25th April 2014, Isnin,
4.51am, Marston, Oxford, UK
“Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada ALLAH dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan
mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan
ALLAH (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan”
Al-Maeda, ayat 35 (5:35)
Bismillahirrahmannirrahim. Dengan
nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Engkau redha kami
sebagai HambaMu ya ALLAH.
Syukur Alhamdulillah masih
berpeluang untuk berbakti melalui penulisan saya yang x seberapa ini. Namun,
seperti para tentera al-fateh dengan kejayaan mereka membuka kota
Konstantinopel berbekalkan kepercayaan yg sangat kuat akan hadis nabi, saya
juga ingin turut bersama mereka, walau mungkin wadah dakwah saya bukan berbekal
senjata. Moga ‘pena’ ini mampu menjadi asbab anda dan saya dibangkitkan bersama
pejuang Islam di hari kebangkitan nanti. Ameen ya rabb.
Sekarang ni dah masuk musim
Spring di UK, dan entri ini lama juga saya peram..hehe. Sekarang ni jam 4.51am,
sebab subuh skrang awal..memang kena mujahadah la kan nk bangun awal...n nk
cuba istiqamah Qiamullail pon mencabar sebab Subuh masuk pukul 3.30ish so
meaning anda kena bangun dlm kol 2.30-2.45.. Mmg kena struggle skit.huhu. But
still, saya masih lagi gagal untuk subuh jemaah di masjid.. adoi sejuk sangat
nk naik basikal ni ha.. (ALLAH, alasan je ni kot..padahal kalau kita tahu
nikmat subuh jemaah, sanggup merangkak ke masjid kan. Poor me. Doakan saya dan
yang lain2 mampu melazimkan Solat Subuh Jemaah. Ameen).
Actually saya rasa sangat
bersalah, gambar2 yang saya upload di facebook (kebanyakan gambar berjalan2), hehe,
sangat sedikit saya selitkan Ibrah (pengajaran) dari setiap tempat yang saya
pergi. Walhal sepatutnya setiap ’perlayaran’ saya sertakan sekali dengan ibrah
yang saya yakin, lebih besar impaknya kepada mendidik hati, bukan sekadar
gambar2 yg akhirnya menyebabkan nafsu (yang tidak terdidik) bergelora (my
benchmark is, catatan pelayaran Ibnu Batutta..iALLAH one day saya cuba dapatkan
buku hebat beliau). Moga ALLAH ampunkan
dosa saya.. Ameen.
Baiklah, entri kali ini, saya
cuba berkongsi sedikit pengalaman saya ketika bercuti di Paris bersama mak abah
dan kakak tersayang (actually saya teman je mereka berhoneymoon.hehe..alhamdulillah,
tiada yang lebih bahagia daripada melihat orang yg kita sayang bahagia ^^,)
pada Januari yg lepas. Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat mereka ke kota
romantik Paris. All in all, saya sangat berpuas hati dengan percutian kami di
sana (3 hari 2 malam) yang mana pada hari ke2, saya telah menempah awal pakej
‘guided tour’ ke 3 tempat ‘tourist attractions’ : Musee Du Louvre, Eiffel
Tower, Notre Dame Cathedral sambil menelusuri river yg penuh dengan sejarahnya,
Seine River menaiki cruise. Agak mudah kerana perjalanan kami dibantu oleh
tourist guide yg supersemangat dan sangat2 berpengelaman. Nama dia Remy
(seperti dalam gambar di bawah). Setiap tempat yg kami lawati, akan dijelaskan
detail2 tempat itu dengan penuh teliti. Sebagai contoh, dalam Musee Du Louvre,
beliau siap explain dengan terperinci gambar2 tersebut, sekali dengan
sejarahnya. Sekali-skala sebab semangat sangat bercerita, meriahlah jugak aiyaq
liuq yg keluar (hehe..sorry Remy :P). So kepada yg nak p melawat Paris, highly
recommended to grab guided tour sebab perjalanan kita penuh dengan pengisian,
esp untuk tempat2 yg sebegini bersejarah (saya juga berkeinginan nk ambil
guided tour untuk my next trip to Istanbul! Allahurabbi, ALLAH sahaja yg tahu
kenapa saya nk sangat ke kota Istanbul. Saya pernah baca buku pembukaan kota
ini oleh Sultan Muhammad al-fateh dengan tenteranya, dan I was so darn inspired
by the history. Indeed, while writing this entry, I am listening to the song telling
the story of tentera al-Fateh. Terbakar semangat guwe deh!).
