Sunday, December 16, 2012

Graduate On Time (GOT)


Graduate on Time! ^^,

Sampaikanlah walau sepotong ayat.  Baiklah, sebelum bermula, sedikit perkongsian bagi mendekatkan diri kita kepada ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Masih bermain di minda video yang saya tonton berkaitan perkongsian artis tempatan yang terkenal dengan bakatnya dan daya kreatif yang sangat tinggi, Afdlin Shauki…berkaitan pengalaman beliau sewaktu di Gaza. Sangat kagum dengan semangat beliau dan juga rakan2 Aqsa Sharif. Berbekalkan semangat yang jitu, juga hidayah yang maha hebat dari ALLAH…mereka sanggup mengorban masa dan tenaga untuk membantu saudara mara kita di Gaza. Dan yang paling hebat, mereka tahu bahawa perginya mereka ke sana, tiada janji bahawa mereka akan pulang ke tanah air dengan nyawa masih di kandung badan..mungkin hanya jasad sahaja yang pulang. Semoga ALLAH memberikan mereka kekuatan untuk terus memperjuangkan Islam. ..begitu juga kepada setiap yang membaca, dan juga diri saya sendri. Hakikat yang kita kena terima, we should be thankful to our brothers and sisters di Palestine atas usaha mereka mempertahankan RUMAH KITA di Palestine itu.  Ternyata kemenangan mereka kali ini bukan sembarangan, kerana terlalu banyak keajaiban yang berlaku sewaktu pertempuran tempoh hari. Ternyata juga, tentera ALLAH bersama mereka. SubhanALLAH…

Baiklah…berbalik kepada topik yang ingin saya kongsi pada entri kali ini…Graduate on Time (GOT). Isnin dan Selasa lepas (10 – 11/12/2012), saya dan rakan2 (staff cuti belajar UTM) telah menghadiri dua sesi berasingan yang disampaikan oleh delegasi khas dari UTM Malaysia (Datuk Prof Zaini Ujang, Prof Rose Alinda, Prof Ismail, Prof Nordin etc). Bertempat di Education Malaysia di London. Alhamdulillah, sepanjang bengkel, tiada sedikit pun yang saya rasa tidak membawa manfaat kepada peserta, mahupun penyampai.

Terdapat beberapa aspek yang ditekankan dalam usaha mencapai target untuk graduasi dalam masa yang ditetapkan:

  1. Penyelia/ Supervisor.
    1. Banyak2 elemen, penyelia antara yang terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar itu. Hubungan antara pelajar dan penyelia adalah sangat penting untuk dipelihara dan juga terus dipulihara. Baiklah, saya ingin memberikan 2 contoh. Semasa dalam proses assessment yang mana pelajar diminta untuk membuat pembentangan berkaitan perkembangan penyelidikan, terdapat seorang pelajar ini yang mana projek beliau sangat2 cemerlang. Komen yang diberikan oleh penyelia beliau sepanjang tempoh pengajian adalah sangat2 positif. Respi beliau, keep the interest going amongst student and supervisor. Beliau kerap memaklumkan perkembangan penyelidikan kepada penyelia sama ada melalui email mahupun perjumpaan yang kerap (optimally). Supervisor juga terdorong utk terus menyelia beliau. So, senang crita…chemistry mereka tidak pernah pudar. Maka terhasillah research yg sangat2 exciting and excellent (they even dare to publish in Journal of Nature! =D). Slain itu, saya juga prasan..dari segi pemakaian..pergaulan..akhlak beliau…solat dll, beliau juga sangat jaga. Tahniah dan tahniah…no wonder she’s so excellent..hubungan dengan ALLAH beliau jaga, hubungan beliau sesame manusia terus terpelihara (horizontal and vertical relationships). So kepada yang membaca, beringat2lah ya. =D
    2. Satu lagi kisah, saya x kenal sangat kawan yang lagi sorang ini..tapi saya yakin, beliau kini memang ade masalah dengan svisor beliau. Nak dijadikan cerita, svisor beliau mcm hilang minat dengan topic penyelidikan yang dijalankan. Mmg sangat horror. N she found that benda ni dah tak leyh nk diselamatkan lagi..maka panel2 dari UTM menasihatkan beliau untuk pulang ke Malaysia dan sambung pengajian di UTM. Dia yang saya kenal dulu mmg sangat cemerlang. Namun, ALLAH maha mengetahui..kita doakan dia Berjaya dalam usahanya mendapatkan PhD..dan sterusnye bertemu dengan hikmah dalam setiap percaturan ALLAH (ini yang jauh lebih penting dari hanya segulung ijazah).
    3. So again, please jaga hubungan ini. Anggap mereka sbgi cikgu dan sifu kita. Hormati mereka, dan sayangi mereka. Kalau kami di UK, dan kebetulan kini sudah hampir dengan sambutan Hari Natal, rajin2 la spend skit duit untuk beli Christmas card, then bagilah kat svisor, or sesiapa sahaja yang pernah banyak membantu kita (technician etc). Namun, harus diingatkan, jangan sampai diri kita diperhambakan. Jaga maruah n jaga martabat kita sbg manusia dan pelajar. Banyakkan minta bantuan dan petunjuk dari ALLAH..doa banyak2 smg svisor kita terus dalam redha ALLAH. Mana tahu, dengan kuasa ALLAH..and atas usaha kita yang berusaha menunjukkan hasil kerja dan akhlak yang baik, terbuka hati svisor kita yang bukan Islam untuk kembali kepada fitrah (Islam). Wallahu’alam. Ini juga salah satu bentuk dakwah. Doakan saya semoga kekal dalam jalan ini ya =D.


