Wednesday, June 6, 2012

Graduasi Masterku 2012

Lama benar rasanya tidak dikemaskinikan blogku ini. Hehe, busy skit (sound a bit cliche, tapi tulah hakikatnya) . Baiklah, rasanya kali ni nak berkongsi sedikit satu lagi detik penting dalam hidupku bergelar khalifah. Tanggal 7hb May 2012, satu lagi kejayaan tercatat apabila akhirnya aku diberi anugerah Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Bioperubatan) setelah hampir 2 tahun bertungkus-lumus menyiapkan penyelidikan. Jujur ingin saya katakan, terlalu banyak yang telah saya pelajari sepanjang perjalanan mendapatkan sekeping ijazah ini. Hakikatnya, jauh lebih berharga.

Terlalu banyak hendak diceritakan, tapi rasanya untuk entri kali ini, biarlah saya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang sesi graduasi. Ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan di sini, pertama...syukur alhamdulillah, saya sangat2 bersyukur apabila pada hari kejadian, mak abah saya telah diberi peluang oleh ALLAH swt untuk duduk di kerusi VIP, depan sekali dalam dewan besar, dan ternyata yang paling depan. MasyaALLAH. Jauh di sudut hati, ternyata mereka memang layak, at least di mata saya. Doa, sokongan, dorongan mereka banyak memberi inspirasi kepada saya untuk berjaya. Semoga usaha saya untuk turut sama masuk syurga bersama-sama mereka satu hari nanti menjadi kenyataan. Ameen ya rabbal'alamin.

Apa yang saya cuba tekankan di sini adalah, marilah kita SEDAYA UPAYA MENGHARGAI IBU BAPA KITA, dengan apa cara sekalipun sunnatullah-friendly dan syariatullah-friendly. Entahlah ya, semakin dekat tarikh untuk saya meninggalkan tanah air, semakin kuat rasa ukhwah antara kami. Syukur kepada ALLAH atas nikmat cinta suci yang dikurniakan ini.

Baiklah, pada sesi petang, selepas keluar dari dewan besar, seperti biasa, kami turut mengambil kesempatan untuk merakam saat-saat indah bersama. Bersyukur sangat sebab ramai ahli keluarga yang datang (kak yah, abg lan, kak ani, ikmal, abg boy), termasuk juga sahabat-sahabat dari MEDITEG kesayangku.. Terima kasih sangat...korang buat aku terharu. Semoga ALLAH pelihara ukhwah ini sehingga ke Syurga. Ameen. Dan saat-saat yang paling diingati saya adalah apabila mak dan abah disarungkan jubah graduasi saya. Saya sengaja berbuat demikian atas dasar mahu memberi kehormatan kepada insan yang sangat penting dalam hidup saya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti ada mereka yang memberi dorongan dan juga memanjatkan doa kpt yang MAHA ESA. Syukur sangat2. Terpancar kegembiraan di wajah mereka. Dan sehingga ke hari ini, mereka masih teringat2 saat mereka disarungkan jubah itu. Jauh di sudut hati saya, merekalah insan yang paling layak menerima setiap pengiktirafan ini. Terima kasih mak abah!! =D ^^,



Abah (En Bajuri Othman) - Seorang yang sangat mulia hatinya, sangat rajin, teliti, dan sangat rajin. Proud of you. Semoga jumpa lagi di syurga ALLAH, kerana perpisan di dunia itu sesuatu yang PASTI T_T

Mak (Pn Mutiara bte Abdullah) - Supermak! Sangat rajin, teliti, sangat pandai masak dan ambil hati orang, suka berborak, pandai mengemas rumah, suka baca buku (sangat tamakkan ILMU, masyaALLAH). She always struggle to become a better person. Semoga jumpa lagi di syurga ALLAH, kerana perpisahan di dunia itu sesuatu yang PASTI T_T

Mamat nie tgh berusaha nk jadi hamba ALLAH dan khalifah (byk tolong/bahagiakan orang) yang  terbaik dalam kalangan terbaik . Mohon doa ya, agak2 kalau dia ni ada buat silap, rajin2 tegur k. Sayang korang..^^,

Happy Family dunia wa akhirat. Ameen.

No comments:

Post a Comment