Sunday, January 22, 2012

Dunia,...keZALIMAN berleluasa. Namun,yakin lah ALLAH tidak sekali-kali menzalimi hambaNYA

As salam,

Ke hadrat ALLAH diriku berserah, dan kepadaNya aku menyembah. Selawat salam ke atas Rasulullah yg amatku rindui. Kenangan 'bersama' di kota suci Madinah kekal terpahat dalam memori manisku.

Baiklah, tulisan kali ini sangat berat bagi saya untuk berkongsi kepada semua pembaca. Namun, terbit di hati untuk menulis di sini lantaran yakin sangat bahawa apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Entah bagaimana mahu bermula, kerana di hati ini ALLAH sahaja yg tahu bagaimana rasanya. Kami sekeluarga diuji sekali lagi. Kali ini ujianNya cukup memberi tanparan hebat kepada kami. Akibat kezaliman, sifat tiada keperimanusiaan serta bertuhankan harta dunia...sanggup mengetepikan keadilan. Saya sangat-sangat terkejut, berlaku di depan mata bagaimana manusia yg selama ini (serta luaran) nampak sangat baik, sanggup menzalimi orang-orang yg amat aku sayangi. Laknatulllah. Yakin di sini kukatakan, jika tiada taubat pada diri manusia yg zalim ini, yakinlah anda akan kekal di dalam neraka yg paling bawah. Kejam, mmg sangat kejam!

Tapi tulah dia..syukur kerana masih lagi di bawah rahmat ALLAH. Kami perlahan-lahan cuba memulihkan keadaan. Dengan keyakinan bahawa ALLAH swt sekali-kali tidak akan menzalimi hambaNya, kami menguatkan semangat meneruskan kehidupan di bumi ALLAH yg hakikatnya penuh dengan kasih sayang. Yakinlah, ALLAH itu maha adil, maha pengasih dan maha penyayang. Dengan keyakinan sebegini, iALLAH setiap ujianNYA mampu kita hadapi dengan redha dan penuh keimanan.

ALLAH swt dan RasulluLLAH...kami berterima kasih kepadaMU. Smg berjumpa di syurga nanti. Ameen ya Rabbal 'Alamin...

1 comment: