Wednesday, March 14, 2012

Defend Proposal for PhD Study, Faculty Level

Sambil mendengar lagu 'Di Pondok Kecil' nyanyian Nada Murni, aku memulakan entri ini dengan kalimah Basmallah; dengan nama ALLAH, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Syukur alhamdullah atas rezeki yang tidak pernah putus-putus. Semalam pagi lebih kurang jam 9.15 (14 Mac 2012), akhirnya proposal untuk research PhD aku telah diluluskan setelah melalui proses pembentangan yang dirasakan penuh dengan aura-aura sokongan serta 'concern' untuk melihat generasi akan datang seperti aku untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dekan tersayang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Prof Dr Jasmy....serta insan yang sentiasa bersama aku dlm perjuangan ini, also known as Nazri's Sifu; Prof Hj Rafiq atas sokongan yang tidak pernah putus (thanks juga atas peluang yg diberikan untuk menyarung baju korporatmu itu ya ^^,....so overwhelmed). Semoga ALLAH swt mengurniakan kita JannatulFirdaus bersama orang2 tersayang tanpa sebarang hisab. Ameen.

Baiklah, tajuk yang dibentangkan adalah " Mechanobiology in Biomedical Engineering". Tiada sebarang pen'detail'an dibuat berkaitan research...sekadar membentangkan secara kasar tentang bidang ini serta sebab musabab kenapa ianya dipilih. Pembentangan berjalan dengan sangat lancar, Alhamdulillah. Seperti biasa, pembentangan dimulakan dengan a brief explanation about my topic. I used whiteboard to sketched down my idea. Alhamdulillah, mereka dengan mudahnye faham ape yang ingin disampaikan....

Antara yg diingati sewaktu pembentangan adalah apabila Dr Rafiq menambah satu lagi point bawah tajuk 'reasons of choosing Oxford University'..iaitu Dr kate, sebab Oxford sangat cantik!! ALLAH, sangat setuju sebenarnya..hehe.. iALLAH, semoga 'cantik'nya suasana di sana akan mendekatkan diri aku kepada pencipta tersayang, ALLAH. Tapi jauh di sudut hati, perjalanan ini lebih cantik sekiranya orang-orang yg aku sayang ada di sisi... Mak, Abah, adik bradik, sedara mara, sahabat2, pensyarah2..sesiapa je lah yang disayangi.hehe. Tapi tulah dia..ini dunia..iALLAH, nanti di Akhirat kita bersatu balik ye. Ameen.. ^^,

Sebaik sahaja tamat pembentangan, Prof Jasmy dengan penuh semangat sambil diukir senyuman di bibir...berkongsi pengalaman dia sewaktu PhD. Sebagai perkongsian, Prof ada memberitahu bahawa ada rakannya yang telah digagalkan PhD nya hanya kerana kesilapan dalam menulis thesisnya, to mention..compilation of journal papers. Walaupun ada 6 papers, tapi disebabkan panel tidak dapat lihat 'flow of the story' secara jelas, pelajar ini telah digagalkan. ALLAH..semoga dijauhakn drp dugaan yg tidak dpt kutanggung. Ameen..

Satu lagi isi penting, Prof juga ada menekankan peri pentingnya kita memiliki chemistry dengan Supervisor kita. Research topic itu jatuh no 2. Setelah difikirkan...penyataan ini sangat betul kerana at the end of the day, hubungan sesama manusia itu sendiri adalah climax kepada penguasaan ilmu. Dengan kata lain, kemuncak penguasaan ilmu adalah kemuliaan akhlak, akhlak sesama manusia dan yang paling utama adalah akhlak dengan ALLAH. Semoga kata-kata ini akan kupegang sampai bila2. Ameen ya Rabb...

Sekian sahaja, semoga sentiasa mendapat manfaat dan teruskan memberi manfaat kpd orang lain. insyaALLAH..ameen.

Panels:

1) Prof Dr Jasmy Yunus

2) Prof Madya Mohammed Rafiq


Intro/Front Page


Content:

1.Mechanobiology
2.Previous study
3.Future Potential (Biomedical Engineering)
4.Reasons of Choosing Mechanobiology
5.The relevance in FKBSK, UTM and Malaysia
6.Why Oxford, Why CDT?
7.Strategy to finish PhD on time
8.Dr Nazri Bajuri, so what’s nex
t?
Penutup, sebagai ucapan terima kasih, serta doa yg terbaik kepada MrSifu...

5 comments:

  1. subhanallah..

    setinggi Hamdallah kpd Allah yg memperlancarkan segala sesuatu, yang mempertemukan kamu dgn insan2 yang membantu dan yang memberikan kekuatan utk kamu terus maju dalam medan dakwah ilmu.. dakwah umum, jgn di lupakan juga ya!


    insyaAllah, ada doa untuk kamu dr sini..


    -Nurul fazrena Kamal

    ReplyDelete
  2. subhanallah..

    setinggi Hamdallah kpd Allah yg memperlancarkan segala sesuatu, yang mempertemukan kamu dgn insan2 yang membantu dan yang memberikan kekuatan utk kamu terus maju dalam medan dakwah ilmu.. dakwah umum, jgn di lupakan juga ya!


    insyaAllah, ada doa untuk kamu dr sini..

    -nurul fazrena kamal

    ReplyDelete
  3. MasyaALLAH.. terima kasih ya. Masih dan sentiasa berdakwah dengan ilmu. Semoga dakwah umum menyusul selepas ini dengan terangkatnya martabat ilmu islam, serta murninya akhlak umat islam. Ilmu berkat, akhlak dipertingkat , umat hebat, insyaALLAH bahagia dunia akhirat... Semoga ALLAH membimbing kita dalam perjuangan ini ya. Ameen ya ALLAH

    Thnx again ^^,

    ReplyDelete
  4. I still think Cambridge would be better for you.... insha Allah.

    ReplyDelete
  5. Hehe..Dr Dedy, iALLAH doakan saya dapat buat Post Doc di Cambridge pula ya..hehe. Dr ade plan nk buat second post doc tak? Try la di Harvard/MIT? Semoga ALLAH kurniakan kita yg terbaik ye...Ameen =)

    ReplyDelete