Saturday, August 31, 2013

A Vague Journey Through

Bismillah..

September 1, 2013 - 2.49am

Ntah kali nie agak lain skit mood tulis blog nie. Rasa mcm tak nak tulis, sbb dia mcm tak berapa nak positif sangat. Tapi xpelah, hopefully could look at it from its bright side. =D

Alhamdulilllah, semalam..berlangsung majlis jamuan merdeka raya Oxford. Syukur sangat majlis berjalan lancar, namun masih boleh diperbaiki lagi. InsyaALLAH. *dan pertama kali saya nyanyi lagu Negaraku di negara orang. Rasa semangat beb.hehe.

Dan sepanjang semalam, sampai la detik dan saat ini..sangat clear in my mind, wajah2 senior2 saya yang nk balik for good, juga senior2 lain yang saya rasakan wajah2 inilah yg banyak memberi saya semangat untuk terus berjuang dengan PhD ni. Rasa yang kami ini satu keluarga besar di Oxford smakin menebal since saya balik dari Wales haritu. Syukur alhamdulillah atas kurniaan.

Nk dijadikan cerita, saya smlm ditugaskan menjadi MC majlisdan tentatively sepatutnye ade slot sesi ucapan untuk seniors whose gonna be back for good. Tp atas beberapa sebab, x dapat dijalankan. Its ok.. yg saya tak leyh lupa..wajah mereka when I asked them, " is the speech ready?". Dan mereka just buat muka yang serba salah. Saya mungkin terlupa satu fact yang in this PhD world, susah nk expect bila kita akan habes PhD.. begitu juga mereka. So dorang kata, belum tiba masanya untuk mereka bagi ucapan. N saya dapat rasakan 'jerit perih' mereka untuk habes dengan jayanya esp di penghujung pengajian mereka *their faces spoke louder. N in fact, each of them ade family. Lagi la rasa beban nya. InsyaALLAH jom kita doakan mereka yg terbaik.

Dan juga semalam, selepas majlisdiadakan meeting committee, untuk merombak balik jawatankuasa sedia adan our outstanding president decided to step down. Gosh, ALLAH knows best. Sebab utama adalah atas beban kerja yang semakin menggunung. Kami terpaksa relakan sebab beliau akan masuk 3rd year.. Dan saya xkan lupa, wajahnye sbb nampak sangat rasa 'burden' yang ditanggung. ALLAHurabbi, mohon Engkau permudahkan urusan kami. So saya pon dengan 'berat' hati turut serta dlm komiti yang baru sbg antara jawatan tertinggi. IALLAH mudah2an niat saya terpelihara utk membantu kominiti di sini. Sbb saya x tau mana satu amalan saya ya akan diterimaNYA.

Petang selepas meeting, sempat juga melawat makmal seorang lagi rakan, yg saya dah anggap dia mcm abg sendiri di lab fizik, bersama2 dengan lagi sorang kawan baik. Kedua2nya senior saya di Oxford ni. Ntah ya, rasa sangat termotivasi bila borak n melawat lab dorang. Mungkin sebb saya dpt rasakan bukan saya sorang je dlm dunia PhD ni. Dan hakikatnya kami BERSAMA dalam perjuangan ini. ALLAHUrabbi..permudahkan urusan kami, and please bring us closer to you. Ameen.

Tulah dia, walau kami pelajar di universiti terkemuka dunia, dengan track record yang dari segi duniawinya boleh dibanggakan..namun kami juga merasai beban yang sama. Dan mungkin juga lebih berat apabila mengenangkan standard universiti juga tanggapan masyarakat yg terlalu tinggi buat kami. Sometimes kami sendiri jadi stuck sbb terlalu fikir akan benda ini.. which is not good indeed. Saya selalu pesan, worry less work more.. and InsyaALLAH, you will be fine Nazri. Saudara di Syria, Gaza, Egypt lagi besar dugaan mereka kot.

Saya mohon rakan2 yang baca, doakan kami berjaya ya.. Dunia akhirat. Semoga satu hari nnti kami mampu membawa pulang bukan sahaja segulung ijazah dari University of Oxford, tapi juga ciri2 insan2 hebat yang boleh mambawa manfaat buat Malaysia tercinta, juga buat agama Islam yang dengannya sahajalah, kami akan selamat di dunia ini..juga di akhirat. Doa saya untuk anda juga.. All the best to all! ^^,




*rakan2 juga digalakkan pergi ke blog ini kerana sangat banyak tips2 berguna di sini =D:
http://nenez9595.blogspot.co.uk/2012/11/jangan-takut-wahai-anakku-dengan-phd-itu.html


Sekian,
Nazri Bajuri,
Oxford University




Thursday, August 22, 2013

ALLAH is the best Creator

I got this from facebook..and so keen to keep this 'eternally'. As to conclude, ALLAH knows best! Have faith people! ^^,

________________________________________________________________________

Kita bertanya : KENAPA MANUSIA DIUJI?Al-Quran menjawab : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah lebih mengetahui mana orang-orang yang benar-benar beriman dan mana orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-'Ankabuut. Ayat 2 dan 3)

Kita bertanya : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK?
Al-Quran menjawab : Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah. Ayat 216)

