Saturday, February 23, 2013

Tips Sebelum Sambung Belajar ke Oversea - Kewangan

Bismillah...

Ada rakan saya di UTM yang kini sedang bertungkus lumus menghabiskan Master tesisnya, ada bertanyakan soalan bagaimana dengan persediaan sebelum menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya (PhD kot). Baiklah entri kali ini saya aku kongsi sedikit tips dalam konteks kewangan.

1. Bagi pegawai kerajaan yang bergaji penuh ketika cuti belajar, urusan kewangan mungkin lebih mudah. Adalah disyorkan supaya gaji tersebut dilaburkan. Terdapat beberapa saluran yang boleh digunakan untuk pelaburan:
- Amanah Hartanah Berhad (dari segi syariah insyaALLAH lulus)
- Tabung Haji (simpanan kita juga akan diberikan dividen tambahan)
- Beli rumah dan sewakan. Make sure ade yang uruskan dari segi maintenance rumah. Kerana harga rumah pasti akan naik. Walhal kalau kereta, ianya bukanlah aset sebaik rumah, kerana pasti berlaku penurunan harga. Try to find a time to do all this thing out before going abroad. iALLAH..pasang niat leklok k ^^,.
- Maaf, ni je yang saya yakin dengan 'syariah compliance'nye. Kalau ada lagi mohon pembaca cadangkan ya ^^,

2. Semua urusan ini boleh dijalankan dengan mudah dengan adanya kemudahan recurrence transaction dekat online banking. Ops, don't forget untuk buat pelaburan akhirat juga. Sebagai contoh, pilih mana2 badan kebajikan untuk dilaburkan wang anda itu. Amal jariah insyaALLAH. And pastikan ade portion untuk mak ayah kita juga ya. Lagi bagus kalau simpanan untuk mereka jauh lebih banyak dari simpanan untuk diri sendiri. Jangan lupa luasnya pintu rezeki yang ALLAH kurniakan buat hamba2Nya ya.

Sekian, sebarang pandangan dan cadangan sangat dialukan. Mohon doakan kita semua berjaya menjadi khalifah dan hamba ALLAH yang up to His standard. Ameen.


Tunduklah kamu dalam mencari rezeki kurniaan ALLAH. 



Friday, February 15, 2013

Budaya Kerja di Oxford

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang budaya kerja di sini. Penilaian ini dibuat berdasarkan suasana di persekitaran saya.

Baiklah, saya kini ditempatkan di Botnar Research Centre, Institute of Musculoskeletal Sciences, Nuffield Department of Orthopaedics, Rheumatology and Musculoskeletal Sciences, Nuffield Orthopaedics Centre, University of Oxford (hadoi panjang benor namanya..huhu). Bangunan ini terletak bersebelahan Nuffield Orthopaedics Hospital. So dari segi privilege mmg sgt. Alhamdulillah.

Any way for this entry, just nk highlight pasal satu budaya kerja yang saya sangat kagum dgn mereka2 di sini. Secara purata, di bangunan ini kebanyakannya adalah staff post doc, surgeons, lecturer and only a few PhD students. So can you imagine how hectic the environment is kalau masing2 dok sibuk dgn keja masing. Antara sikap yang saya rasa patut kita contohi adalah:

1. Jarang sekali saya nampak mereka bukak facebook. Bukan sahaja di PC, malah di HP juga kerana saya sangat jarang nampak mereka pegang handphone sambil bekerja. Saya yg jadi segan sebab asyik2 pegang hp. huhuhu. Budaya ini saya dah terbiasa bawak dari Malaysia. And i would say i need to change this habit as best as i can. 

2. Sangat menjaga kualiti masa. Alhamdulillah, hari ini saya adalah orang paling awal masuk makmal (padahal kalau hari lain, saya paling lambat..azam baru katakan..hehe). Dorang biasanya akan mula kerja jam 9  - 12..kemudian break for lunch. Lunch dorg pon kejap je. Maybe sebb dorang makan simple kot and topic perbualan dorg waktu lunch break pon x meleret2. So dlm 30 minit dorang akan kembali bekerja. Biasanya dlm jam 5.00, masing2 dah sibuk nak balik. N sangat jarang yang tinggal di lab.

So harap semua dapat sama2 ambil pengajaran. Mungkin atas faktor ini, pusat penyelidikan ini sangat2 cemerlang. Wallahu'alam. So kpd muslim, patutnye kita lebih cemerlang kerana faktor menjaga masa dan kualiti kerja sangat2 dituntut dalam agama kita. Jom sama2 muhasabah, dan sama2 reset minda. hehe. Wassalam

Friday, February 8, 2013

Oxford Bandar Ilmu?

