Friday, August 10, 2012

Kemantapan Rohani antara faktor Kejayaan Seorang Ilmuan

Bismillah...

Dlm pada tengah sayu (sbb ramadhan dah nak ke penghujung), dan smgt (sebb tengok orng lain smgt nk kejar malam lailatul qadar), tetiba terlintas nk share smthg bawah label 'Tips Akademik'.

Sebelum saya bermula, just to inform yg tips2 yang saya kongsi di sini tiada yg original...bermaksud tips2 nie semua saya ambil daripada orang2 yg telah, sedang dan 'akan' berjaya.

Kebanyakan mereka yg saya kenal, esp bagi yg muslim...dorang2 nie ada emotional quotient (EQ) yg sangat mantap. Solat dorang tip top, bacaan quran dorang xyah cakap la kan. N dorang nie jenis yg suka memberi bukan menerima. Maksud saya, dorang nie suka sgt mengajar orang..tidak pernah sekali2 kedekut ilmunya. Prof Muhaya pernah kata, nk jadi pelajar yg bagus..mesti niat belajar untuk mengajar kerana ALLAH ta'ala.



Baik, saya cuba kupas sdikit faktor kejayaan mereka dgn janji2 ALLAH...yg mana dlm Islam..ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya hanya akan diterima dan dipancarkan hanya dari hati2 yg bersih, suci murni. Baru terasa nikmatnya ilmu itu. Berbalik kepada konteks akademik, Islam sangat2 mengajar kita...sucikanlah hati-hati kita wahai penuntut ilmu...mudah2an..ilmu yg diperoleh akan terus 'kekal' dan bermanfaat kepada pemiliknya serta kepada rakan2 di sekelilingnya. MashaALLAH.. cantik bukan. Maka!!! Lazimkanlah solat, puasa, zikir, bacaan alQuran dan sebagainya. Di bulan puasa nie...cuba mantapkan lagi EQ kita. Pimpinlah hati wahai para penuntut ilmu. Ingatlah..jangan kejar pangkat dunia, kejarlah pangkat di akhirat..kerana nikmat mempunyai pangkat yg tinggi di akhirat, tidak tertanding dengan dunia dan segala isinya. Kejar akhirat, dunia pasti kejar kita. Yakin ya! Wallahu'alam...



Baiklah...mungkin ada yg bertanya..orang bukan islam...napa boleh je berjaya.. Senang2 je dpt 4flat la.. Result gempak memanjang. Okay, back to apa maksud berjaya? Or apa maksud kejayaan sebenarnya? Cuba kita semak balik erti kejayaan. Ingatlah wahai rakan2.. kejayaan sebenar bagi semua umat manusia adalah apabila mendapat redha ALLAH, masuk syurgaNya tanpa hisab bersam2 orang yg kita kasihi. MashaALLAH. So semak balik erti kejayaan. Jangan sempitkan pengertiannya dengan sekadar pointer, harta, nama dan pangkat sebagai indikator. Please be clear dgn maksud 'kejayaan' kalau benar2 mahu berjaya.

Sama2 kita saling mengasihi, saling mengingati, dan berjemaahlah dalam mecapai kejayaan yg sebenar. Saya doakan yg terbaik utk semua. Ameen ya rabbal 'alameen.

Semoga yg di langit lebih mengenal kita daripada yg di dunia..ameen.

1 comment:

  1. Subhanallah..kupasan yang cukup mantap dan menarik..saya sgt2x bersetuju.

    ReplyDelete