Tuesday, March 5, 2013

Publication..Why Does It Matter?

Bismillah,

Syukur alhamdulillah masih dikurniakan kekuatan untuk berkongsi pengalaman. N actually nk ganti sebb tadi termissed Usrah. Ampunkan saya duhai Naqib.hehe. Semoga ALLAH terima amalan kita. Ameen.

Seperti biasa setiap hari Jumaat, saya akan menghadiri kelas English di Oxford ni..yeah. it is free and I really enjoy the class. Brush up my english and of cos to meet up more people out there are my 'only' intentions to come to the class. Hehe. Jumaat minggu lepas, antara tugasan yang diberikan adalah membuat pembentangan project to non-specialist audiences. A friend of mine, Vince, another Malaysian in the class have got to introduce me, and purposely read out my background including my list of publications. Alhamdulillah, dorang sgt surprise sbb saya ada satu buku and 3 journals, all are published at the international level. Ok baiklah sebelum saya teruskan, biar saya cerita sedikit environment in oxford in terms of publication.

Basically, disebabkan Oxford ni dah sgt2 established, dorang dah sampai satu stage yg mana commercialisation and practicality of the research outcomes bring more weight than publication. Paling2 pon poster  or conference paper (prestigious one) dah kira ok untuk postgrade students. Kat sini normally journals publication is being carried out by Post Doc staff (and of course they have thousands of post docs here and UTM not)

Suasana dalam kelas Bahasa Inggeris, Oxford University Language Centre .  Lovely Deborah Mason is our lecturer , lady in red blouse.

Ada 14 orang students total


Tapi suasana yg berbeza semasa saya di UTM yg mana policy utk mendptkan publication as many as we can is subjected to as early as post grade students (sebab kita belum ada ramai post doc kot). And I really understand why our VC imposed such policy and I just couldn't agree more. Alhamdulillah saya dah merasai stage ni dari awal..dan sangat membantu penyelidikan PhD saya di Oxford. I could say that I am a bit advance as compared to other post grades here. Tp jgn nk suka sgt sbb bebudak yg lain kat sini sgt kencang..and saya rasa if they got the same chance of publication, they could do way more better than me. Tp alhamdulillah, perancangan ALLAH mmg yg terbaik.. Persediaan sebelum ini banyak membantu saya membina self confidence. My supervisor always said that I tend to exceed his expectation each time I show my progress report. Syukur ya ALLAH, dan ampunkan kami atas segala kekhilafan.

So there you go, don't ever feel burdened by publication stuffs. It is worth doing and a good way to spread out good things. Tidak lupa juga untuk memberi penghargaan kepada dua individu ini yang byk membantu saya dlm publication:
1. Mak abah, sentiasa bagi support..setiap kali saya balik rumah, saya akan duduk di meja makan dengan laptop bagai untuk buat writing stuff..and tup2 atas meja mak sediakan air milo or air teh panas...hehe..n tup2 jugak kereta saya telah dibasuh oleh abah saya.hehe. Jasa mereka tiada tandingan. Doakan kebahagiaan mereka dunia akhirat.
2. My ex-supervisor. Despite being so bz, ada juga masa nk check manuscripts saya yg ntah ape2. huhu. Doakan beliau juga...Prof Madya Ir Dr Mohammed Rafiq.

Sekian, doakan semua Penuntut Ilmu memperoleh redha ALLAH. Ameen. Wassalam.


Saturday, February 23, 2013

Tips Sebelum Sambung Belajar ke Oversea - Kewangan

Bismillah...

Ada rakan saya di UTM yang kini sedang bertungkus lumus menghabiskan Master tesisnya, ada bertanyakan soalan bagaimana dengan persediaan sebelum menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya (PhD kot). Baiklah entri kali ini saya aku kongsi sedikit tips dalam konteks kewangan.

