Thursday, July 18, 2013

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong, Perkongsian Pengalaman

Bismillah..

Salam Ramadhan Kareem 1434

Hidup ini rasanya seperti tidak lengkap sekiranya setiap perkara bermanfaat hanya digunakan untuk kepentingan sendiri.

Alhamdulillah, digerakkan hati ini untuk berkongsi sedikit pengalaman sebagai salah seorang penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2012.

Saya dimaklumkan bahawa permohonan bagi sesi 2013/2014 sudah pun dibuka.. kepada yang ingin memohon..sila layari pautan ini: http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/agong_reopen/php/menu/menu_utama.php

Moga ALLAH kurniakan kita yang terbaik. Ameen. Dalam firmanNya yang bermaksud:

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)


So doa banyak2 ya. Baiklah, berkaitan pengalaman sepanjang menjadi pemohon biasiswa YDPA ini, sebenarnya proses-proses lain hanya seperti biasa, dari pengisian borang sehinggalah ke sesi temuduga. Apa yang anda perlu pastikan adalah kesemuanya dalam kondisi yang tip top (CV, presentation, result dll). Namun, anda jangan terkejut kerana ramai dalam kalangan pemohon yang melepasi tahap 'minimum' ini. Termasuklah dari segi bahasa ketiga dan juga penempatan di universiti terkemuka. Ramai yang shorlisted memiliki kelebihan ini, namun masih gagal menjadi penerima biasiswa. Maka apakah yang menjadikan anda unik untuk akhiranya berjaya terpilih sebagai penerima biasiswa?

Ini hanyalah sebagai perkongsian pengalaman saya sendiri. Benar atau tidak..saya yakin ALLAH pengatur yang terbaik.Dia Maha mengetahui.

Baiklah, hendak dijadikan cerita..peristiwa yang saya tidak dapat lupakan adalah ketika sesi temuduga beserta 'presentation' yang diadakan di PICC, Putrajaya.. Ini adalah peringkat terakhir sebelum sesi pemilihan dibuat.

Para pemohon dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang. Dan saya dikategorikan dalam bidang yang agak penghujung (biomedical engineering digabungkan dengan nuclear) mungkin kerana bidang ini masih baru (dalam konteks Malaysia). Panel-panel juga dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam bidang ini. Atas kertas, sepatutnya ada 4 orang pemohon dalam kumpulan ini, namun telah tertulis hanya 2 orang sahaja yang dapat hadir. Seorang lagi adalah rakan yang saya baru sahaja saya kenal di tempat temuduga itu. Beliau bakal melanjutkan pelajaran di Imperial College London.

Baiklah, juga ditakdirkan saya menjadi pemohon pertama yang ditemuduga (walaupun di atas kertas sepatutnye saya adalah yang ketiga). Maka itu, secara jujurnya saya masih belum benar-benar bersedia. Takpelah, saya teruskan perjuangan..cepat mula, cepat juga habis debarannya. =D

Sesi dimulakan dengan pembentangan research proposal. Alhamdulillah, berjaya disampaikan dengan agak baik..walaupun ada sedikit gagap sana sini.huhu. Sesi seterusnya lebih kepada soal jawab berkaitan personaliti pemohon. Beberapa soalan isu semasa turut diberikan. Antara yang saya ingat, saya diminta untuk memberi komentar berkaitan pemberian bantuan kerajaan, adakah ianya satu bentuk rasuah kepada rakyat. Alhamdulillah, saya berjaya menjawab dengan baik. Tips di sinigunalah ayat yang simple tetapi menusuk kalbu. hehe. Dari segi bahasa, ikutlah panel. Sekiranya mereka soal dalam bahasa Melayu, gunalah bahasa yang sama.

Sebelum sesi ditamatkan, saya diminta untuk memberi sebarang soalan mahupun komen terakhir. Satu prinsip yang saya pegang, katakanlah sesuatu yang lahir dari hati, insyaALLAH ianya juga akan sampai ke hati pendengar. Maka my last statement lebih berbunyi kepada, " Satu sahaja permintaan saya kepada para panel yang saya hormati, berilah KAMI termasuk semua pemohon biasiswa ini, peluang, ruang galakan juga doa untuk kami terus berjuang dalam medan yang kami pilih ini, semuanya...bukan saya seorang sahaja. Saya tahu biasiswa ini terbatas, namun yang lebih penting adalah doa serta galakan dari anda sebagai senior kepada kami generasi pelapis"

