Saturday, February 25, 2012

Tips Kewangan: Maksud Financial Free..Kewangan Mandiri

As salam..

Alhamdulillah wa syukurlillah......baru-baru, saya ada membeli buku hasil tulisan saudara jutawan muda kita,  Dr Irfan Khairi,dengan hasrat dapat sedikit sebanyak belajar ilmu-ilmu pengurusan harta serta kewangan. Buku yang bertajuk Nota Jutawan, Nota Kewangan bakal dikupas secara ringkas dalam blog saya ini, InsyaALLAH.

Baiklah, tips yang ingin saya bincangakn adalah seperti yang tertera pada tajuk entri kali ini--> Financial Free. Apakah agaknya maksud istilah ini ya? Ini bermaksud status kewangan atau yang lebih tepat, pendapatan lebihan kita mampu menampung kos kehidupan kita walaupun tanpa kewujudan pendapatan utama. Sebagai contoh, kos sara hidup kita adalah rm4000, maka pendapat sampingan kita tanpa pendapatan utama sewajarnya berjumlah rm4000 juga! Menarik bukan?!!!

Walau bagaimanapun, maaf kerana saya sendiri BELUM tahu bagaimana, atau mungkin apakah cara yang terbaik serta, yang pasti HALAL, untuk mencapai status financial free ini. Semoga ALLAH memberi kita petunjuk serta kudrat untuk terus mencari cara yang terbaik untuk mencapai impian ini.

" Capai bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah! " - Dr Irfan Khairi

Sebaik mungkin, kita mencari harta sebanyak mungkin, supaya dapat membantu seramai mungkin, dalam menuju Syurga ALLAH, impian setiap mukmin. Ameen...

No comments:

Post a Comment