1. Bagi pegawai kerajaan yang bergaji penuh ketika cuti belajar, urusan kewangan mungkin lebih mudah. Adalah disyorkan supaya gaji tersebut dilaburkan. Terdapat beberapa saluran yang boleh digunakan untuk pelaburan:
- Amanah Hartanah Berhad (dari segi syariah insyaALLAH lulus)
- Tabung Haji (simpanan kita juga akan diberikan dividen tambahan)
- Beli rumah dan sewakan. Make sure ade yang uruskan dari segi maintenance rumah. Kerana harga rumah pasti akan naik. Walhal kalau kereta, ianya bukanlah aset sebaik rumah, kerana pasti berlaku penurunan harga. Try to find a time to do all this thing out before going abroad. iALLAH..pasang niat leklok k ^^,.
- Maaf, ni je yang saya yakin dengan 'syariah compliance'nye. Kalau ada lagi mohon pembaca cadangkan ya ^^,

2. Semua urusan ini boleh dijalankan dengan mudah dengan adanya kemudahan recurrence transaction dekat online banking. Ops, don't forget untuk buat pelaburan akhirat juga. Sebagai contoh, pilih mana2 badan kebajikan untuk dilaburkan wang anda itu. Amal jariah insyaALLAH. And pastikan ade portion untuk mak ayah kita juga ya. Lagi bagus kalau simpanan untuk mereka jauh lebih banyak dari simpanan untuk diri sendiri. Jangan lupa luasnya pintu rezeki yang ALLAH kurniakan buat hamba2Nya ya.

Sekian, sebarang pandangan dan cadangan sangat dialukan. Mohon doakan kita semua berjaya menjadi khalifah dan hamba ALLAH yang up to His standard. Ameen.


Tunduklah kamu dalam mencari rezeki kurniaan ALLAH. 



Friday, February 15, 2013

Budaya Kerja di Oxford

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang budaya kerja di sini. Penilaian ini dibuat berdasarkan suasana di persekitaran saya.

Baiklah, saya kini ditempatkan di Botnar Research Centre, Institute of Musculoskeletal Sciences, Nuffield Department of Orthopaedics, Rheumatology and Musculoskeletal Sciences, Nuffield Orthopaedics Centre, University of Oxford (hadoi panjang benor namanya..huhu). Bangunan ini terletak bersebelahan Nuffield Orthopaedics Hospital. So dari segi privilege mmg sgt. Alhamdulillah.

Any way for this entry, just nk highlight pasal satu budaya kerja yang saya sangat kagum dgn mereka2 di sini. Secara purata, di bangunan ini kebanyakannya adalah staff post doc, surgeons, lecturer and only a few PhD students. So can you imagine how hectic the environment is kalau masing2 dok sibuk dgn keja masing. Antara sikap yang saya rasa patut kita contohi adalah:

1. Jarang sekali saya nampak mereka bukak facebook. Bukan sahaja di PC, malah di HP juga kerana saya sangat jarang nampak mereka pegang handphone sambil bekerja. Saya yg jadi segan sebab asyik2 pegang hp. huhuhu. Budaya ini saya dah terbiasa bawak dari Malaysia. And i would say i need to change this habit as best as i can. 

2. Sangat menjaga kualiti masa. Alhamdulillah, hari ini saya adalah orang paling awal masuk makmal (padahal kalau hari lain, saya paling lambat..azam baru katakan..hehe). Dorang biasanya akan mula kerja jam 9  - 12..kemudian break for lunch. Lunch dorg pon kejap je. Maybe sebb dorang makan simple kot and topic perbualan dorg waktu lunch break pon x meleret2. So dlm 30 minit dorang akan kembali bekerja. Biasanya dlm jam 5.00, masing2 dah sibuk nak balik. N sangat jarang yang tinggal di lab.

So harap semua dapat sama2 ambil pengajaran. Mungkin atas faktor ini, pusat penyelidikan ini sangat2 cemerlang. Wallahu'alam. So kpd muslim, patutnye kita lebih cemerlang kerana faktor menjaga masa dan kualiti kerja sangat2 dituntut dalam agama kita. Jom sama2 muhasabah, dan sama2 reset minda. hehe. Wassalam

Friday, February 8, 2013

Oxford Bandar Ilmu?

Assalamu'alaikum...Harap semua sihat. Sihat fizikal, mental, rohani, dan emosi ya. =D

Oxford, bandar ilmu yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Juga merupakan universiti tertua di dunia barat. Kalau diamati betul2, sudah beratus penerima hadiah Nobel yg berjaya dilahirkan di sini. Pembedahan otak yang pertama di dunia juga adalah di sini. In specific, dekat area High Street, where our Examination School is located. Antara fakta yang menarik, para ilmuwan mereka dulu dengan sepakat menyatakan yang 'God is the light' sehingga menjadi motto University of Oxford. Menarik bukan. Jika diamati, perkara ini bukan sesuatu yg terlalu 'pelik' kerana jika betul manusia mengamati 'ilmu' itu, pasti pada satu tahap...ilmu itu akan membawa mereka mengenal tuhan.


