Showing posts with label Tips akademik. Show all posts
Showing posts with label Tips akademik. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Kemantapan Rohani antara faktor Kejayaan Seorang Ilmuan

Bismillah...

Dlm pada tengah sayu (sbb ramadhan dah nak ke penghujung), dan smgt (sebb tengok orng lain smgt nk kejar malam lailatul qadar), tetiba terlintas nk share smthg bawah label 'Tips Akademik'.

Sebelum saya bermula, just to inform yg tips2 yang saya kongsi di sini tiada yg original...bermaksud tips2 nie semua saya ambil daripada orang2 yg telah, sedang dan 'akan' berjaya.

Kebanyakan mereka yg saya kenal, esp bagi yg muslim...dorang2 nie ada emotional quotient (EQ) yg sangat mantap. Solat dorang tip top, bacaan quran dorang xyah cakap la kan. N dorang nie jenis yg suka memberi bukan menerima. Maksud saya, dorang nie suka sgt mengajar orang..tidak pernah sekali2 kedekut ilmunya. Prof Muhaya pernah kata, nk jadi pelajar yg bagus..mesti niat belajar untuk mengajar kerana ALLAH ta'ala.



Baik, saya cuba kupas sdikit faktor kejayaan mereka dgn janji2 ALLAH...yg mana dlm Islam..ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya hanya akan diterima dan dipancarkan hanya dari hati2 yg bersih, suci murni. Baru terasa nikmatnya ilmu itu. Berbalik kepada konteks akademik, Islam sangat2 mengajar kita...sucikanlah hati-hati kita wahai penuntut ilmu...mudah2an..ilmu yg diperoleh akan terus 'kekal' dan bermanfaat kepada pemiliknya serta kepada rakan2 di sekelilingnya. MashaALLAH.. cantik bukan. Maka!!! Lazimkanlah solat, puasa, zikir, bacaan alQuran dan sebagainya. Di bulan puasa nie...cuba mantapkan lagi EQ kita. Pimpinlah hati wahai para penuntut ilmu. Ingatlah..jangan kejar pangkat dunia, kejarlah pangkat di akhirat..kerana nikmat mempunyai pangkat yg tinggi di akhirat, tidak tertanding dengan dunia dan segala isinya. Kejar akhirat, dunia pasti kejar kita. Yakin ya! Wallahu'alam...



Baiklah...mungkin ada yg bertanya..orang bukan islam...napa boleh je berjaya.. Senang2 je dpt 4flat la.. Result gempak memanjang. Okay, back to apa maksud berjaya? Or apa maksud kejayaan sebenarnya? Cuba kita semak balik erti kejayaan. Ingatlah wahai rakan2.. kejayaan sebenar bagi semua umat manusia adalah apabila mendapat redha ALLAH, masuk syurgaNya tanpa hisab bersam2 orang yg kita kasihi. MashaALLAH. So semak balik erti kejayaan. Jangan sempitkan pengertiannya dengan sekadar pointer, harta, nama dan pangkat sebagai indikator. Please be clear dgn maksud 'kejayaan' kalau benar2 mahu berjaya.

Sama2 kita saling mengasihi, saling mengingati, dan berjemaahlah dalam mecapai kejayaan yg sebenar. Saya doakan yg terbaik utk semua. Ameen ya rabbal 'alameen.

Semoga yg di langit lebih mengenal kita daripada yg di dunia..ameen.

Wednesday, June 6, 2012

Bantuan ALLAH swt Bersama Orang yang Suka Membantu Sesama MakhlukNya

Sejak dua menjak nie banyak terdengar dengan pelbagai cerita berkaitan perjalanan hidup seorang pelajar PhD. Macam-macam, ada yang sangat cantik urusannya, dipermudahkanNya. Walau banyak kali buat eksperimen, tapi berkat kesabaran dan usaha yang berterusan, dapat juga hasilnya. Dan ada juga yang saya dengar, tak dapat siap on time, kena extend beberapa bulan and tahun. Ada juga yang dulunya buat PhD di oversea, kerana x sempat siap, terpaksa balik ke Malaysia. MasyaALLAH, sesungguhnya ALLLAH maha pengayang.

Entahlah ek, ada sorang nie tetiba saya sangat kagum dengan dia. Dalam kesibukan dia sebagai pelajar PhD, masih lagi sempat memperuntukkan masa untuk membantu orang lain. Antara yang dia usahakan adalah membantu pelajar yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran melalui penulisan di blognya. Infor berkaitan IELTS, VISA, tips mencari biasiswa etc. Alhamdulillah..sangat banyak info berguna di blognya (she inspired me a lot). Dan melalui penulisannya jugak, saya perasan penyelidikannya berjalan sangat lancar. MasyaALLAH. Supervisornya juga cukup baik.

Satu pengajaran yang saya perasan adalah, ALLAH akan bantu kita selagi mana kita banyak membantu hamba-hambaNya yang lain. Dengan syarat, bantuan itu adalah sunnatullah compliance dan syariah compliance. Kagum sangat dengan orang-orang macam nie. InsyaALLAH, sama2 kita menjadi manusia yang ringan tulang, suka tolong menolong dan saling memberi sokongan, kerana ALLAH ta'ala. Pastikan kita tidak mengharapkan balasan dan niatkan hanya untuk mendapat redha ALLAH. Once dah buat baik, lupakanlah perbuatan baik kita itu. Prof Muhaya pon ada sebut, kalau nk buat baik, cuba jugak buat baik dengan orang yang x mampu nak balas balik dan x kenal kita. Contoh, makcik cleaner ke dll. semoga memperoleh ikhlas. Selamat beramal. ^^,


Sunday, January 22, 2012

Intro untuk Menjadi Ilmuan

Bismillah...

Saja create entry nie...sebb ada hasrat nk kongsi sedikit sbyk tips nk berjaya dalam bidang akademik. You are welcomed to visit a newly created category, 'tips akademik' untuk membaca entry yg berkaitan.

Sebagai pengenalan, just want to inform, nk dunia perlu ada ilmu, nak akhirat juga pasti perlu ada ilmu. Maka kalau nk dua2, sama2 la kita menjadi manusia yg sentiasa kehausan ilmu! Ingat, dah ada ilmu jangan sombong n jangan kedekut. Berkongsi2 la ek ^^, Thank you in advance ^^,