Assalamu'alaikum...Harap semua sihat. Sihat fizikal, mental, rohani, dan emosi ya. =D

Oxford, bandar ilmu yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Juga merupakan universiti tertua di dunia barat. Kalau diamati betul2, sudah beratus penerima hadiah Nobel yg berjaya dilahirkan di sini. Pembedahan otak yang pertama di dunia juga adalah di sini. In specific, dekat area High Street, where our Examination School is located. Antara fakta yang menarik, para ilmuwan mereka dulu dengan sepakat menyatakan yang 'God is the light' sehingga menjadi motto University of Oxford. Menarik bukan. Jika diamati, perkara ini bukan sesuatu yg terlalu 'pelik' kerana jika betul manusia mengamati 'ilmu' itu, pasti pada satu tahap...ilmu itu akan membawa mereka mengenal tuhan.


Namun sejak akhir2 ini, kebangkitan ilmu2 sains didapati menjadi pesaing kepada ilmu2 ketuhanan. Hingga wujud fahaman atheism dan scientology yang mana tiada lagi kepercayaan berlandaskan tuhan. Nauzubillah. Dan keberadaan saya di sini banyak membuka matas saya. Pertama kali saya berjumpa dengan rakan yg atheist adalah dalam kelas saya sendiri...CDT. Ada dua orang yang saya kenal (yang x reveal x kira lagi). Kasihan kepada mereka memang tidak terbendung. Hakikatnye memang mereka pandai dan bijaksana, namun disebabkan fahaman lama mereka (mungkin hindu atau kristian) yang mana ketepatan fakta atas konsep ketuhanan tu masih sangat samar2. Konsep plurality dalam ketuhanan adalah sangat tidak wajar. Mungkin juga wujud silapnya kita sebagai umat Islam yang tidak sebenar2 dan bersungguh2 menyampaikan risalah Agong dari ALLAH. Semoga ALLAH ampunkan dosa2 kita. Ameen.






Dan bercakap pasal dakwah kepada orang bukan Islam (juga Islam) di Oxford ni, syukur alhamdulillah...sangat2 meluas. Saya di sini dapat melihat perspektif yang agak berbeza. Sebagai contoh isu2 keagamaan dibincang secara terbuka di sini. Namun, saya di sini akan terus berdoa semoga ilmu yang diperoleh mereka bukan sekadar pengetahuan, tapi menjadi pendorong hati mereka untuk mencari kebenaran.

Alhamdulillah, minggu lepas hari Isnin ( January 4, 2013) bertempat di Christchurch College, University of Oxford, telah diadakan satu sesi talk oleh Adam Deen, pengasas Deen Institute di London. Tajuk kalau x silap berkisar kepada ' Why One God?'. Talk yang sangat menarik bagi saya yg pertama kali. Kupasan diberikan dengan hujah2 yg banyak berlandaskan sains (mungkin juga ianya dibiarkan sebegitu kerana para hadirin lebih 'dekat' dengan sains berbanding tuhan). Jika dibandingkan dengan Dr Zakir Naik yang mana sangat handal dengan kemampuannya mengupas mana2 holy scripture berlainan agama, Adam Deen tidak kurang hebatnye. Sedikit kesian dkt diri saya sendiri kerana masih lagi gagal menjadikan Sains sebagai ilmu mengenla tuhan sehebat beliau. InsyaALLAH, semoga cita2 saya ini satu hari nanti menjadi kenyataan ( Harun Yahya menjadi inspirasi..hehe.doakan ye).




Sekian sahaja dari saya....banyak sangat nk cerita sebenarnye..tp saya terpaksa akur dengan keterbatasaan yang sentiasa wujud selagi kita berada di dunia ni =D. Ok semua, semoga terus menjadi pencinta ilmu untuk lebih mengenal Pencipta ilmu. BarakALLAH ^^,

Friday, February 1, 2013

Synergy is really a great policy

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Alhamdulillah, baru sahaja lepas berjumpa dengan supervisor. Again, things were going so well. So far semua berjalan lancar. Antara tips yang saya cuba amalkan adalah, memberi lebih daripada apa yang dipinta/disangka. 1+1>2.. This is what they call synergy. Give more, and InsyaALLAH you will get more. Contoh kalau paper dia minta kita buat satu, kita pulak patut cabar diri kita untuk buat lebih dari itu. Maybe 3 ke kan. InsyaALLAH. Sama juga dalam ibadah kita yang mana ALLAH telah mewujudkan istilah wajib dan sunat. And yes, please do the sunnat things to inculcate synergy attitude in us. InsyaALLAH, do things fairly..our ibadah (khusus especially) and also our study.....and yes, please put 'synergy' in each of them. May ALLAH please upon us (and upon our beloved Prophet Muhammad as well). All the best to all! ^^,