Remy, insyaALLAH doa kami bersamamu. Semoga ALLAH permudahkan urusanmu mencari kebenaran. Ameen |
Jom kita sambung cerita. So on
that day, destinasi kami berakhir di Notre Dame Cathedral. Nama pon cathedral
kan, so saya pon ambil peluang masuk ke tempat yg penuh bersejarah, dan
dianggap suci oleh penganut agama kristian (ada juga rasa cuak...huhu). Mak
abah dah penat sangat, dan mereka duduk di luar sahaja (but I think I know why
they didn’t want to get in..yelah tempat mcm tu kan). Hanya saya dan kakak yang
masuk ke dalam tempat tersebut. Sambil dipandu oleh Remy, kami beratur, dan
hampir setiap stop kami berhenti, mendengar penjelasan beliau (dalam cathedral
ini juga ada like gallery – I wonder kat
Malaysia pon dah patut kot ada ruangan masjid yg bukan Islam boleh masuk, boleh
lihat sejarah islam, dan ustaz2 kita berkeliaran di situ so that senang dorang
yg bukan Islam ni nak tanya apa2 soalan tentang Islam.. Biar imej islam datang
dari sumber yg benar, bukan dari media barat yg slalunya sesat lagi
menyesatkan..huh). So nampak la di ruang utama penganut agama kristian sedang
berdoa (sambil duduk). Well, tempat dia sangat besar, I think 3-4 times lagi
besar dari Christchurh, Uni Oxford punye church. My sis and I pon teruskan
berjalan sambil ala2 tekun dengar penjelasan si Remy ni. Masih segar dalam
ingatan saya,bagaimana sungguh alim si Remy ini, dia baca ‘doa’ sebaik sahaja
masuk ke church. So dlm lebih kurang 30 min, kami pon keluar (We skipped byk
stops sebab xnk mak abah tunggu lama sangat kat luar).
At the entrance of Musee Du Louvre |
Eiffel Tower ^^, |
Breathtaking - View from 2nd Floor of the Eiffel Tower |
So ibrah yang saya nk sampaikn
ini bermula di detik dan saat ini. Mcm ni, masa kitorang dah say goodbye to all
the people in the group and Remy, kami didekati oleh Remy dan beliau
bertanyakan satu soalan yang membuka cerita akan ibrah kali ini. Dia
bertanyakan adakah kami muslim, sebab dia nampak akak saya pakai tudung kan, so
kami pon with no doubt...answered ‘Yup’. And all of sudden dia bagitau kami
bahawa, dia TIDAK PERCAYA PON APA YANG DIA SAMPAIKAN or EXPLAIN sepanjang kami
bersama dia. I mean, setiap detail lukisan, sejarah2 di gereja, pengajarang2
ilmu kristian yang beliau belajar, hafal dan cuba faham, akhirnya menjadikan
beliau lebih confuse dan tidak percaya akan apa yang beliau anuti selama ini.
But still dia percaya akan kewujudan spirit2 or benda2 ghaib but dia xtau mana
yang betul dan mana yang tidak. ALLAHUrabbi, saya sangat terkejut. Dia sambung
lagi, dia kata sepanjang dia tahu dan kenal..orang2 Indonesia baik budi dan
akhlaknya..mungkin satu hari nanti beliau akan ke nusantara untuk mencari
kebenaran di sebalik all his doubts ni.
