Wednesday, March 26, 2014

Jalan Kemenangan Itu Berliku - Oxford Transfer of Status

26th March 2014, Wednesday, 3.19pm, Oxford Union Goodman Library, University of Oxford, Oxfordshire, UK



“Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa mereka dan harta benda orang-orang yang beriman dengan balasan bahawa mereka akan beroleh SYURGA disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah. Balasan Syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar. Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar"


(Surah At-Taubah. Ayat 111)



Bismillahirrahmannirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah, can’t wait to announce this good news. I finally passed my Transfer VIVA! and please stop calling me a probationer coz I’m not! No longer..hehehe.. Syukur Alhamdulillah. Been waiting for this moment for a while..indeed. Thanks to the Almighty ALLAH swt for all His blessings. Verily, I am nothing without Him.

Actually transfernya semalam. To those yang not so familiar ngan transfer, it is actually a process where 1st year students are being assessed in order to determine how good are they to conduct the chosen PhD topic for the next few years. Saya rasa lebih kurang sama mcm kat Malaysia juga, cuma yang beza dkt sini, the process is more VIVA-like in which the candidates have to defend their thesis proposal, in a way that panels will go page by page and ask you any questions they found necessary. Fundamental, applications, your future plan etc semua dia hentam. And I’ve heard many times that they purposely make it tough so that the student will take this phd journey more seriously. Dan tanpa sebarang kudrat dari saya, semuanya ketentuan ALLAH, saya berjaya lepas semalam (25 March 2014). Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga. Lama woo tunggu dari 2012 sampai 2014 lepas skali extension sbb first 3 months ade problem.

Entri kali ini akan saya kongsikan sedikit sebanyak perjalanan berliku saya..huhu. But please, read this with a note in mind that what I have gone through was indeed NOTHING, incomparable with those faced by our beloved Prophet Muhammad s.a.w and his companions (saya juga yakin rakan2 semua ada pengalaman yg berliku mcm saya dan mereka..cuma laluan kita berbeza). Langsung x tertanding. Ini juga selalu saya ingat dekat dlm diri saya, kalau saya susah, dorang lagi susah. Kalau saya penat, dorang JAUH lebih penat.. Jalan ke syurga, inilah fitrahnya, penuh liku. So the message that I try to REhighlight is merely that NAK BERJAYA, tiada jalan lain MELAINKAN melalui jalan2 yang berliku. But then, still you must be smart enough to ensure that your momentum is going, your strategies are handsomely executed and all that. Dan yang paling penting, dalam setiap langkah anda, ALLAH yang superpower itu ada bersama DEKAT dengan anda, lebih dekat dari salur darah di leher anda itu. ALLAHUAKBAR!

1. Stategi utk berqiamullail setiap hari. Banyak kali yang saya dengar dari orang2 hebat Islam...yg mana dorang ni adalah pengamal tegar solat malam. Yg pernah saya dgr antaranya adalah Dato’ Seri Dr Zaini Ujang, dan juga ex-supervisor Prof Dr Rafiq. On top, former Islamic scholars pon sangat dekat dengan ALLAH yg mana malam2 mereka dipenuhi dengan aktiviti munajat, memohon, merintih, mengadu dengan ALLAH. And, yes..thats what I did. To succeed, in the first place, kita follow dulu footsteps orang2 yang berjaya (duniawi ukhrawi). Alhamdulillah, I nailed it..but just in January and February 2014..huhu. tido awal n bangun awal. Yes sangat tenang, n the whole day you feel liked u been blessed by HIM at all times. Cool isn’t it? Jom amalkan! Tapi tulah, masuk bulan 3..saya dah terpaksa stay overnight kat lab sebab (seperti point no 2):