Sengaja saya pilih statement yang tidak 'self-oriented' atau berbunyi terlalu selfish. Sebagai contoh, 'saya yakin antara ramai peserta di sini, sayalah yang terbaik..maka pilihlah saya sebagai penerima biasiswa ini' Huhu..Maaf saya kurang gemar dengan statement sebegini. Pada saya biarlah dalam perjuangan, kita memberi ruang juga galakan buat rakan-rakan yang lain. Saya juga berharap peserta selepas saya ini akan turut dipilih menjadi penerima biasiswa ini...kerana saya tahu dia sudah berkahwin dan isterinya bakal melahirkan anak. MashaALLAH. The key was, janganlah jadi manusia yang tamak. Semua mahu kita bolot. Lagi banyak untuk kita berusaha mensucikan hati, yakinlah, akan datang rezeki dari ALLAH dari jalan yang tidak kamu sangka. Nak dijadikan cerita, kawan saya yang akan ke Imperial College juga berjaya dipilih. Alhamdulillah, kejayaan bersama adalah lebih bermakna.Syukur kepadamu ya ALLAH. (ops, jangan lupa banyakkan senyum..serta niatlah mengikut sunnah Nabi ya ^^,)

Rasanya sekian sahaja dari saya...jagalah kesucian hati, kemuliaan akhlak, selain kualiti dalam setiap apa yang kita lakukan. Rezeki ALLAH sangat luas. Yakin itu. Saya doakan kepada para pemohon, semoga dikurniakan yang terbaik. Ameen ya Rabb.

Salam Maju Jaya..Majulah diri buat Agama, Bangsa juga Negara yang dicinta. ^^,





Anyway..pengalaman di istana sangat2 bermakna, pasti tidak dapat saya lupakan. InsyaALLAH.. =D

Ikhlas,
Nazri Bajuri

10 comments:

  1. ko memang ada kelebihan tersendiri nazri...all the best for ur phd...jangan sia-siakan harapan mak ayah...semoga hasil usaha ko nnt akan disumbangkan untuk agama dan juga bangsa serta negara tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, doakan ye cik fit. Sama2 kita, live life to the fullest within our very own capacity.hehe.

      Delete
  2. Salam...bole saya tahu brapa amaun keseluruhan jumlah pemberian biasiswa ydpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Kalau dkt UK utk zone 1 (Oxford, Cambridge and London) dlm 1805 GBP. Alhamdulillah. Kalau local utk PhD dlm RM2500. Anyway jumlah utk yg kat oversea quite lavish.. ;)

      Delete
  3. Wa'alaikumussalam. Yup Ummul, wishing you an ongoing success. Ameen. I've read a few articles on ur blog...keep up writing and sharing yeah! May ALLAH grant us an ultimate happiness. Ameen. ^^,

    ReplyDelete
  4. salam Nazri. awak, sy telah berjaya menerima biasiswa ini utk 2013/14..alhmdulillah.. cume sy nak tny, blh ke nt masuk istana negara nt bwk mak ayh? huhu.. sy ade tgk gmbr family awk tu, dorg tunggu kt luar je ke? tq :)

    ReplyDelete
  5. Wassalaam.. MashaALLAH..tahniah ya. keep up the good work. My housemate pon dapat gak..he'll be going back to Malaysia this wednesday IALLAH. By the way, pasal nk bawak parents tu..mmg xdibenarkan. Really disappointed,indeed. try la pujuk pihak JPA..hehe..at least bawak masuk parents masa jamuan dinner malam tu. All the best k..n tahniah again!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum. i had just finished SPM this year & i am very interested in becoming a biomedical engineer. however, i am still confused in finding a pathway to reach that dream, because it is as you have said, it is still a new field in our country's context. i really do hope that you can help me. thank you, and wassalam

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum wbt.

    Semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum, Nazri.

    Bilakah keputusan biasiswa akan diumumkan?

    Bilakah wang biasiswa akan disalurkan ke dalam akaun penerima? Jika penerimaan wang adalah selepas bulan September, adakah penerima biasiswa yang akan memulakan pelajarannya pada bulan September terpaksa menanggung perbelanjaannya secara persendirian sebelum menerima biasiswa tersebut secara rasmi?

    Adakah pihak penaja akan menyediakan wang tambang tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia untuk menerima biasiswa di istana negara dan untuk pulang ke universiti jika penerima sudahpun memulakan pelajarannya di luar negara?

    Terima kasih.

    ReplyDelete