Friday, August 10, 2012

My Online Sifu - Dr Zaharuddin.. Selamat Menonton =D

Selamat Menonton ya...Semoga ALLAH didik hati kita, gemar dgn majlis2 ilmu.. Ingat, janganlah lupa AMAL dan JAGA NIAT ya =D


Kemantapan Rohani antara faktor Kejayaan Seorang Ilmuan

Bismillah...

Dlm pada tengah sayu (sbb ramadhan dah nak ke penghujung), dan smgt (sebb tengok orng lain smgt nk kejar malam lailatul qadar), tetiba terlintas nk share smthg bawah label 'Tips Akademik'.

Sebelum saya bermula, just to inform yg tips2 yang saya kongsi di sini tiada yg original...bermaksud tips2 nie semua saya ambil daripada orang2 yg telah, sedang dan 'akan' berjaya.

Kebanyakan mereka yg saya kenal, esp bagi yg muslim...dorang2 nie ada emotional quotient (EQ) yg sangat mantap. Solat dorang tip top, bacaan quran dorang xyah cakap la kan. N dorang nie jenis yg suka memberi bukan menerima. Maksud saya, dorang nie suka sgt mengajar orang..tidak pernah sekali2 kedekut ilmunya. Prof Muhaya pernah kata, nk jadi pelajar yg bagus..mesti niat belajar untuk mengajar kerana ALLAH ta'ala.



Baik, saya cuba kupas sdikit faktor kejayaan mereka dgn janji2 ALLAH...yg mana dlm Islam..ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya hanya akan diterima dan dipancarkan hanya dari hati2 yg bersih, suci murni. Baru terasa nikmatnya ilmu itu. Berbalik kepada konteks akademik, Islam sangat2 mengajar kita...sucikanlah hati-hati kita wahai penuntut ilmu...mudah2an..ilmu yg diperoleh akan terus 'kekal' dan bermanfaat kepada pemiliknya serta kepada rakan2 di sekelilingnya. MashaALLAH.. cantik bukan. Maka!!! Lazimkanlah solat, puasa, zikir, bacaan alQuran dan sebagainya. Di bulan puasa nie...cuba mantapkan lagi EQ kita. Pimpinlah hati wahai para penuntut ilmu. Ingatlah..jangan kejar pangkat dunia, kejarlah pangkat di akhirat..kerana nikmat mempunyai pangkat yg tinggi di akhirat, tidak tertanding dengan dunia dan segala isinya. Kejar akhirat, dunia pasti kejar kita. Yakin ya! Wallahu'alam...



Baiklah...mungkin ada yg bertanya..orang bukan islam...napa boleh je berjaya.. Senang2 je dpt 4flat la.. Result gempak memanjang. Okay, back to apa maksud berjaya? Or apa maksud kejayaan sebenarnya? Cuba kita semak balik erti kejayaan. Ingatlah wahai rakan2.. kejayaan sebenar bagi semua umat manusia adalah apabila mendapat redha ALLAH, masuk syurgaNya tanpa hisab bersam2 orang yg kita kasihi. MashaALLAH. So semak balik erti kejayaan. Jangan sempitkan pengertiannya dengan sekadar pointer, harta, nama dan pangkat sebagai indikator. Please be clear dgn maksud 'kejayaan' kalau benar2 mahu berjaya.

Sama2 kita saling mengasihi, saling mengingati, dan berjemaahlah dalam mecapai kejayaan yg sebenar. Saya doakan yg terbaik utk semua. Ameen ya rabbal 'alameen.

Semoga yg di langit lebih mengenal kita daripada yg di dunia..ameen.

Sunday, August 5, 2012

VisaUK dan Sedikit Hikmahnya

Alhamdulillah...selesai sudah Jumaat lepas urusan Visa ku. Sekarang nie kene tunggu resultnye mcm mana pulak. Ya ALLAH, mohon dikurniakan kami yg terbaik. ameen. Bersykur sgt pada hari itu..mak abah n adik saya sanggup meluangkan masa mereka utk menemani saya...dlm pada lapar dan dahaga puasa. Semoga ALLAH kurniakan mereka Jannah..Ameen ya Rabb. 