2. Familiarise yourself dengan aura examination hall. Maksudnya, starting bulan 3, siang saya di library, malam start kol 7pm lepas beli makanan (x sempat nk masak...sob3), saya p ke lab.. N akan balik rumah keesokkan harinya dlm kol 6.15 (sebab time tu baru bus ade). Pastu baru tidoq. I spent the whole night duduk n study n ulangkaji n berlakon saya mengajar student dlm bilik VIVA tu all alone..hehe (bilik ni fully available malam je...tu yg kena stay). Luckily the room was in the same building with my office, so sonang la kan. Penat? Yes sangat... memang tingtong habes, tp tulah..penghujung malam..saya amek wudhuk..dalam bilik yang sama...saya hidupkan malam itu dengan barisan solat sunat/ bacaan quran (juga mencari kerehatan, ketenangan dan kekuatan). Biasanya sejam seblum masuk subuh (subuh masa ni dlm jam 4.15am). Maaf sangat sbb saya tulis kebaikan yg saya dh buat.. moga ALLAH maafkan saya dan lindungi dari sifat2 mazmumah. Saya cuma nk rakan2 yang lain, sama2 kita follow footsteps orang2 yg dah berjaya (former and current Islamic scholars) yg mana solat malam mereka sangat terjaga. The BEST example is Prophet Muhammad saw. So jom hidupkan sunnah dalam pada kita menjaga tanggungjawab fardhu kifayah kita. You lose nothing, in fact you get everything.. Trust me.


Ni dia bilik nya, G80, Botnar Research Centre Oxford. Sempatla berangan jadi Prof mengajar student even in reality tgh cakap sorang2.. =D

3. Sempat juga saya buat mock presentation dengan rakan satu lab, juga dengan SV n Tutor kolej saya. Dorang mmg super helpful. Time2 mcm ni la saya perasan yang saya makin rapat dengan dorang. Sebelum saya viva semua wish me luck, bagi tips and stuff.  Syukur ALLAH itu maha penyayang kan. Setiap kali kita diuji, dibawakan sama rahmatnya dalam bentuk yang pelbagai. ALLAHUrabbi, ampunkan dosa kami.
A very warm wish written by a friend of mine (boleh plak publicise the wish...malu eden)

Kagum kejap dgn cover page slide..hehe
Sedikit sebanyak juga perkongsian utk masa hari kejadian..hari viva transfer saya.. Hari Selasa, jam 11am. Dalam 4 hari sebelum viva, saya kembalikan balik biological clock saya kepada normal..tido awal  n bangun awal so that masa hari VIVA kita boleh perform at tiptop state. My examiners were Dr Zavatski dan Dr You.. dua2 sangat pakar dlm bidang engineering (biomechanics and civil/structure)..highly related to my project. Dimulakan sesi dengan presentation 15 minit saya.. Tapi sangat klakar, saya practice byk kali..mmg on the dot 15 minit..tp masa hari kejadian..12.50 minit je..huhu. Nebes punya pasal. Haha..cakap laju. Its ok, my college tutor kata presentation takpe kalau kurang skit..  Proses viva, soal jawab pon bermula. First panel kluarkan siap2 list soalan dia. Maka bertubi2 lah saya ditembak..ada yg kena tepat kat saya, dan Alhamdulillah banyak juga yang berjaya saya tangkis dan tepis sambil memulangkan tembakan itu dengan sejambak bunga, cewah (meaning that saya mampu jawab dengan baik semampunye..alhamdulillah..hehe). N my supervisor pon sangat2 banyak membantu. Saya stucked, dia bagi clue skit..trigger me n i proceed accordingly.. Syukur Alhamdulillah..so sdkit pesanan saya, jaga sangat2 hubungn dgn SV..n make sure they know exactly what we are doing. So lepas dlm sejam, saya diminta keluar dari bilik viva, sbb dorang nk bincang/conclude. Dkt 15 minit gak saya tunggu, pastu Dr You kluar terus ckp CONGRATULATIONS NAZRI!! Hehehe..satu office tengok ktorg..hehe..Masa tu mmg berbunga la.. Hehe, so saya dipanggil masuk balik dlm bilik tu untuk dorang bagi results n comments for further improvements. Syukur semuanya berjalan lancar..walaupun xde satu pun element/criteria penilaian saya dpt excellent.. Majority Good n 2 aspects sy dpt Satisfactory: future plan and my report organisation..haha..Memang terabur... sbb last minute (ni jangan ikut k! ^^,). But its ok lah, next time try and pray harder and smarter.