Namun sejak akhir2 ini, kebangkitan ilmu2 sains didapati menjadi pesaing kepada ilmu2 ketuhanan. Hingga wujud fahaman atheism dan scientology yang mana tiada lagi kepercayaan berlandaskan tuhan. Nauzubillah. Dan keberadaan saya di sini banyak membuka matas saya. Pertama kali saya berjumpa dengan rakan yg atheist adalah dalam kelas saya sendiri...CDT. Ada dua orang yang saya kenal (yang x reveal x kira lagi). Kasihan kepada mereka memang tidak terbendung. Hakikatnye memang mereka pandai dan bijaksana, namun disebabkan fahaman lama mereka (mungkin hindu atau kristian) yang mana ketepatan fakta atas konsep ketuhanan tu masih sangat samar2. Konsep plurality dalam ketuhanan adalah sangat tidak wajar. Mungkin juga wujud silapnya kita sebagai umat Islam yang tidak sebenar2 dan bersungguh2 menyampaikan risalah Agong dari ALLAH. Semoga ALLAH ampunkan dosa2 kita. Ameen.






Dan bercakap pasal dakwah kepada orang bukan Islam (juga Islam) di Oxford ni, syukur alhamdulillah...sangat2 meluas. Saya di sini dapat melihat perspektif yang agak berbeza. Sebagai contoh isu2 keagamaan dibincang secara terbuka di sini. Namun, saya di sini akan terus berdoa semoga ilmu yang diperoleh mereka bukan sekadar pengetahuan, tapi menjadi pendorong hati mereka untuk mencari kebenaran.

Alhamdulillah, minggu lepas hari Isnin ( January 4, 2013) bertempat di Christchurch College, University of Oxford, telah diadakan satu sesi talk oleh Adam Deen, pengasas Deen Institute di London. Tajuk kalau x silap berkisar kepada ' Why One God?'. Talk yang sangat menarik bagi saya yg pertama kali. Kupasan diberikan dengan hujah2 yg banyak berlandaskan sains (mungkin juga ianya dibiarkan sebegitu kerana para hadirin lebih 'dekat' dengan sains berbanding tuhan). Jika dibandingkan dengan Dr Zakir Naik yang mana sangat handal dengan kemampuannya mengupas mana2 holy scripture berlainan agama, Adam Deen tidak kurang hebatnye. Sedikit kesian dkt diri saya sendiri kerana masih lagi gagal menjadikan Sains sebagai ilmu mengenla tuhan sehebat beliau. InsyaALLAH, semoga cita2 saya ini satu hari nanti menjadi kenyataan ( Harun Yahya menjadi inspirasi..hehe.doakan ye).




Sekian sahaja dari saya....banyak sangat nk cerita sebenarnye..tp saya terpaksa akur dengan keterbatasaan yang sentiasa wujud selagi kita berada di dunia ni =D. Ok semua, semoga terus menjadi pencinta ilmu untuk lebih mengenal Pencipta ilmu. BarakALLAH ^^,

Friday, February 1, 2013

Synergy is really a great policy

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Alhamdulillah, baru sahaja lepas berjumpa dengan supervisor. Again, things were going so well. So far semua berjalan lancar. Antara tips yang saya cuba amalkan adalah, memberi lebih daripada apa yang dipinta/disangka. 1+1>2.. This is what they call synergy. Give more, and InsyaALLAH you will get more. Contoh kalau paper dia minta kita buat satu, kita pulak patut cabar diri kita untuk buat lebih dari itu. Maybe 3 ke kan. InsyaALLAH. Sama juga dalam ibadah kita yang mana ALLAH telah mewujudkan istilah wajib dan sunat. And yes, please do the sunnat things to inculcate synergy attitude in us. InsyaALLAH, do things fairly..our ibadah (khusus especially) and also our study.....and yes, please put 'synergy' in each of them. May ALLAH please upon us (and upon our beloved Prophet Muhammad as well). All the best to all! ^^,

Friday, January 25, 2013

Supervisor Yang Sangat Baik ^^,

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi ALLAH. segala puji hanya bagi ALLAH. segala puji hanya bagi ALLAH.