Oklah, balik kepada topik.. Persediaan visa saya byk sgt dibantu oleh blog rakan2 kita nie. ALLAHuakbar, mereka sangat baik n best! sbb kongsi maklumat yg sgt2 saya perlukan.... Kepada Prof Raihan Musa, DPhil (Oxford), terima kasih byk... ini blog beliau..byk lagi yg menarik ada di sini...


Dan dalam pada saya tgh deal dgn prof raihan nie...dia suggestkan saya satu lagi blog yg sgt bagus jugak...


Semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama mereka..ameen.

Disebabkn blog2 ni dah bgtau detailsnya (selain universiti tu sendiri ada info masing2)..so saya x perlu ulang ya.hehe. Yg bezanya dgn saya adalah:
1. Saya buat bank draft guna CIMB Bank, n amountnye pon berbeza..RM1416,00. 
2. Masa buat biomatric..tangan saya ( i mean jari2 saya)..sangat susah ditrace..last2..orang tu givup..ambil je mana yg terbaik...
3. Ha..ni link untuk buat appontment; https://www.vfs.firm.in/my-apptsystem/appscheduling/appwelcome.aspx. Make sure buat dulu appointment..sbb dorang punya security agak strict.. Tapi saya dpt yg less strict...sbb rakan2 di dalam pelik macam mana HP saya boleh dibawa masuk. Ada yg HP pon terpaksa diletakkan di luar. So, kepada yg simpan details dlm HP..dinasihatkan..buat hardcopy k. =D
4. Alhamdulillah, dpt berkenalan dgn kawan baru. So, kepada yg membaca nie, murah2kan senyuman, dan jadilah orang yg peramah ya. Kita ikut Nabi kita..s.a.w. =D. (Amirul dan Azhar, dua kawan baru saya yg sgt peramah...terima kasih atas ukhwah yg terjalin)

Kami buat visa UK di wisma MCA (VFS Sdn. Bhd.), sangat dekat dengan KLCC. Dia agen..ini detailsnya:

Antara hikmah yg saya dpt sewaktu proses buat Visa nie:

1. Walau macam mana keadaan kita..susah senang..mak abah n family mmg slalu ada di sisi. Syukur sgt..maka, in return..buatlah yg terbaik utk mereka juga ya. (sekarang nie ramai yg lebih mengutamakan kawan daripada keluarga..tak boleh mcm tu k =D )

2. Buat VISA di bulan ramadhan..ALLAH, dari sudut pandangan akal biasa..nmpak mcm..kene banyk sabar.. Actually, mmg sgt betul..sbb byk urusan yg perlu dilaksanakan. Namun, beringatlah akan betapa byknya limpahan rahmat ALLAH dlm bulan ini. Maka cuba sebaik mungkin, reset minda...jadikan urusan ini sebagai ibadah... Jaga niat jaga syariat. InsyaALLAH. Ramai yang saya jumpa buat visa dalam bulan ini. MashaALLAH. Doa saya agar ALLAH terima amal ibadah kami ini. Maka, bersyukurlah..=D (Jauh beza pengorbanan kami ini jika nk dibandingkan dengan tentera2 Islam dlm perang Badar, yg mana juga jatuh pada bulan Ramadhan). Bersyukur lebih baik dari Bersabar (Bersyukur > Bersabar)

3. Urusan Visa juga mengajar erti bertawakal...hehe. Kene tunggu beberapa minggu baru dpt tahu result. Maka, bertawakallah..Sangka baik dgn ALLAH..doa dan terus berdoa. Ini senjata kita. 

Maaf sangat2...topik saya x sehebat blog2 yg dikongsi oleh rakan2 kita tadi. Namun, harap sangat agar sdikit perkongsian ini dapat memberi hikmat dalam kehidupan kita.. Ingat! ALLAH MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG!..indeed. Pegang ni ya =D.