Dan seperti biasa amalan orang2 hebat dan beriman, sebaik sahaja lepas dapat berita gembira, kita digalakkan untuk sujud syukur atas setiap nikmat yang diberi. Ingat, dengan bersyukur, lagi bertambahlah nikmat yg ALLAH akan beri. Dan jangan lupa juga utk berdoa semoga ALLAH jaga hati kita untuk terus ingat Dia, terutamanya ketika kita tengah senang. Berjaga-jaga menjaga hati duhai diri dan rakan2. As usual, saya mmg biasa ada self reward, kali ni saya dah bantai borong buku kat Blackwell Oxford tadi..5 buku saya beli, and 1 untuk SV kesayangan (moga sunnah memberi hadiah ini terus hidup dlm kalangan kita). Juga mohon doa rakan2 agar hidayah ALLAH akan terus menyelusup masuk ke dalam jiwa SV and tutor kolej (Dr Richard Stone) saya.. Indeed dorang sangat2 baik... But again, ALLAH knows best.. Saya hanya mampu membawa imej Islam semampu saya.



Self Reward! Yeah I'm one happy man.. 

Sekian sahaja dari saya, moga perkongsian kali ini menyedarkan kita akan the Law of Nature..which is kalau nk senang, memang kena susah dulu, dan jalan dia mmg berliku (even cell and tissue dalam badan kita pon perlukan stress untuk be and get matured). Serta nasihat untuk diri sendiri, always bandingkan setiap perjuangan kita ini dengan perjuangan Nabi Muhammad saw dan para sahabat..yang mana perjuangan dan dugaan yang kita tempuh tak setanding mereka. Moga perjuangan, kepayahan dan kejayaan mereka terus menjadi motivasi buat kita untuk terus menjadi dan berusaha dengan lebih baik, sampailah ALLAH ‘kata’ kita ni layak untuk bersama mereka di Jannatul Firdaus, syurga tertinggi.. Ameen. Moga itu menjadi cita-cita kita teragong. Salam perjuangan buat sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian.. =D

Mata PENA Lebih Tajam Daripada Mata Pedang

6th March 2014, Khamis, 10.28pm, G&D, Oxford, UK




“ Nuun, Demi Pena dan apa yang mereka tulis. Engkau (wahai Muhammad) –dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana)”

Al-Qalam, ayat 1-2 (68, 1:2)





Bismillahirrahmannirrahim . Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
     Syukur Alhamdulillah, dikurniakan kembali kudrat untuk meneruskan penulisan saya. Hanya ALLAH sahaja yang layak menerima setiap pujian mahupun kredit, kerana anda dan saya hanya Hamba, dan Dia adalah TUAN dan TUHAN. In fact, bukan sembarangan TUAN, tetapi tuan yang by naturenya, penuh dengan rasa KASIH dan SAYANG atas setiap juzuk hamba-hambanya. Walau banyak mana pon dosa atau silap kita dengan DIA, DIA tetap sangat bahagia untuk menerima taubat kita, lebih bahagia dan gembira daripada pengembala unta yang kehilangan untanya, namun bertemu kembali dengan untanya yang hilang itu. ALLAHUrabbi, moga engkau redha kami sebagai hambaMU. Amen..


Baiklah, entri kali ini saya rasa sangat2 penting dan dekat dengan jiwa saya – Mata pena lebih tajam dari mata pedang.. Tapi sebelum saya mulakan, biarlah saya ceritakan sedkit tentang suasana persekitaran saya ketika saya sedang menaip entri kali ini. Kerana suasana banyak mendorong sesuatu perkara itu berlaku.


