit perkongsian untuk manfaat kita bersama:


1. Bukan masa yang menjadi halangan, tetapi sikap yang perlu diperkasakan. Rajin2kan diri dan cuba peruntukan masa untuk menghafaz al-quran (cth, antara maghrib dan isya’)
2. Bagaimana hendak menarik minat diri sendiri untuk membaca/menghayati al-quran? Banyakkan membaca fadhail’amal-mencari fadhilat membaca al-quran.
3. Tips kuat ingatan – kismis dan kurma, bersugi, membaca al-quran.
4. Hendak lebih menghayati – Baca dengan maknanya skali.
5. Rajin2lah bawa al-quran di mana sahaja
6. Jangan anggap membaca al-quran itu beban, tetapi ingatlah hakikat bahawa ianya satu ibadah.

Adik ini mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan. MasyaALLAH. Semoga menjadi sehebat Ibn Sina. Doa kami untuk adik Jamal, semoga bahagia dunia wa akhirat.

No comments:

Post a Comment