Wednesday, January 12, 2011

Happy Birthday to ME ^^,

      
       
          Alhamdulillah.... 24 tahun sudah umurku sekarang. Selamat Hari Lahir Nazri!!!!! ^^, Ape yg bermain di fikiran aku sekarang, sejauh mane usia aku nie diberkati Sang Pencipta Maha Esa. Risau 'nanti' ditanya di 'sana' nanti aku x mampu nak jawab. Na'uzubillah.

Baiklah, di usia baruku ini...seperti biasa..akan disusuli dengan azam. Aku masih lagi yakin dgn azam walaupon ade yg menafikannya. Pada aku azam nie la tempat kita memahatkan niat kita (teringat hadis pertama dalam hadis 40). Semoga Allah melindungi niat suci hambaMu ini. Tak lain dan x bukan, cuba menjadi insan yg lebih baik...kurangkan aktiviti  x berfaedah (walaupon dlm diri nie meronta nak kannya..huhu). Azam perlu disusuli dengan strategi...dan antara strategiku adalah:
1. Tido awal...lepas isya' (Rasulullah sangat melarang umatnya berjaga selepas isya' melainkan atas beberapa urusan)
2. Bangun awal.. Ya Allah, dah lame aku x bertahajud/berqiam. Dulu last maybe waktu Ramadhan...lepastu lenyap mcm tu je (apakah amalan ramadhanku diterima walhal aku masih gagal sustain dengan amalan ini....ya Allah, peliharalah hambaMu ini..ameen.)
3. Qiammullail....terlalu byk akan kelebihan Qiam untuk aku tuliskan di sini.. Tapi apa yg penting, berdasarkan pengalaman....waktu qiam nie mmg sgtlah tenang.. tenang yang sangat tenang. Bangun tidur, amek wudhu'..tunaikan solat. Dan waktu sujud tu..cubalah sedaya upaya mengalirkan airmata.. SubhanAllah, waktu ini mmg menjadi idamanku. Allah sahaja yang tahu bertapa tenangnya ketika itu. iAllah mudah2an amalan ini dapat dikekalkan.

Banyak lagi strategi akan menyusul.. Hmmm, tp baru sahaja bermula..byk sangat cabarannya. Tapi takpe, alhamdulillah, aku masih lagi sedar dalam hakikat perjuangan, pasti ada cabaran. Perjuangan Rasulullah contoh terbaik.. Semoga ukhwah bersama sahabat terpelihara.ameen...

OK nazri, happy birthday again..n all the best ! i know u can do it! :)
Wassalam..







     

No comments:

Post a Comment