6th March 2014, jatuh pada hari Khamis, juga hari kelahiran AYAH YANG AMAT SAYA sayang. Moga, kasih sayang ALLAH jauh lebih besar dari kasih sayang saya kepada AYAH saya, dan saya yakin itu! Selamat Ulang Tahun Abah. Moga perpisahan kita di dunia ini menyatukan kita kembali di syurga ALLAH-syurga firdaus. Ameen. Saya kini sedang berada di Oxford, masih sangat-sangat busy dengan report writing transfer. Indeed, saya dlm kemuncak kebusyian saya rasa bagi seorang Probationer di Oxford Uni. Namun, hari ini saya tak tahu kenapa, saya LOST habes! Dari pagi saya x buat ape2. ALLAH maha mengetahui, namun saya yakin pasti ada di sana sini dosa yang telah saya lakukan. Ya ALLAH, ampunilah hambuMu ini. Ameen. Sekarang jam menunjukkan 9.24pm, malam dah..n normally saya ada di library n tgh wrap up everything what ive done for that day. Tapi hari ini lain, saya baru keluar rumah at this hour. Itupon atas gerakan untuk menulis entri ini yang saya dapat lepas sembahyang maghrib tadi. Alhamdulillah, segala puji hanya untukMU.


Selamat Ulang Tahun Abah.. Stay blessed and May ALLAH gather us back in His Jannah.. Ameen.  (Picture taken at Oxford University)


Di George and Dalila cafe (or kat sini ktorg pnggil G&D je), saya memilih spot ini utk saya menulis. Di kelilingi oleh insan yang masing penuh dengan cerita masing2. Depan saya ada dua orang Chinese and Indian guy tgh dok borak, whilst di sudut lain plak, banyak mat salleh pon tengah dok borak, sama ada dengan rakan, buku, or dengan laptop..huhu. Namun apa yang pasti, kami semua mempunyai agenda yang sama..mencari kebahagiaan yg kekal abadi, namun laluan kami masing2 mmg berbeza, sangat2 lain. Namun, laluan mana yang paling tepat dan benar? Sama2 muhasabah dan terus mencari!

Ok,berbalik kepada topic, dah panjang sngt intro saya rasa..hehe. Ok mcm ni, tadi lepas solat maghrib, as usual saya suka pasang radio IKIM kat rumah... ntah, mungkin kerana dekat sangat dengan jiwa saya, saya pasang streaming dari hp (Alhamdulillah internet kat sini sangat laju, and i’m really sure Malaysia need to do something about this..improve the internet connection...hehe). So, dengar2..eh ada ulangan slot usrati  dan ustazah kegemaran saya, Ust Norhafizah Musa sedang bersiaran kembali, dengan topic sambungan bertajuk ‘Nun’ Siri ke2. Allahurabbi, saya mmg setiap kali dengar ustazah bercakap, mmg senang tangkap kejiwa.. Almaklum memliki jiwa yg suka’ basah’ mcm saya ni mmg kena dengan pendekatan ustazah..hehe. Slain beliau, saya juga suka dengar Ustz Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ust Syaari (Ibrah),  Ust Kader dan ramai lagi. Tahniah IKIM.fm moga teruskan usaha murni kalian.

Tajuk ustazah ini inspired by surah Al-Qalam, yang mana saya dah kongsikan di permulaan entri ini tadi. ALLAHUrabbi, kita kena baca ayat ini dengan penuh kesedaran bahawa itu ayat ALLAH maha berkuasa pemimpin sekalian alam, dan pastinya setiap apa yang disampaikan itu mempunyai kepentingannya sendiri, kita sewajarnya sebagai hamba patut ada kebijaksanaan utk memahami maksud ayat ini sterusnya act accordingly. Ya ALLAH, ampunilah dosa kami.