Saya terus tengok muka dia..dan
terdetik di hati..’inilah dia keindahan Islam, the one and only divine truth
ever exist on earth’. Beruntunglah bagi mereka yg ‘sedia ada Islam’ namun
jangan mudah berpuas hati kerana indeed tugas kita amat berat dan besar. Juga
terdetik, betapa kuatnya kuasa akhlak dalam memberi imej kepada Islam itu
sendiri. Baiklah saya conclude entri kali ini dengan concern seperti di bawah:
Sepanjang saya berada di luar
negara, saya punye concern lebih menjurus kepada mcm mane nk cuba menarik minat
orang bukan Islam kepada islam (well, saya juga raikan rakan2 yg berdakwah
untuk orang yang sedia ada Islam kerana dakwah perlu bergerak dari dua2 sudut -
luar dan dalam – dakwah islamiah dan islahiah). Saya perasan ramai antara
mereka sangat2 baik orangnya, and masih dalam setiap detik hidup mereka itu,
tercari2 yang mana benar yang patut mereka pegang sebagai prinsip hidup. Sbg
contoh, my supervisor, my college advisor, my atheist friends dan juga Remy
ini. So saya sangat2 berharap agar kita2 yg sedia ada Islam jangan pernah ada
rasa selesa dlm diri, kerana perjuangan kita masih jauh dan besar. But mungkin
ada yang tanya, why bother?..lantak p la dorang. ALLAHurabbi...maaf kalau saya
cakap, first yang perlu kita tanam dalam diri adalah rasa CINTA kita sesama
manusia (saya yakin, ini antara teras dakwah islamiah dan terbukti bagaimana
Rasulullah saw yang kita rindui melazimi dakwah baginda). Sanggupkah kita
melihat orang yg kita sayang dan kita yakin baik orangnya, ended up hidup
diorang dengan menjadi bahan bakar api neraka. Yes you are right, kita x boleh
merubah manusia...itu semua kerja ALLAH. But still kita kena usaha, sepertimana
hebatnya usaha Nabi junjungan kita Muhammad SAW untuk berdakwah kepada bapa
saudaranya. Paling ‘teruk’ dan ‘corot’ pon kita, biar setiap saat dan detik
dalam hidup kita, semuanya atas tiket ‘menyertai golongan yang cuba
MENYAMPAIKAN INDAHNYA ISLAM’..dengan apa cara sekalipun: ekonomi, sains,
penulisan, debat, diskusi, media dsb. Selebihnya ALLAH sahaja yg layak
menentukan jatuhnya hidayah ke jiwa mereka, mahupun kita. Satu lagi, banyak
sangat tokoh2 ulama skrg yang superactive dengan dakwah, merupakan insan2 yg
revert – kembali Islam (khususnya di luar negara). Contohnya, Hussein Ye,
Suhaib Webb, Yusha Evans, Abdul Rahim Green dan ramai lagi. So, adalah sangat2 worth untuk kita, at least trigger
rakan2 yg belum Islam, untuk teruskan discover agama yg mereka anuti (bukan
follow atas tiket ritual), kerana apabila mulanya detik mereka mengkaji agama mereka
dengan sebenarnya2, maka bermulalah langkah-langkah awal mereka menuju Islam
(ini telah terbukti dalam banyak kes sebelum ini..kalau x silap dah ade paper
yg report on such finding. Saya tahu ini pon sebab saya pernah dengar dalam
rancangan ‘The Big Questions - BBC’). So saya rasa adalah tidak salah untuk
kita, trigger mereka2 ini untuk mengkaji agama mereka dengan sedalam2nya, dan
kita juga on the other hand kena la juga tahu pasal agama kita kan ^^,. InsyaALLAH
mudah2an kebenaran terpasak di hati mereka dan juga kita. Ameen.