Saya baru sahaja selepas berjumpa dengan supervisor saya, Dr Mark Thompson. MashaALLAH...sangat tak terkata.... Despite of being bombarded by so many questions, at the end of the meeting...he was saying that he just want to make sure that I am doing fine here...feel happy, having sense of belongings by the group members. Alhamdulillah. Doakan beliau semoga pencariannya dalam bidang sains ini membawa beliau ke satu titik mempertemukan kuasa tuhan yang tiada tolok bandingnya. ALLAH MAHA BERKUASA. ALLAHukbar...ameen ya rabbal 'alameen.

I still remember one of my question to him was that, how to become a very productive person at all times (I've asked this to my dearest ex-SV Hj Dr Rafiq)....and I'm quite surprised that he said that his intention to use our research outcome always get him inspired and motivated...which thus drive him to become a very productive human-being. And being at this research centre surrounded by so many clinicians and medical dr make him aware on the needs of having such a good technology to help the patients.  MashaALLAH....saya terhantuk sikit tadi. Dalam kesibukan buat research, saya hampir lupa matlamat sebenar dalam apa yang saya buat ni.. Ya ALLAH, semoga niat kami terus terpelihara. Ameen ya rabbal'alameen.

Sekian sahaja, buat semua...walau dalam kita sibuk nie..make sure kita x lupa matlamat hidup kita. 1. HAMBA ALLAH. 2. Khaleefah ALLAH.

Doakan kami berjaya dunia akirat ya.. =D

Salam perjuangan...Wassalam




Nazri Bajuri,
DPhil Candidate,
Mechanaobiology Group,
University of Oxford



Tuesday, January 15, 2013

Jalan Kiri atau Jalan Kanan ?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kumulakan bicara dengan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat yg telah dikurniakan ALLAH. Dalam pada diri ini diuji, tidak pernah skali puon diri ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan. Ya, ternyata ALLAH itu maha penyayang.

Baiklah, dalam pada tengah sibuk menjalani kehidupan harian sebagai pelajar penyelidikan, tidak akan kulupa akan tugasku juga sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini. Saya berhasrat untuk berkongsi sedikit akan rencah2 yang diperlukan untuk kita terus 'survive' di bumi asing ini (asing di mata tapi hakikatnye semuanya ini tetap kekal terus bertasbih kepada ALLAH).

Sebelum aku tiba disini, aku sedar akan beberapa kemungkinan yang akan berlaku kepada diriku: menjadi lebih baik atau menjadi lebih menyimpang jauh dari jalan ALLAH. Dengan rasa sedar akan dunia ini hanya sementara, aku tabahkan jua untuk memilih jalan yg akan mendekatkan diriku kepada rabbul'izati.. walaupon hakikatnye jalan ni penuh dugaan..kerana Dia telah berjanji hanya SEDIKIT sahaja yang mampu merempuhnya dengan berjaya. Tapi selagi masih mampu memilih, pasti kupilih jalan yang akan membawa kebahagiaan yg kekal abadi. To make things more practical, berikut adalah beberapa strategi yang sedang dan akan aku jalankan:

1. Turut serta dalam usrah. Alhamdulillah, di bumi barakah Oxford ini, kalimah2 agong ALLAH tidak pernah sunyi daripada dilaungkan, juga disebarkan. Ada beberapa usrah yang berjalan di sini, tidak kira untuk muslimin mahupun muslimin. Terima kasih banyak yang meneruskan usaha murni ini. Moga kita kekal dalam jalan ini hingga bertemu YANG TERCINTA. ameen.

2. Mencari housemate yang betul2 mempraktiskan Islam. Alhamdulillah, baru2 ini aku telah ditemukan dengan insan yang sangat baik dari mata saya, bagus solatnya, juga bagus akhlaknya. Mudah2an ukhwah yg terjalin ini akan terus terpelihara. ameen (dapatlah juga peluang dan ruang untuk bersolat jemaah, yang mana jauh di sudut hati amat kurindui solat jemaah di Malaysia, apatah lagi di Tanah Suci).

3. Ada juga usrah online buat sahabat di bumi US..walaupun kami berjauhan, nama kalimah ALLAH menyatukan kami. Dear Azam Bakir, semoga kita kekal istiqamah di jalan ini. =D












Sekian sahaja, buat sahabat..sama2 kita bijak dalam memilih laluan mana yang ingin kita tuju dalam hidup ini. InsyaALLAH =D
2.