Friday, December 31, 2010

Pembaziran amalan mulia? no! no! no!

Bismilllah.......
Alhamdulillah..kenyang perut senang hati. Saya baru sahaja pulang dari satu majlis kahwin. Meriah, sweet, makanan sedap dan pelaminnya sangat cantik. Warna tema nya putih, hijau lumut cerah dan krim. Serba-serbi meriah.

Saya pon teringin juga turut serta kemeriahan majlis.Habis penuh pinggan saya kerjakan...atas alasan..baru meriah!. Dengan doa tanda syukur serta memohon keberkatan rezeki itu, sesi menjamah makanan pun dimulakan. Kredit kepada katering, makanannya memang sedap. Santapan pun diteruskan dengan penuh berselera.

Hendak dipendekkan ceritanya, makanan di pinggan saya gagal dihabiskan. Daripada dua ketul ayam, hanya satu yang terjamah. Baiklah, i learnt new thing today. Actually this bad habit happened many times before, unluckily it turned out to be a bad habit solely without any counter action taken to stop it. Hmmmm, bagusla tu. syukur umurku masih panjang. Ada lagi mase untuk bertaubat. Ingatla wahai insan, membazir itu amalan syaitan. Orang yang suka membazir itu saudara kepada syaitan. Na'uzubillah... Aku tak nak jadi sedara kepada syaitan. Seperti yang kita maklum, di padang mahsyar nanti, umat manusia dihimpunkan mengikut nabi utusan masing-masing. Dan bagi kita umat Muhammad (s.a.w), pastinya syafaat baginda yang kita harapkan pada saat-saat genting sebegitu. Bayangkanlah, hanya kerana amalan pembaziran ini, syafaat baginda kita tidak perolehi.malah apa yang kita dapat hanyalah 'syafaat' syaitan. Dikumpulkan bersama-sama manusia yang sangat mengkagumi amalan syaitan. Na'uzubillah.. Minta dijauhi.


Oleh itu, sama-sama kita cuba sedaya upaya untuk tidak sekali-kali mengangkat darjat amalan syaitan, yang mana hakikatnya tetap zalim lagi jijik. Semulia-mulia akhlak adalah akhlak Rasulullah s.w.t. Amalkanlah sunnahnya, nescaya syafaatnya milik kita.. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita. Ameen. Wassalam.

1 Januari 2010 (2.12pm)

3 comments:

  1. wah ade blog.. :)
    betul tu..tak baek amek ayam bnyk2.. :P

    ReplyDelete
  2. yana..baru nk berjinak2...hopefully leyh commit la. harap dpt bg tunjuk ajar.yana punya blog superb sudah..:)

    bukan saya amek, ayam tu yg lompat ke pinggan...hehe:P

    ReplyDelete
  3. nge..gud2.. :P
    tak superb mane pun..saje suke2..hee..
    cube try2 tengok kat link blog ni.. =)
    http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

    ReplyDelete