Saturday, March 31, 2012

Hadis 21: Istiqamah dan Iman

Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama ALLAH, Maha Pemurah, Maha Penyayang)

Alhamdulillah, baru pulang dari menghadiri karnival Mahabbah IKIM di Bandar Dato' Onn... Cukup meriah, dan yang lebih penting...malam yang penuh pengertian.

Tema persembahan malam ini adalah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Konsert diselangi nasyid memberi satu wadah baru kepada dunia hiburan Islami, cukup memberi impak mendalam kepada sesiapa yang hadir. Baiklah, diri ini sebenarnya rasa terpanggil untuk berkongsi 'kata-kata' Baginda, atau juga dikenali dengan nama Hadith. Semoga terpilih menjadi umatnya di mahsyar kelak. Ameen.

Daripada Abu 'Amr Sufyan bin Abdullah al-Tsaqafi r.a. berkata: Aku berkata:

"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu." Rasulullah s.a.w bersabda: " Katakanlah, aku beriman kepada ALLAH, kemudian Istiqamahlah."

(Riwayat Muslim no. 38; al-Nasa'i no 11489 dan Ibn Majah no 3972)

Maaf, saya sangat kerdil untuk mengupas hadith ini dengan mendalam, cuma mahu menjadikannya sebagai bimbingan harian. Baiklah, dua kata kunci yang dikenalpasti...1) Beriman kepada ALLAH 2) Terus Beristiqamah. MasyaALLAH, sangat kuat pengertian hadith ini. Hakikatnya, saya kini tercari2 tips untuk terus menjadi insan yg produktif (almaklum, PhD mula September ini..lama lagi..hehe). Alhamdulillah, ditakdirkan ALLAH menemui hadith ini.

Tips untuk terus produktif: Percaya dengan ALLAH (rezeki dariNya, kita sebagai hambaNYA, tanggungjawab, kehidupan selepas mati dan sebagainya) dan seterusnya ISTIQAMAH! SubhanALLAH. Dengan kata lain, usah terlalu memikirkan tips2 yg komplikated. Yakinlah dan confidentlah dengan ALLAH, terus-terusan ingat akan tanggungjawab kita sebagai hambaNYA dan teruslah berusaha (ISTIQAMAH). Baik...semoga terus menjadi hambaNya yang produktif ya! Lillahita'ala..

By the way, terima kasih ALLAH swt, terima kasih juga RASULULLAH s.a.w.... =)

1 comment:

  1. sekadar berkongsi sedikit ilmu...
    Kupasan hadith ini menurut An-Nawawi:Rasulullah menjawab pertanyaan Sufyan bin abdullah yang bertanya dan meminta jawapan yang jelas sehingga dia tidak akan bertanya kepada orang lain lagi.maka baginda pun menjawab sebagaimana yang dikehendaki iaitu berimanlah kepada Allah,kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

    Jawapan ini beerti bahawa Islam adalah keimanan dan amalnya. Keimanan sahaja tanpa amalan adalah tempang, amalan tanpa keimanan adalah hampa. kedua-duanya mestilah disatupadukan untuk melahirkan satu bentuk amal yang nyata yang dapat dilihat buktinya.

    Sabda Rasulullah yang bermaksud "Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian Istiqamahlah." adalah berasal dari Ayat AQ iaitu:
    "Sesungguhnya mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun atas mereka sambil berkata: Bahawa janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan gembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."(Fussilat:30)

    dalam ayat ni ada disebutkan tentang balasan kepada mereka yang beriman dan yang beristiqamah yang benar menurut Islam.

    Seposen dari aku yang xseberapa..panjang lagi kupasan hadith ni...nnt boleh baca sendiri ye

    Semoga terus ISTIQAMAH dalam berbuat kebaikan...

    ReplyDelete