Friday, November 30, 2012

New clues explaining tendon injury - Ilmu Manusia Hanya Setitik

Bismillah...

Yes, now I fall in love tendon. Enjoy reading..
Btw just nk bgtau..nampak kita mcm dah sangat maju..bangunan dok berlumba-lumba sapa paling tinggi, kereta pula berlumba sape paling laju. Tapi dalam kes nie, baru nk kenalpasti macam mana tendon berfungsi pon, manusia x lepas lagi. Sesungguhnya ilmu kita hanya setitik daripada selautan ilmu yang mana hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Pengajaran:
- Makin banyak ilmu kita, makin dekat kita dengan Pencipta.
- Banyak lagi benda yang x di'discover' lagi. This is definitely a good news for scientist ^^,

New clues explaining tendon injury (click here..)



Monday, November 19, 2012

Hitung Nikmat, Bukan Kesukaran

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera..

Dah berhabuk kot blog. Allahuakbar, minta maaf sangat-sangat sebab lama dah tak update. Maaf dipohon atas dasar dan rasa kebertanggujawaban untuk berkongsi hampir setiap nikmat/ujian (pengajaran) ya ALLAH telah kurniakan. Maaf sekali lagi.

Rasanya banyak sangat yang saya cuba kongsi. Namun, setiap darinya berpaksi pada satu perkara yang saya rasa hampir sama. Baiklah, bermula dengan peluang berhari raya bersama keluarga tempoh hari, kemudian saya berlepas ke Oxford, kemudian kembali semula ke Malaysia atas urusan Sri Paduka Baginda dan juga untuk melepaskan rindu bersama keluarga dan rakan2 tersyg, dan kemudian kembali semula ke Oxford, dengan mendapat perkabaran bahawa saudara saya/kita di Gaza sedang disiksa Zionis laknatuLLAH ber'sempena' Maal Hijrah. ALLAHuakbar, alangkah hebat percaturanNya.

Apa yang saya lihat, semuanya ini berlaku pasti bersebab..Tiada istilah kebetulan dalam setiap yang berlaku. Ingat, salah satu sifat2 ALLAH adalah Maha Teliti. Ini juga bermakna ALLAH maha teliti dalam setiap percaturannya. So, jom sama2 cari hikmaahnya.

Baiklah, saya cuba kupas satu persatu. Dalam konteks saya (maaf kerana agak self-oriented), peluang beraya bersama buat kali yang terakhir sebelum melanjutkan pelajaran ke Oxford ini adalah sangat2 bermakna. Dan sebagai tambahan, kenangan mengerjakan Umrah pada tahun 2011 bersama mak dan abah mempererat lagi hubungan kami anak beranak. Maka sekarang ini, bila berada di kejauhan, kenangan-kenangan manis inilah yang banyak memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Frankly speaking,  this is not easy for me to cope with all these things. Culture, language, studies etc memang hakikatnye sangat mencabar. Namun, syukur sangat atas percaturan ALLAH.. adalah sangat memalukan kalau saya tidak mampu menangani semua ini sedangakn ALLAH telah beri pelbagai macam nikmat, yang besar mahupun kecil. Thank you ALLAH..





Seterusnya, lepas raya, saya berangkat ke Oxford. MasyaALLAH, new venture was just started..and yes, mixed feelings..happy, worry semuanya ada. Tapi..mungkin atas berkat doa ibu ayah, adik bradik, saudara mara, pensyarah dan rakan2...hampir semua urusan dipermudahkan. Bermula dari Jb hinggalah sampai selesai urusan pendaftaran. Alhamdulillah wa syukurlillah...saya ade juga berdoa sambil bertawasul mudah2an ALLAH 'permudahkan' perjalanan ini (doa bertawasul ini adalah contoh doa para pemuda al-kahfi..selamat membuat semakan ya). Di KLIA, alhamdulillah ramai yang saya sayangi sent me off..and it was greatly appreciated. Mak abah, adik bradik, sahabat semua ada. Thanks a lot guys..smg ukhwah kekal terpelihara dan terus diperkasa. Ameen...begitu juga wishes dkt Fb n pelbagai lagi..ALLAHuakbar, makin bertambah rasa bertanggungjwab to bring smthng beneficial to the country n of couse..agama yg disayangi. Mohon doakan kami ya.




Kemudian tiba di Oxford, thanks a lot kepada rakan2 di sini yang byk sgt membantu. Dengan penuh rasa hormat..mereka yang saya maksudkan adalah;

  • Hasbullah
  • Nazurah
  • Abg Khair
  • Huzaifah
  • Raihan Musa
  • Ridza
  • Firdaus Wahab
  • Abg Yusri
  • Sharif
  • Ilham Aina
  • Dato' Dr Afifi
  • Dr Munif
  • Acad
  • Azad
  • dan semua Malaysian di Oxford.

