Friday, December 31, 2010

Pembaziran amalan mulia? no! no! no!

Bismilllah.......
Alhamdulillah..kenyang perut senang hati. Saya baru sahaja pulang dari satu majlis kahwin. Meriah, sweet, makanan sedap dan pelaminnya sangat cantik. Warna tema nya putih, hijau lumut cerah dan krim. Serba-serbi meriah.

Saya pon teringin juga turut serta kemeriahan majlis.Habis penuh pinggan saya kerjakan...atas alasan..baru meriah!. Dengan doa tanda syukur serta memohon keberkatan rezeki itu, sesi menjamah makanan pun dimulakan. Kredit kepada katering, makanannya memang sedap. Santapan pun diteruskan dengan penuh berselera.

Hendak dipendekkan ceritanya, makanan di pinggan saya gagal dihabiskan. Daripada dua ketul ayam, hanya satu yang terjamah. Baiklah, i learnt new thing today. Actually this bad habit happened many times before, unluckily it turned out to be a bad habit solely without any counter action taken to stop it. Hmmmm, bagusla tu. syukur umurku masih panjang. Ada lagi mase untuk bertaubat. Ingatla wahai insan, membazir itu amalan syaitan. Orang yang suka membazir itu saudara kepada syaitan. Na'uzubillah... Aku tak nak jadi sedara kepada syaitan. Seperti yang kita maklum, di padang mahsyar nanti, umat manusia dihimpunkan mengikut nabi utusan masing-masing. Dan bagi kita umat Muhammad (s.a.w), pastinya syafaat baginda yang kita harapkan pada saat-saat genting sebegitu. Bayangkanlah, hanya kerana amalan pembaziran ini, syafaat baginda kita tidak perolehi.malah apa yang kita dapat hanyalah 'syafaat' syaitan. Dikumpulkan bersama-sama manusia yang sangat mengkagumi amalan syaitan. Na'uzubillah.. Minta dijauhi.


Oleh itu, sama-sama kita cuba sedaya upaya untuk tidak sekali-kali mengangkat darjat amalan syaitan, yang mana hakikatnya tetap zalim lagi jijik. Semulia-mulia akhlak adalah akhlak Rasulullah s.w.t. Amalkanlah sunnahnya, nescaya syafaatnya milik kita.. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita. Ameen. Wassalam.

1 Januari 2010 (2.12pm)

Alhamdulillah.....(All Praises to Allah)

Bissmillaahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...tidak terbilang segala nikmat Allah sepanjang hayat saya. Dan sebagai salah satu cara mensyukuri nikmatnya....terlintas untuk menzahirkan idea serta pandangan mahupun apa jua bentuk penulisan melalui blog ini. Harapannya terus-menerus menzahirkan isi-isi yang bermanfaat sahaja. Ameen.



"Khaleefah99" dipilih bagi mengingati diri serta yang lain atas tanggungjawab sebagai khalifah muka bumi yang mana tugasan ini datang khas dari Sang Maha Pencipta. Allahuakbar.... Betapa besarnya tanggungjawab ini, namun ia pastinya mampu digalas. Itu janjiNya.

Mudah-mudahan blog ini mampu mendekatkan diri kita kepadaNYA. insyaALLAH...

Salam ukhwah kepada semua...Dan Selamat Tahun Baru 2011!!!! ^^,

(1 Januari 2011= 26 Muharram 1432, Sabtu)