  1. Sikap
    1. Sikap ni memang, sesiapa sahaja pasti pernah berhadapan dengan sikap yang negative, yang mana tidak langsung menjadi punca penyumbang kepada kejayaan. Malas, suka buat keja last minute, buat keja ikut mood, buat asal siap dll..antara sikap yang sangat common. Tapi tulah, kalau kita fikir balik punca sebnar masalah sikap yang saya sebutkan ini…agak2 ape ya yang common? I found that punca utama dalam kes ini adalah tidak bijak dalam pengurusan masa. Saya nk cuba letak fakta kes ini dalam konteks yang sedikit berlainan. Baiklah, saya yakin pembaca semua sangat familiar dengan surah al-Asr..iaitu berkaitan masa. Berikut adalah maksud ayat:
“Demi masa, sesungguhnya MANUSIA itu dalam KERUGIAN. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan2 dengan sabar.”

So, kalau kita aware betapa pentingnya masa itu..iALLAH kita pasti selamat daripada belenggu sikap yang merosakkan. Sbg contoh, kepada sesiapa yang suka buat keja last minute! Ini pesan saya, kita ni tau ke bila kita punye ‘last minute’? Yakin ke kita umur kita ni sampai ke detik dan masa deadline yang ditetapkan? Pasti tidak bukan! Kta tidak akan tahu deadline kita. In fact, our deadline is really our DEADline! But since kita tahu yang deadline kita boleh tiba at anytime…pasti kita tidak akan mampu untuk menangguhkan lagi kerja kita. Kerja (ibadat = bekalan selepas mati)…so pegang formula ni. Cuba gunakan sebaik mungkin masa yang ada utk kumpul amal sebanyak mungkin. Ustaz Pahrol pernah berkongsi…Kita akan jadi lebih produktif dengan sentiasa mengingati MATI. Saya dengan ini, mengesyorkan kepada diri sendri..cuba tampal ayat2 nasihat ini di dinding workplace kita sebagai peringatan. InsyaALLAH..dunia kita dapat, akhirat kekal erat sebagai matlamat. Ameen. So, jagalah masa! =D