Alhamdulillah, disebabkan saya terinspirasi di permulaan ceramah beliau, cepat2 saya ambil log book ke 3 PhD saya untuk membuat catitan (Yes, saya suka campur buku PhD saya dengan personal saya – sebab ini semua pada saya adakah SATU, satu kehidupan yang sama yang saya alami dan amat sukar saya asing2kan..). So, banyak juga point yang telah saya catatkan, dan iALLAH dikesempatan ini cuba saya kongsikan dengan rakan2 pembaca (Saya rasa kalau sempat, anda semua boleh download ceramah beliau, juga yang lain, di galeri ikim, jadikan koleksi, or burn dkt CD n pasang dlm kereta, mana tahu itu menjadi asbab hidayah utk anda dan juga rakan2 yg lain)

Yang masih saya ingat, di permulaan ceramah beliau, beliau berkongsi coretan anak beliau yang kini berusia 13 tahun, muda, dan coretan tersebut berasbabkan anak beliau ini akan masuk ke asrama, ditujukan kepada adiknya yang berada di darjah empat. MashaALLAH, tulisannya sangat2 bermakna, meruntun jiwa, juga penuh dengan semangat dakwah seorang dai’e. U know what, asalnya ustazah sendiri mengaku  bahawa beliau mengklasifikasikan anak ini dalam kategori pertengahan, namun tulisan tersebut berjaya mengubah tanggapan beliau terhadap anaknya itu. Terdapat banyak pengajaran di sini. Seperti mana yang ustazah katakan, kita sbg ayah or ibu kena bijak mengenalpasti potensi anak2. Biasanya mungkin kebolehan dinilai berdasarkan kecemerlangan peperiksaan, juga kebolehan bercakap di depan orang ramai, namun kita juga kena kreatif untuk mengenalpasti kebolehan anak2 kita dlm konteks curahan idea, pengalaman, melalui penulisan. Dan ternyata anak ustazah yg ini mempunyai kebolehan itu. Sangat luar biasa. Saya nasihatkan rakan2 untuk dengar sendiri nukilan tersebut di IKIM nnti ya. =D 

Atas sebab itu, ternyata ustazah tercelik kembali utk mengkoreksi diri, sejauhmana beliau, juga kita umat manusia ini menggunapakai kelebihan mata pena ini untuk mengubah dunia dalaman (seterusnya dunia luaran) seseorang. Saya juga sangat terinspirasi sebb saya sendiri kadang2 kalau down, terfikir utk buka blog, melihat kembali perjalanan hidup saya sebelum ini, saya akan buka kembali blog saya dan cuba terinspirasi kembali (the fact is that the past offers smthg great to be learned from it). Ternyata terlalu banyak nikmat ALLAH sepanjang kita hidup ni kan, dan sangat wajar utk kita sesame manusia utk berkongsi pengalaman yg positif, mengenal pasti potensi diri, mensyukuri nikmat ALLAH sepanjang kita bernafas hingga ke saat ini.

Ustazah turut berkongsi 5/6 perkara yang patut ada dalam penulisan kita, terutama sebagai orang islam yang beriman, yang mendambakan redhaNya:

1. Catatan dengan elemen2 Islami – Buat pembaca sekalian, ini adalah sangat2 penting! Kalau boleh mulakan/selitkan/sertakan ayat2 quran/hadis atas kata2 yang islam-related sbb ini sangat penting so that apa yang kita buat adalah well-guided and comply dengan SOP (standard of procedure) yang datangnya dari ALLAH. Manual ini kena kita gunakan sebagai panduan hidup, juga panduan dlm kita membuat penulisan. Saya sangat setuju. Sangat! Indeed, saya yang dah terlibat dalam bidang Sains, dan penulisan. Saya rasa sangt berdosa kerana apa yang saya belajar selama ini, masih lagi belum mampu utk saya kaitkan dengan elemen2 Islami.Sebenarnya inilah cita2 saya kini dan akan datang.. Islam dan Sains. Ops, bukan maksud saya untuk membuktikan kebenaran Islam melalui Sains, tapi membenarkan Sains melalui Islam! (ini saya akan detailkan kemudian, this is very of my interest..terlalu banyak saya nk tulis tentang benda ni). So saya harap semua pembaca, doakan kami Saintis muslim yang berimankan kebenaran islam, utk membanyakkan lagi penyelidikan sains berpandukan dan dibenarkan Islam, juga penerbitan journal kami semua mempunyai elemen2 islami di dalamnya (moga satu hari nanti ada Journal of Islamic and Scientific Study). Sebagai contoh, dlm part validation, kita pecah kepada dua – Experimental valid and Islamic-teaching valid. Saya mula fikir akan hal ini kerana banyak juga research yg berkaitan dengan sains yg mambwa manusia lari dari Tuhan..contoh theory of evolution.huhu. That is why I have a strong feeling that science should always be guided by Islam. No matter what. Ini sangat2 penting dan saya rasa akan terus merapatkan ukhwah antara ulama islam juga ulama Sains..doakan kami ya =D

2. Sentiasa memahami dan mengambil pengajaran dalam setiap keadaan – Bila kita ni adalah insan yang sangat suka mencatit, and cuba design their life according to what ALLAH says in the Surah Al-Qalam,kita akan menjadi insan yang sangat peka dengan setiap ape yang berlaku dlm kehidupan. Namun, make sure dlm mentafsir, kita kena pakai cermin mata positif, so that setiap apa yang berlaku, baru kita nampak ade hikmahnya, ada kasih sayang n rahmat ALLAH dalam setiap aturannya. So dengan banyak mencatat, kita akan menjadi lebih peka, positif, sensatif in a good way, dan x pernah sia2kan setiap peristiwa dalam hidup. Ingat, tiada kebetulan, yang ada hanyalah ATURAN ALLAH! =D 

3. Memikirkan jenis-jenis nikmat dari setiap peristiwa – So, kita kena sangat peka, dan teruskan mencatit! Jangan procrastinate please..hehe. So sediakan buku kecil or catit point2 penting so that kita x lupa. *apa yang saya buat, kalau log book saya xde, normally saya akan post gambar peristiwa tu di Instagram, and jot down point-point penting.. (alamak, saya ade benda best nk share pasal talk lepas dengan Prof Tariq Ramadhan di Oxford Union, kalau saya x sempat nk share, mohon anda cari di YouTube, HeadtoHead Prof Tariq Ramadhan, di Oxford Union). Moga dapat ambil pengajaran.

4. Mulakan catitan formal dengan berfikir dulu.. Jangan catit kebaikan kita utk tatapan umum kerana dah ade yang mencatitnya.. Yakinlah  (Ini tugas malaikat =D). Sebab kita kena berhati2 dengan tipu daya syaitan, so berhati2lah dalam berkongsi pengalaman hidup anda. So banyakkan cerita kelemahan diri (dalam research ini dipanggil our own research gap), dan focus or tutup dengan azam kita utk memperbaiki diri (dalam research, ini dipanggil future works! =D) . Juga lebih indah, dalam catitan kita, kita sertakan kebaikan orang lain atas kita. 

Lagi 2 saya termissedini assignment anda ya..hehe

Ustazah juga ade share tentang formula utk rajin n istiqamah dalam mencatat.