So saya harap rakan2 pembaca dan
diri saya sendiri, dari detik dan saat ini..gunakan sehabis baik peluang yang
ada depan mata, sekarang ini juga. Fikir betul2 apa kelebihan yang ALLAH dah
dan sedang beri pada ketika dan saat ini. Mungkin anda hebat dari segi ilmu
psychology, maka gunakanlah ia untuk menyampaikan dakwah. Dan juga anda mungkin
hebat dlm ilmu sociology, juga mohon diperhebatkan strategi untuk menyampaikan
dakwah. Kasihanilah mereka dan anggaplah mereka sebagai ‘senjata’ yg sangat
ampuh, khususnya apabila insan2 revert ini memeluk islam selepas mereka benar2
membuat kajian akan agama mereka dan agama Islam (Islam adalah satu2nya
falsafah atau method yg mampu menjanjikan sustainable development – yg mana
kini, topic ini menjadi ultimate goal mana2 bidang – automotif, architecture,
biomedical dsb. That’s why sgt penting kita menyebarkan falsafah hidup yang
satu ini à
ISLAM).. Cukuplah kita sesama Islam bergaduh, walhal di luar sana ramai lagi
yang belum tahu akan indahnya Islam (syukur Alhamdulillah, semalam, 24 April
2014, kami warga dunia diberitakan bahawa Hamas dan Fatah di Palestin sudah
mencapai kesepakatan. Ini adalah petanda yg sangat baik untuk kita membebaskan
kota suci Palestin). Jom rakan2 kita bangkit dan terus mujadah! Tambahkan ilmu,
kukuhkan iman dan taqwa, semarakkan jiwa dakwah dalam diri kita. Moga ALLAH
redha kita sebagai hambaNya. Ameen.
Amiin...Masyaallah...indeed pengalaman yg diperolehi masa di paris betul2 memberi kesan yg mendalam kt jiwa kita kn..tambah pulak bila k.zai baca buku Ahmad Ammar seorg pejuang muda yang mempunyai jiwa pendakwah yang bkn calang2 dibandingkan dgn usia arwah yg sgt muda. Terasa k.zai betapa kerdilnya diri yang sepatutnya blh memberi sumbangan yang lebih byk dan bsr dalam memperjuangkan Islam, tambah2 lagi Allah telah mengatur dan menyusun diri ini di dalam ruang lingkup yang sgt mudah untuk mengumpul pahala dan menyebarkan dakwah pada golongan2 yang sentiasa diuji Allah. Walau apa pun, kak zai percaya tiada istilah terlambat atau terlewat untuk memulakan sesuatu langkah. Sesungguhnya niat yang ikhlas dan langkah pertama yang diambil adalah pencetus kepada langkah-langkah besar yang diharap dapat memberi sumbangan kepada kecemerlangan dan kegemilangan Islam. Sama2 kita berdoa ye adik tersyg, Mohd Nazri Bajuri..semoga Allah permudahkan niat kita dan memberkati setiap langkah kita. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
ReplyDeletep/s Baru je belajar2 nak menulis entri ni...hehe
Wahh..duhai MutiaraHati, your first comment ni pon dah boleh jadi satu entri yg superb. Indeed. Sama2 kita ek.. Ak makin jadi smgt utk menulis sbb acapkali baca orang punye entri (fb/blog etc kita sendiri akan terinspirasi kan. So, dear my beloved sis, teruskan menulis dan berkongsi pengalaman anda. Tokoh2 terdahulu (barat mahupun islam) sgt hebat menulis. Mungkin kita rasa point yg kita nk share tu x cukup bagus, but..simply have a believe that ALLAH's knows best. Just tulis je apa yg kita rasa mampu beri manfaat. In fact, kita x tau pun mana amalan kita yg ALLAH akan terima. So kena lah perbanyakkan ek.
DeleteAnd, pasal tokoh pendakwah muda Ahmad Ammar (RIP), potentially apa yg sis zai dah baca dari buku ini boleh dijadiakn entri juga. hehe. Seriously, I can't wait to read it! =D
Take care sis...moga ALLAH meredhai kita sbg hamaNya. Ameen =D