  1. Penerbitan (Publication)
    1. Yang ni teknikal skit…but still praktikal! =D. Ok, yes..publication mmg sangat2 penting bagi pelajar2 yang sedang buat research. Siapa yang ada paper, insyaALLAH dia akan selamat waktu VIVA nanti (walaupon ade je kes pelajar yang walaupun paper dah beratur but still difailkan..but this is still very minor case). So, cuba untuk publish banyak2…means..mmg kena usaha keras, kena cari originality dan impact research kita. Even sometime svisor mcm a bit reluctant, cuba juga bincang or negotiate dengan beliau untuk dptkan publication. Sebb dalam konteks nak grade on time ni..paper mmg antara senjata yang ampuh. But, bear in mind!!! Ilmu di dada pastikan melekat betul2.. Niat nk publish pon kena jaga..bukan untuk berbangga..tapi gunakan ia untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Back to ayat terakhir surah al-Asrà “berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”…So sama2 jadikan paper kita sebgai medium utk berpesan2…Yakin boleh ya! (saya dpt idea nie masa tgh menulis entri ni..alhamdulillah =D).
    2. Cakap pasal paper nie..yes, UTM is progressing extremely good. Mmg saya nmpak sangat masa di UTM dulu, stdent and lecturer berlumba2 nak publish. Kalau stakat paper conference dah tak main..hehe. Skrg nk paper yg ade impact factor. Kami di UK nie..ada beza skit..sbb publication ni ikut lectrr and uni. Yg saya prasan di Oxford ni…(maybe dlm dept saya je)..dorang kalau dpt publish kat poster pun dah kira ok (maybe atas dasar nk jaga originality research dorang)… So, Datuk Zaini Ujang pesan kat kami…make sure yakinkan svsor utk benarkan kami publish. Just to ensure kami x terkejut bila balik UTM nnti..sebab ade kemungkinan student kami nanti lagi banyak paper dari kami. Huhu.. Things to ponder! =D

  1. Santapan rohani (Option yg ada sangat banyak: Baca Yasin tiap2 hari, amalan puasa sunat, solat hajat, solat dhua, tahajud, amalan almathurat, amalan baca surah al-mulk dan as-sajdah dll)
    1. Ramai yang pesan kat saya…jaga amalan kita ni. Btw, ini adalah kita punye core business.. and penyelidikan hanyalah sampingan. So, jangan sampai teralih niat dan tujuan ya. Jaga betul2 amalan ibadah khusus, dan juga ibadah umum.

Ok semua, rasanya mcm dah panjang sangat. So kepada sesiapa yang nk berkongsi lagi pengalaman..sila2kan share ya. =D Salam maju jaya untuk semua dunia akhirat .Ameen. Doakan kami di sini ya….Maaf kalau ade salah silap… =D

"Our Deadline is really Our DEADline!!! "




Mohd Nazri Bin Bajuri
Hamba dan khalifah ALLAH,
University of Oxford,
United Kingdom





4 comments:

  1. thanks atas perkongsian..memang betul..supervisor, sikap n publication mmg mainkan peranan yg sgt penting..tp rase dlm bnyk2 tu sikap, kdg2 tu susah nak control..ada tu rase down sgt, demotivated, tak tau nak wat ape n tak tau nak start dari mane..haha.. T.T..

    btw, all the best..! semoga dipermudahkan dan kuat hadapi ujian kat sana. :D

    ReplyDelete
  2. Actually mmg sgt betul.. Memang internal factor sbnrnya yg major. Or in other words...HATI kita yg sgt susah nk control. Kenal letak HATI dalam Research kan. Hati lah yg control emosi n sikap. Emosi= positif slalu, sangka baik, bersyukur, bersabar. Sikap = tidak bermalasan, buat keja on time, synergy etc. N yes, I'm facing the problem as well. N pretty sure...orang lain pon sama.hehe, sbb hati lah organ paling mudah berubah. N thats why Baginda Nabi Muhammad sangat tekankan penjagaan hati.

    Doakan kami di sini ya. Good luck jugak..again, seriously UTM is progressing..n for sure...so do u. =D All the best!

    ReplyDelete
  3. Masyaallah.. great entry bro.. thanks for sharing.. I was surprised to found out the author of this blog is a dear friend of mine! Your success secret is indeed the key to success. And one more thing I recently discovered, people around you also does matter. "Mingle with perfume seller, you will smell like a perfume while being friends with blacksmith, you will smell like one." Good people will keep reminding their friends of good deeds, hence we will be influenced too.

    ReplyDelete
  4. Great entry.very inspiring.i am fr UTM also,industrial biology

    ReplyDelete