Terima kasih banyak atas segala bantuan yg dicurahkan. Semoga terus dalam nikmat iman dan Islam. Ameen.







Setelah bebepa minggu di Oxford, syukur alhamdulillah diberitakan saya perlu pulang ke Malaysia kerana  bakal dianugrahkan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2012. Sangat bersyukur sebab setelah sekian lama saya berusaha untuk mendapatkan biaswa (bermula dari tahun 2009), dan setelah banyak kali permohonan ditolak..tertanya ALLAH 'simpan' sesuatu yang jauh lebih baik buat saya. Syukur alhamdulillah..ni kalau x study n menjadi khalifah betul2 nie xtau la kan. Semoga ALLAH lindungi kita. Pulang ke Malaysia, dapat bersua kembali dengan mak abah dan semua yang dirindui termasuk rakan2 di UTM, Cikgu Bahari di Sek Keb Taman Perling dll. Dapat juga berjumpa dengan Dr Dedy yang hebat minda dan akhlaknya..n semualah..hehe. Semua pasal Malaysia mmg saya rindu sgt2. Thnx ALLAH atas nikmatNya. Berkenalan dengan rakan2 baru juga satu nikmat.. Ternyata penerima2 anugrah semua baik orannya.. jauh beza dgn saya ni.huhu. Tetiba terdetik..It means that in general, kejayaan seseorang mmg sangat bergantung kepada akhlak. Baik akhlaknya, maka baiklah hasil tuaiannya. Begitu juga sebaliknya. Maka saya membuat satu konklusi ringkas, yang mana kalau kita terjumpa mana2 insan di luar sana yang jenis berlagak xtentu pasal, selamatkanlah mereka (doa, nasihat etc)..kerana ternyata mereka ini sedang menghidap penyakit hati. ALLAHuakbar, nauzaubillah...semoga dijauhkan daripada memiki sifat sebgini (pasal ego la syaitan keluar dari Syurga...a situation to ponder..). So, sama2 perbaiki akhlak, dan tambahkanlah ilmu di dada..sebab makin bijak kita, makin baik akhlak kita dengan manusia, makin kenal kita dengan pencipta, dan maka makin baik pengabdian kita denganNya. Teruskan usaha ya =D...











Seterusnya, masuk sahaja Maal Hijrah, dunia digemparkan dengan isu keganasan Israel ke atas penduduk Palestin yang nampaknya semakin menjadi-jadi. Tidak terkata apabila melihat anak2 kecil serta wanita diseksa tanpa 'rasa' kemanusiaan. Na'uzubillah. Sama kita doakan semoga Palestin merdeka suatu hari nnti. Ameen. Yang penting skrg..doakn juga semoga iman semua penduduk di sana kekal teguh..dan makin teguh..semoga mereka tidak pernah menyalahkan takdir ALLAH atas mereka.... kami di luar ini sedang menyaksikan ramai para syahidin yang 'lahir'. ALLAH semoga mereka yg terkorban dalam jihad ini dikurniakan rahmatMu ya ALLAH.ameen ya rabbal'alameeen. Tapi ini tidak bermakna kita hanya menjadi penonton sahaja, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, tidak sempurna iman seseorang sekiranya tidak mengasihi saudaranya sendiri seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. Ingat ini ya. So, buatlah apa yang termampu sebaik mungkin; menderma, boikot, doa, dan kalau mampu..buatlah yang lebih baik daripada ini. Mereka sangat memerlukan bantuan kita. Satu yang juga menarik yang saya saksikan di bumi eropah ini, demonstrasi bangkangan terhadap tindakan kejam israel ini bukan sahaja disertai oleh orang Islam, orang bukan Islam juga turut meluahkan rasa tidak senang hati mereka. Cukup semangat, siap bawa sepanduk etc. Kalau di Oxford nie..tidak kurang dari tiga kali demonstrasi di buat. Pernah satu ketika, ade juga penganut Yahudi di sini cuba untuk provoke, namun ALLAH maha kuasa, dari segi jumlah sendiri nampak sangat mereka gagal meraih sokongan warga Oxford. ALLAH...sangat kagum. Semoga yang benar terus menang. Ameen.








Baiklah, rasanya mcm dah panjang sangat. Maaf skali lagi atas salah silap dalam penulisan saya. Jom sama2 teruskan perjuangan dalam hidup ini...kerana kita hidup bukan sekali...hakikatnye kita hidup dua kali, dan yang kali kedua itulah yang kekal abadi. Sama2 berusaha memperoleh redha ALLAH.Salam ukwah.. =D