Friday, February 15, 2013

Budaya Kerja di Oxford

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang budaya kerja di sini. Penilaian ini dibuat berdasarkan suasana di persekitaran saya.

Baiklah, saya kini ditempatkan di Botnar Research Centre, Institute of Musculoskeletal Sciences, Nuffield Department of Orthopaedics, Rheumatology and Musculoskeletal Sciences, Nuffield Orthopaedics Centre, University of Oxford (hadoi panjang benor namanya..huhu). Bangunan ini terletak bersebelahan Nuffield Orthopaedics Hospital. So dari segi privilege mmg sgt. Alhamdulillah.

Any way for this entry, just nk highlight pasal satu budaya kerja yang saya sangat kagum dgn mereka2 di sini. Secara purata, di bangunan ini kebanyakannya adalah staff post doc, surgeons, lecturer and only a few PhD students. So can you imagine how hectic the environment is kalau masing2 dok sibuk dgn keja masing. Antara sikap yang saya rasa patut kita contohi adalah:

1. Jarang sekali saya nampak mereka bukak facebook. Bukan sahaja di PC, malah di HP juga kerana saya sangat jarang nampak mereka pegang handphone sambil bekerja. Saya yg jadi segan sebab asyik2 pegang hp. huhuhu. Budaya ini saya dah terbiasa bawak dari Malaysia. And i would say i need to change this habit as best as i can. 

2. Sangat menjaga kualiti masa. Alhamdulillah, hari ini saya adalah orang paling awal masuk makmal (padahal kalau hari lain, saya paling lambat..azam baru katakan..hehe). Dorang biasanya akan mula kerja jam 9  - 12..kemudian break for lunch. Lunch dorg pon kejap je. Maybe sebb dorang makan simple kot and topic perbualan dorg waktu lunch break pon x meleret2. So dlm 30 minit dorang akan kembali bekerja. Biasanya dlm jam 5.00, masing2 dah sibuk nak balik. N sangat jarang yang tinggal di lab.

So harap semua dapat sama2 ambil pengajaran. Mungkin atas faktor ini, pusat penyelidikan ini sangat2 cemerlang. Wallahu'alam. So kpd muslim, patutnye kita lebih cemerlang kerana faktor menjaga masa dan kualiti kerja sangat2 dituntut dalam agama kita. Jom sama2 muhasabah, dan sama2 reset minda. hehe. Wassalam

2 comments:

  1. That's pretty impressive. :) Thanks for sharing, Abg Nazri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am so sorry for having very little sharing things which might be useful to you. Will try to do more after this.hehe. Uops, many congratulations for being supprised by your so called dream-come-true-corner-lot-house.. Wish you happiness all the way. ^^,

      Delete