Monday, June 11, 2012

Indahnya Ukhwah (Wedding Redz dan Siti Serta Lawatan ke rumah Ramli) - 9/10 June 2012

Alhamdulillah, last weekend banyak benda yg telah berlaku:

1. Dapat pergi wedding sahabat di KL (tahniah buat Redzuan dan Siti Shazleena, semoga gerbang perkahwinan kalian meramaikan lagi ahli2 syurga. Ameen). Dapat juga bertemu kawan-kawan lama (saiful, zigon, huda, jannah n family dll). Ala2 small reunion. Masing2 masih lagi ting tong mcm dulu.hehe. Luaran pada saya mereka nampak masih sama (sdikit lain bagi Huda dan Zigon yang nampak sedikit kurus), tapi saya yakin dalaman masing2 sudah terbina kematangan menerusi tarbiah khas yang ALLAH berikan, yang mana setiap orang cara 'didikan/ujian' yang ALLAH beri berbeza-beza mengikut kemampuan. Aku doakan semoga perpisahan sementara kita di dunia ini menemukan kita di akhirat kelak..iALLAH di syurga ALLAH.Ameen.

Mabruk Redz and Siti. Kami doakan korang bahagia dunia wa akhirat. Ameen


2. Dapat juga pergi ke rumah seorang lagi sahabat, Ahmad Ramli Rashidi di Kg Jawa, Klang. Happy family, tu yg terucapkan apabila melihat kemesraan mereka anak beranak ( by the way, Nisa sangat comel..hehe). Terima kasih sangat2 atas layanan yang diberikan. Sungguh besar pahala bagi mereka yang sangat memuliakan tetamunya. Tahniah diucapkan. Semoga family ini terus dalam redha ALLAH. Pengajaran/teladan yang dapat diambil dari keluarga bahagia ini antaranya adalah sangat banyak buku di rumah mereka (gedung ilmu tu..hehe),  sangat banyak bilik, yang mana mereka sangat menitikberatkan adab bergaul sesama ahli keluarga yang berlainan jantina. Saya juga perasan ukhwah antara mak dan anak serta ayahnya sangat akrab, even dorang main golf pon mereka main anak beranak. Ini sangat wajar dicontohi. Beriadalah sesama ahli keluarga, iALLAH makin erat ukhwat yg terjalin kerana ALLAH ta'ala. Satu lagi yang saya cuba highlight di sini, adalah si cilik bernama Nisa, baru berusia 4 tahun tapi sangat bijak. Beliau mampu mengira, mengeja dan menyanyi dengan baik walau pada usia yg sangat muda. Bakat besar nie. Doa saya semoga generasi akan datang lebih baik daripada generasi sekarang. Semoga Islam terus dibela dan dibina. Ameen.

Semoga Ramli dan keluarganya terus dalam redha ALLAH.Ameen. =D

Terlalu banyak pengajaran/teladan yang saya cuba pelajari dalam tempoh 2 hari ini. iALLAH, kalau ada kesempatan akan saya ceritakan dalam entri akan datang. Yakinlah, tidak wujud istilah KEBETULAN dalam dunia ini. Setiap yang berlaku atas aturan ALLAH, dan pastinya setiap yang diaturkan itu adalah salah satu ujian/nikmat ALLAH. Sama-sama kita mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku, tidak kira kecil atau besar kejadian itu. Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment