Friday, February 8, 2013

Oxford Bandar Ilmu?

Assalamu'alaikum...Harap semua sihat. Sihat fizikal, mental, rohani, dan emosi ya. =D

Oxford, bandar ilmu yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Juga merupakan universiti tertua di dunia barat. Kalau diamati betul2, sudah beratus penerima hadiah Nobel yg berjaya dilahirkan di sini. Pembedahan otak yang pertama di dunia juga adalah di sini. In specific, dekat area High Street, where our Examination School is located. Antara fakta yang menarik, para ilmuwan mereka dulu dengan sepakat menyatakan yang 'God is the light' sehingga menjadi motto University of Oxford. Menarik bukan. Jika diamati, perkara ini bukan sesuatu yg terlalu 'pelik' kerana jika betul manusia mengamati 'ilmu' itu, pasti pada satu tahap...ilmu itu akan membawa mereka mengenal tuhan.


Namun sejak akhir2 ini, kebangkitan ilmu2 sains didapati menjadi pesaing kepada ilmu2 ketuhanan. Hingga wujud fahaman atheism dan scientology yang mana tiada lagi kepercayaan berlandaskan tuhan. Nauzubillah. Dan keberadaan saya di sini banyak membuka matas saya. Pertama kali saya berjumpa dengan rakan yg atheist adalah dalam kelas saya sendiri...CDT. Ada dua orang yang saya kenal (yang x reveal x kira lagi). Kasihan kepada mereka memang tidak terbendung. Hakikatnye memang mereka pandai dan bijaksana, namun disebabkan fahaman lama mereka (mungkin hindu atau kristian) yang mana ketepatan fakta atas konsep ketuhanan tu masih sangat samar2. Konsep plurality dalam ketuhanan adalah sangat tidak wajar. Mungkin juga wujud silapnya kita sebagai umat Islam yang tidak sebenar2 dan bersungguh2 menyampaikan risalah Agong dari ALLAH. Semoga ALLAH ampunkan dosa2 kita. Ameen.






Dan bercakap pasal dakwah kepada orang bukan Islam (juga Islam) di Oxford ni, syukur alhamdulillah...sangat2 meluas. Saya di sini dapat melihat perspektif yang agak berbeza. Sebagai contoh isu2 keagamaan dibincang secara terbuka di sini. Namun, saya di sini akan terus berdoa semoga ilmu yang diperoleh mereka bukan sekadar pengetahuan, tapi menjadi pendorong hati mereka untuk mencari kebenaran.

Alhamdulillah, minggu lepas hari Isnin ( January 4, 2013) bertempat di Christchurch College, University of Oxford, telah diadakan satu sesi talk oleh Adam Deen, pengasas Deen Institute di London. Tajuk kalau x silap berkisar kepada ' Why One God?'. Talk yang sangat menarik bagi saya yg pertama kali. Kupasan diberikan dengan hujah2 yg banyak berlandaskan sains (mungkin juga ianya dibiarkan sebegitu kerana para hadirin lebih 'dekat' dengan sains berbanding tuhan). Jika dibandingkan dengan Dr Zakir Naik yang mana sangat handal dengan kemampuannya mengupas mana2 holy scripture berlainan agama, Adam Deen tidak kurang hebatnye. Sedikit kesian dkt diri saya sendiri kerana masih lagi gagal menjadikan Sains sebagai ilmu mengenla tuhan sehebat beliau. InsyaALLAH, semoga cita2 saya ini satu hari nanti menjadi kenyataan ( Harun Yahya menjadi inspirasi..hehe.doakan ye).




Sekian sahaja dari saya....banyak sangat nk cerita sebenarnye..tp saya terpaksa akur dengan keterbatasaan yang sentiasa wujud selagi kita berada di dunia ni =D. Ok semua, semoga terus menjadi pencinta ilmu untuk lebih mengenal Pencipta ilmu. BarakALLAH ^^,

No comments:

Post a Comment