Kita bertanya : KENAPA UJIAN SEBERAT INI AKU TERIMA?
Al-Quran menjawab : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 
(Surah Al-Baqarah. Ayat 286)

Kita bertanya : KENAPA AKU RASA PUTUS ASA & KECEWA?
Al-Quran menjawab : Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman.
(Surah Al-Imran. Ayat 139)

Kita bertanya : APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Al-Quran menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa mereka dan harta benda orang-orang yang beriman dengan balasan bahawa mereka akan beroleh SYURGA disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah. Balasan Syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar. Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah. Ayat 111)

Kita bertanya : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Al-Quran menjawab : Cukuplah Allah bagiku yang menolong dan memeliharaku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. KepadaNya aku berserah dan DIA-lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(Surah At-Taubah. Ayat 129)

Kita bertanya : AKU TAK MAMPU LAGI UNTUK BERTAHAN!!!
Al-Quran menjawab : Tiada sesiapa yang putus asa dari rahmat Allah melainkan orang yang sesat.
(Surah Al-Hijr. Ayat 56)


Thursday, August 15, 2013

Aidilfitri di Perantauan

Bismillah..dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

"Pengalaman yang tidak akan saya lupakan". This phrase always come into my mind when people asking about my very first experience having raya dekat perantauan.. Huhu. Yelah, years back when tengok Salam Perantauan dekat newspaper, teringin sangat nak merasa pengalaman beraya di perantauan..alhamdulillah, kali ini diberi keizinan olehNya. Syukur.





Baiklah nk dijadikan cerita...raya kali ni mmg sangat2 lain dari sebelum ini. Pertama kali berpagi raya tanpa dapat mengucup tangan mak abah meminta maaf, adalah satu pengalaman yang agak meruntun jiwa..huhu. Adik beradik juga tiada di sisi. Adanya teknologi, membenarkan kami diperantauan melangsaikan tanggungjawab ini menerusi online video call (skype, wechat etc.). Namun harapan saya agak meleset kerana tatkala diri ini ingin berbicara dengan kedua ibu ayah yang dirindui...mereka 'tanpa segan silu' mengelak. Huhu.. hanya dapat berborak dengan adik beradik yang disayangi sahaja. Ternyata mak abah terlalu sebak untuk berbicara. Masing2 dok mengelak, yelah..terlalu hiba..mereka dan juga saya..itulah hakikatnya. 

~Keluarga yang dirindui ~

Hening pagi raya juga saya 'hiasi' dengan alunan takbir raya, sayu yet bersyukur atas kejayaan melalui tarbiyah Ramadhan. Bilik hotel di kota London pada pagi itu saya rasakan penuh barakah. Saya dan rakan lama, Amirul, bangun awal, solat subuh jemaah sambil diiringi takbir raya yang saya pimpini..insyaALLAH tidak akan saya lupakan. Kami juga berselang seli berhubung dengan keluarga tercinta di tanah air. 



Di malam raya, Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri majlis takbir raya di Education Malaysia. Sayu tetap sayu namun pengertian sebenar Aidilfitri cuba saya kukuhkan dalam diri. The upcoming 11 months would be even more challenging than Ramadhan itself. Dapat berkumpul bersama-sama rakyat Malaysia, bertakbir raya berlenggok melayu cukup mengimbau kenangan beraya di tanah air. Priceless experience indeed. 

Takbir raya, di malam 1 Syawal, Education Malaysia, London


Di pagi raya, setelah bersiap-siap bersamping,  berbaju melayu, bersongkok..saya dan rakan bergerak ke High Commission London utk solat raya yang bermula jam 9.00 pagi. Pengalaman anak melayu, berbaju melayu lengkap bersongkok berjalan2 di kota london adalah satu lagi pengalaman yang menarik. Londoners just can't get their eyes off me. huhu. Pelik tapi menarik
Khutbah dan solat berjalan sama seperti di Malaysia, dan diakhiri dengan sesi bersalaman dan bermaafan. MashaALLAH sangat ramai rupanya Malaysian. Before this hanya lihat di TV, kali ini saya sendiri mengalami. Alhamdulillah

Suasana di pagi raya, High Commission London

Bersama Yb Pengarah Education Malaysia, Prof Madya Dr Anizu




Juga berkesempatan bertemu dengan rakan2 lama, Abu bakar (Burn), Hasbullah, Sofia Najwa, Amirul Dzarif di bumi 'asing' ini adalah satu perkara 'ajaib' yang ALLAH sahaja maha mengetahui hikmah disebaliknya. Sesi petang, saya dan rakan sempat berkunjung ke rumah rakan untuk rumah terbuka. Kuah lodeh dan rendang yang supersedap.huhu. Alhamdulillah.



Rumah terbuka di kediaman rasmi rakan baik

InsyaALLAH pengalaman yang tidak akan saya lupakan... And I'm actually wondering with this sort of experience, how could I make full use of it for the benefit of ummah and my beloved country. 

To all, doakan kami semoga kekal sukses dunia akhirat..juga tidak lupa, doakan juga buat saudara kita di Mesir yang kini sedang diuji ALLAH dengan ujian yang cukup hebat. 

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ikhlas,
Nazri Bajuri