1. Kena tahu ape kepentingan mencatat, ape kesan yang akan terhasil daripada penulisan kita..dan pastikan ianya hanya utk kebaikan! Ada satu kisah yang sangat menarik ustazah telah kongsikan. Ada satu orang ustaz ni, dia telah pergi ke satu sekolah/institusi pendidikan di Indonesia, dan beliau pada satu ketika telah ditakdirkan ALLAH utk turut sama menyertai solat jemaah. Dan di sana, menjadi satu kebiasaan bagi penghuninya utk, selepas solat, imamnya akan meminta makmum utk sama2 bertafakur, mengenang jasa kedua ibu bapa, selama mana mereka bersusah payah membesarkan kita, dan masih lagi setiap mlm dan setiap kali lepas solat mendoakan kesejahteraan anak2nya. Lantas diakhiri sesi tafakur itu dengan sedekah al-fatihah buat kedua2 insan yg amat kita sayang dalam hidup. Ustaz ini tanpa semena2 mengalir air mata beliau, dan terus mencatat peristiwa luar biasa ni, seterusnya dikongsi kepada yg lain, dan akhirnya sampai lah kepada pengetahuan kita. Itulah dia kuasa secebis catitan. Dan banyak lagi sebenarnya, yang mana banyak nikmat yg kita peroleh skrg ini, adalah hasil catitan insan2 terdahulu. Termasuklah juga kitab yng kita sayang – AL-QURAN (saya juga mengesyorkan diri sendiri juga rakan2 utk teruskan mengenang perjuangan baginda yng amat kita sayang, Nabi Muhammad saw dan sedekahkan al-fatihah). Moga setiap sudut hidup kita penuh dengan sunnah-sunnah2nya. Ameen. 

2. Mulakan mencatat!, sediakn buku kecil dan pena! (handphone boleh boleh juga^^,)


Thanks Mak Abah n KZai for coming, iALLAH ada rezeki jumpa di Tanah Suci nanti .Ameen.. (Jom think big guys! ^^,)

3. Kongsikan catitan anda, niatkan utk menyebarkan kebaikan, dan cepat2 berdoa semoga ALLAH jauhkan kita dari tipu daya Syaitan dlm mencorak perasaan bangga dan bongkak dalam penulisan kita. So, banyakkan dalam penulisan juga lepas solat, untuk menyatakan kata taubat kita kepada ALLAH. Ya ALLAH, ampunilan kami atas dosa kami yang sengaja mahupun tidak. Kami lemah, maka pimpinlah kami duhai yang Maha KAYA lagi MAHA Berkuasa. (saya juga slalu ingatkan diri n rakan2, jangan sampai masa kit abaca facebook/blog lagi banyak dari kita ngaji n kaji Quran)

4. Untuk yang sudah berkeluarga dan punya anak, didik anak utk rajin mencatat. Contoh yang ustzah beri, bawak anak ke masjid utk iktikaf, dan kemudian, selepas itu, buat satu aktiviti keluarga, utk setiap dari kita (suami, isteri dan anak2) untuk mencatit perasaan mereka selepas iktikaf..dan kemudiannya bolehlah berkongsi catitan itu bersama ahli keluarga yang lain. Cantik bukan!?

Diberitahu juga, ayah ustazah sebenarnya juga suka untuk mencatat. Mana x tumpahnya kuah kalau x ke nasi. =D Juga dipesan, kurangkan tulis benda negative, gantikan dengan tulisan yang penuh positif dan inspirasi, menghitung nikmat dan rasa syukur kepada ALLAH. Itu lebih baik.  Ustazah pon ade sebut pasal Law of Happiness dari Ibn Hikam. Saya ada niat utk dptkan buku ini (English version kalau boleh..kalau ade yg nk bagi hadiah...sangat dialu2kan.. ^^,).

Ciptaan ALLAH terlalu indah, dan lebih indah jika mata pena digunapakai merungkai  jiwa seorang pengembara

Sekian sahaja dari saya, entri ini mmg sgt panjang. Moga sama2 terinspirasi, juga moga ini menjadi asbab hidayah utk saya, anda, juga sesiapa sahaja yang membaca. Hidup terlalu singkat, gunakan setiap detik juga saat untuk kita pertingkat iman kita insyaALLAH.

Harap semua dpt doakan perjuangan saya di sini ya, juga buat semua rakan2 yang kini sedang berjuang dlm medan ilmu ini. Moga ilmu yang kami dpt mendekatkan diri kami kepada pemberi ilmu..ALLAH swt.
‘Ya ALLAH, ampunilah dosa kami, moga engkau redha kami sebagai HAMBAMU.. Amen