Monday, March 5, 2012

Manusia yg zalim, tiada hidayah ALLAH baginya....

As salam,

Alhamdulillah...syukur sangat2, ALLAH kurniakan kudrat untuk bangun di awal pagi yang sungguh tenang ini. Syukur juga kerana diberi peluang untuk solat malam, dalam masa yang sama..mengadu kepadaNya akan setiap permasalahan yang dihadapi di dunia yg sementara ini. ALLAH, kau maha mendengar..maka dengarkanlah rintihan hambaMu yang  lemah ini.

Syukur juga kerana digerakkan hati serta kudrat untuk membaca terjemahan al-Quran. ALLAHukbar, diberi kesempatan untuk menteliti terjemahan surah at-Taubah. Antara yang sangat diingati adalah maksud ayat yg berbunyi, tiada hidayah ALLAH bagi manusia yg melakukan kezaliman. Na'uzubillah....hidup ini tanpa hidayahNya, umpama hidup tanpa tujuan.... Ya ALLAH, selamatkanlah kami daripada menjadi manusia yang zalim.

Apa yang berlaku baru-baru ini benar2 menyebabkan aku berfikir akan sikap dan tindakanku ini. Adakah aku zalim? ya ALLAH, berikanlah kami petunjuk, serta bimbingilah kami menuju jalan yang benar. Ameen ya ALLAH....ameen...

Ya ALLAH, aku rindu akan ketenangan serta keberkatan di rumahMu..kembalikan aku ke sana lagi. Kerana sesungguhnya hati menjadi tenang dengan sentiasa mengingatiMu. Ameen....

No comments:

Post a Comment