Thursday, April 24, 2014

Sudden Genius - Nature VS Nurture

Entri dari Facebook saya - 29 Mac 2014, petikan dari buku Sudden Genius? by Andrew Robinsion


Bismillahirrahmannirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Engkau redha kami sebagai HambaMu ya ALLAH.



" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALLAH, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan ALLAH (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar "
(Al-Anfal, ayat 29)




So basically saya sangat2 tertarik nak tahu pasal si mamat genius Newton, Einstein, Stephen Hawkings dan yang sewaktu dengannya. Macam mana dorang boleh sangat genius, dalam konteks sumbangan mereka kepada dunia dalam bidang yang mereka profess. e.g physics, math, bio etc.Buku yang saya tengah baca ni – Sudden Genius by Andrew Robinson, Oxford Press ada sedikit sebanyak kupas isu ini. So antara point2 yg saya sangat keen to share adalah:



Apa yang dorang cerita, basically ade 2 faktor – 1. Genetic – (by nature) dan 2. Faktor persekitaran- by nurture (saya mohon juga para agamawan kalau dapat bincangkan juga factor spiritual sebagai factor yang MEMAYUNGI dan MIMIPIN dua faktor terawal tadi). So basically ape yang dorang jumpa adalah, yes, genius in the first place boleh diwarisi, tapi the continuity tu lebih banyak dipengaruhi persekitaran (nurturing), terutama ketika sedang membesar. Normally diorang ini perlukan tempoh tidak kurang 10 tahun untuk betul2 embrace that specific knowledge. Dan the passion (minat) itu sangat banyak dipengaruhi oleh pendedahan yang mereka perolehi sewaktu membesar. Turut ditekankan adalah the importance to teach fundamentals di usia muda ‘Interestingly, an exalted tennis coach (Robert lansdorp) mentioned that he was not looking for talent, but first thing he did was to teach fundamentals, and pretty soon you will find out where things are going’. Dalam bidang saya on human development/regenerative medicine (from engineering perspective), ini dipecah kepada embryonic stage dan satu lagi adulthood stage (ada juga kaitan dengan theory Form and Function – dalam kes ni Pakcik Darwin sangat2 tak tepat dengan teori evolusi dia..). Tapi you know what, the later – adulthood sebenarnya yang dorang jumpa jauh lebih penting dari kebijaksanaan yang diwarisi melalui genetic. Contohnya Newton ayahnya bekerja sbg petani kebun kecil, dan si pakcik Faraday plak ayah dia tukang besi- blacksmith. Tidak dinafikan ada juga genius yang diwarisi (by nature) dan tumbesarannya disertai dengan coaching yang sangat hebat oleh ayahnya (e.g Aage Bohr dan ayahnya Niels Bohr). Namun faktor suasana mereka dibesarkan itu jauh lebih penting. So sedikit pengajaran yang saya dapat:




1. Kepada yang kini sudah dan baru sahaja mempunyai anak, namun ditakdirkan ALLAH anda (dari sudut pandang dunia yang fana dan penuh kekurangan ini) ada kekurangan dari segi pendidikan. Pernah juga saya dengar kata2 mcm ini,”alaa aku ni belajar tak tinggi, macam manalah anak2 aku nk belajar tinggi juga, nak jadi bijak, so pasrah je lah”. Well, anda kena ingat ALLAH itu Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha detail dalam setiap percaturan. Diciptakan manusia dengan kebolehan yang boleh diwarisi (by nature), namun kebolehan yang diterapkan (by nurture) itu JAUH LEBIH HEBAT. Maka jangan putus asa dengan rahmat ALLAH. Teruskan didik anak-anak anda, dan penuhkan ilmu di dada, dan pahatkan iman sekuat2nya (cakap pasal iman, insyaALLAH next entri saya akan share my thought about Iman and Biology). Sebagai orang Islam, kuasa doa itu sangat kuat... SANGAT, sebab doa jugalah mampumengatasisunnatullah (Law of Nature – juga dari ALLAH). So jaga 3 perkara ini kuat2: 1. Rukun Iman (Sistem Kepercayaan kita yang mana seterusnya akan menentukan ke mana hala tuju kita – Believe system. Dalam research ini dipanggil Aim/Objectives yang sangat perlu dipegang kuat) 2. Rukun Islam (Prosess mentamsilkan/merealisasikan our believe system. Dalam research, ini dipanggil Materials and Methods), dan Ihsan (Introspeksi/Muhasabah dengan menggunakan platform hubungan antara hamba dengan Tuhan Rabbuljalil – kita check sejauh mana pencapaian kita dalam menepati fungsi kita sebagai hambaNya. Dalam research, ini dipanggil Result,Discussion & Conclusion). So, supaya kita dapat ingat slalu, tulis dan tampal 3 rukun agama ini (rukun Iman, Islam dan Ihsan) di rumah/tempat yg kita mudah nampk..sebab ini tunjang kita (Law of Repetition applies at this stage)




2. Tapi kepada yang mak ayah yang memang dah sah-sah bijaksana, tahniah dan bersyukur sebab dari segi genetic, coding genius tu dah well written (naturally), cuma the next stage, ayah dan ibu ini kena pastikan hone the talent in the right direction, serta iman yang dipasak kukuh. Didik anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh ilmu di dada. Lagi bagus, didik anak2 dari golongan yang pertama juga (point - 1). Ingat ALLAH beri kelebihan ini untuk dikongsi, baru menepati ciri-ciri khalifah. Ingat, kita patut perjuangkan konsep kolaboratif (bekerjasama) dalam diri kita dan anak, bukan kompetitif (bersaing). Baru dunia akan penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang... (I always believe, collaboration is superior to competitionthan only baru kita boleh achieve worldly sustainable development). ALLAH terlalu bijak dengan menciptakan manusia mempunyai kelebihan berbeza-beza untuk SALING MELENGKAPI (kerjasama), bukan menandingi.
Sekian, moga kita terus dipimpinNYa,setiap saat, atau kadar yang lebih singkat dari itu. Ameen. 

Ibrah dari Kota Paris

25th  April 2014, Isnin, 4.51am, Marston, Oxford, UK


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan ALLAH (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan”
Al-Maeda, ayat 35 (5:35)


Bismillahirrahmannirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Engkau redha kami sebagai HambaMu ya ALLAH.

Syukur Alhamdulillah masih berpeluang untuk berbakti melalui penulisan saya yang x seberapa ini. Namun, seperti para tentera al-fateh dengan kejayaan mereka membuka kota Konstantinopel berbekalkan kepercayaan yg sangat kuat akan hadis nabi, saya juga ingin turut bersama mereka, walau mungkin wadah dakwah saya bukan berbekal senjata. Moga ‘pena’ ini mampu menjadi asbab anda dan saya dibangkitkan bersama pejuang Islam di hari kebangkitan nanti. Ameen ya rabb.

Sekarang ni dah masuk musim Spring di UK, dan entri ini lama juga saya peram..hehe. Sekarang ni jam 4.51am, sebab subuh skrang awal..memang kena mujahadah la kan nk bangun awal...n nk cuba istiqamah Qiamullail pon mencabar sebab Subuh masuk pukul 3.30ish so meaning anda kena bangun dlm kol 2.30-2.45.. Mmg kena struggle skit.huhu. But still, saya masih lagi gagal untuk subuh jemaah di masjid.. adoi sejuk sangat nk naik basikal ni ha.. (ALLAH, alasan je ni kot..padahal kalau kita tahu nikmat subuh jemaah, sanggup merangkak ke masjid kan. Poor me. Doakan saya dan yang lain2 mampu melazimkan Solat Subuh Jemaah. Ameen).

Actually saya rasa sangat bersalah, gambar2 yang saya upload di facebook (kebanyakan gambar berjalan2), hehe, sangat sedikit saya selitkan Ibrah (pengajaran) dari setiap tempat yang saya pergi. Walhal sepatutnya setiap ’perlayaran’ saya sertakan sekali dengan ibrah yang saya yakin, lebih besar impaknya kepada mendidik hati, bukan sekadar gambar2 yg akhirnya menyebabkan nafsu (yang tidak terdidik) bergelora (my benchmark is, catatan pelayaran Ibnu Batutta..iALLAH one day saya cuba dapatkan buku hebat beliau).  Moga ALLAH ampunkan dosa saya.. Ameen.


Baiklah, entri kali ini, saya cuba berkongsi sedikit pengalaman saya ketika bercuti di Paris bersama mak abah dan kakak tersayang (actually saya teman je mereka berhoneymoon.hehe..alhamdulillah, tiada yang lebih bahagia daripada melihat orang yg kita sayang bahagia ^^,) pada Januari yg lepas. Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat mereka ke kota romantik Paris. All in all, saya sangat berpuas hati dengan percutian kami di sana (3 hari 2 malam) yang mana pada hari ke2, saya telah menempah awal pakej ‘guided tour’ ke 3 tempat ‘tourist attractions’ : Musee Du Louvre, Eiffel Tower, Notre Dame Cathedral sambil menelusuri river yg penuh dengan sejarahnya, Seine River menaiki cruise. Agak mudah kerana perjalanan kami dibantu oleh tourist guide yg supersemangat dan sangat2 berpengelaman. Nama dia Remy (seperti dalam gambar di bawah). Setiap tempat yg kami lawati, akan dijelaskan detail2 tempat itu dengan penuh teliti. Sebagai contoh, dalam Musee Du Louvre, beliau siap explain dengan terperinci gambar2 tersebut, sekali dengan sejarahnya. Sekali-skala sebab semangat sangat bercerita, meriahlah jugak aiyaq liuq yg keluar (hehe..sorry Remy :P). So kepada yg nak p melawat Paris, highly recommended to grab guided tour sebab perjalanan kita penuh dengan pengisian, esp untuk tempat2 yg sebegini bersejarah (saya juga berkeinginan nk ambil guided tour untuk my next trip to Istanbul! Allahurabbi, ALLAH sahaja yg tahu kenapa saya nk sangat ke kota Istanbul. Saya pernah baca buku pembukaan kota ini oleh Sultan Muhammad al-fateh dengan tenteranya, dan I was so darn inspired by the history. Indeed, while writing this entry, I am listening to the song telling the story of tentera al-Fateh. Terbakar semangat guwe deh!). 

Remy, insyaALLAH doa kami bersamamu. Semoga ALLAH permudahkan urusanmu mencari kebenaran. Ameen

Jom kita sambung cerita. So on that day, destinasi kami berakhir di Notre Dame Cathedral. Nama pon cathedral kan, so saya pon ambil peluang masuk ke tempat yg penuh bersejarah, dan dianggap suci oleh penganut agama kristian (ada juga rasa cuak...huhu). Mak abah dah penat sangat, dan mereka duduk di luar sahaja (but I think I know why they didn’t want to get in..yelah tempat mcm tu kan). Hanya saya dan kakak yang masuk ke dalam tempat tersebut. Sambil dipandu oleh Remy, kami beratur, dan hampir setiap stop kami berhenti, mendengar penjelasan beliau (dalam cathedral ini juga ada like gallery –  I wonder kat Malaysia pon dah patut kot ada ruangan masjid yg bukan Islam boleh masuk, boleh lihat sejarah islam, dan ustaz2 kita berkeliaran di situ so that senang dorang yg bukan Islam ni nak tanya apa2 soalan tentang Islam.. Biar imej islam datang dari sumber yg benar, bukan dari media barat yg slalunya sesat lagi menyesatkan..huh). So nampak la di ruang utama penganut agama kristian sedang berdoa (sambil duduk). Well, tempat dia sangat besar, I think 3-4 times lagi besar dari Christchurh, Uni Oxford punye church. My sis and I pon teruskan berjalan sambil ala2 tekun dengar penjelasan si Remy ni. Masih segar dalam ingatan saya,bagaimana sungguh alim si Remy ini, dia baca ‘doa’ sebaik sahaja masuk ke church. So dlm lebih kurang 30 min, kami pon keluar (We skipped byk stops sebab xnk mak abah tunggu lama sangat kat luar).

At the entrance of Musee Du Louvre

Eiffel Tower ^^,

Breathtaking - View from 2nd Floor of the Eiffel Tower

 
Depan Notre Dame Cathedral
So ibrah yang saya nk sampaikn ini bermula di detik dan saat ini. Mcm ni, masa kitorang dah say goodbye to all the people in the group and Remy, kami didekati oleh Remy dan beliau bertanyakan satu soalan yang membuka cerita akan ibrah kali ini. Dia bertanyakan adakah kami muslim, sebab dia nampak akak saya pakai tudung kan, so kami pon with no doubt...answered ‘Yup’. And all of sudden dia bagitau kami bahawa, dia TIDAK PERCAYA PON APA YANG DIA SAMPAIKAN or EXPLAIN sepanjang kami bersama dia. I mean, setiap detail lukisan, sejarah2 di gereja, pengajarang2 ilmu kristian yang beliau belajar, hafal dan cuba faham, akhirnya menjadikan beliau lebih confuse dan tidak percaya akan apa yang beliau anuti selama ini. But still dia percaya akan kewujudan spirit2 or benda2 ghaib but dia xtau mana yang betul dan mana yang tidak. ALLAHUrabbi, saya sangat terkejut. Dia sambung lagi, dia kata sepanjang dia tahu dan kenal..orang2 Indonesia baik budi dan akhlaknya..mungkin satu hari nanti beliau akan ke nusantara untuk mencari kebenaran di sebalik all his doubts ni.

Saya terus tengok muka dia..dan terdetik di hati..’inilah dia keindahan Islam, the one and only divine truth ever exist on earth’. Beruntunglah bagi mereka yg ‘sedia ada Islam’ namun jangan mudah berpuas hati kerana indeed tugas kita amat berat dan besar. Juga terdetik, betapa kuatnya kuasa akhlak dalam memberi imej kepada Islam itu sendiri. Baiklah saya conclude entri kali ini dengan concern seperti di bawah:

Sepanjang saya berada di luar negara, saya punye concern lebih menjurus kepada mcm mane nk cuba menarik minat orang bukan Islam kepada islam (well, saya juga raikan rakan2 yg berdakwah untuk orang yang sedia ada Islam kerana dakwah perlu bergerak dari dua2 sudut - luar dan dalam – dakwah islamiah dan islahiah). Saya perasan ramai antara mereka sangat2 baik orangnya, and masih dalam setiap detik hidup mereka itu, tercari2 yang mana benar yang patut mereka pegang sebagai prinsip hidup. Sbg contoh, my supervisor, my college advisor, my atheist friends dan juga Remy ini. So saya sangat2 berharap agar kita2 yg sedia ada Islam jangan pernah ada rasa selesa dlm diri, kerana perjuangan kita masih jauh dan besar. But mungkin ada yang tanya, why bother?..lantak p la dorang. ALLAHurabbi...maaf kalau saya cakap, first yang perlu kita tanam dalam diri adalah rasa CINTA kita sesama manusia (saya yakin, ini antara teras dakwah islamiah dan terbukti bagaimana Rasulullah saw yang kita rindui melazimi dakwah baginda). Sanggupkah kita melihat orang yg kita sayang dan kita yakin baik orangnya, ended up hidup diorang dengan menjadi bahan bakar api neraka. Yes you are right, kita x boleh merubah manusia...itu semua kerja ALLAH. But still kita kena usaha, sepertimana hebatnya usaha Nabi junjungan kita Muhammad SAW untuk berdakwah kepada bapa saudaranya. Paling ‘teruk’ dan ‘corot’ pon kita, biar setiap saat dan detik dalam hidup kita, semuanya atas tiket ‘menyertai golongan yang cuba MENYAMPAIKAN INDAHNYA ISLAM’..dengan apa cara sekalipun: ekonomi, sains, penulisan, debat, diskusi, media dsb. Selebihnya ALLAH sahaja yg layak menentukan jatuhnya hidayah ke jiwa mereka, mahupun kita. Satu lagi, banyak sangat tokoh2 ulama skrg yang superactive dengan dakwah, merupakan insan2 yg revert – kembali Islam (khususnya di luar negara). Contohnya, Hussein Ye, Suhaib Webb, Yusha Evans, Abdul Rahim Green dan ramai lagi. So,  adalah sangat2 worth untuk kita, at least trigger rakan2 yg belum Islam, untuk teruskan discover agama yg mereka anuti (bukan follow atas tiket ritual), kerana apabila mulanya detik mereka mengkaji agama mereka dengan sebenarnya2, maka bermulalah langkah-langkah awal mereka menuju Islam (ini telah terbukti dalam banyak kes sebelum ini..kalau x silap dah ade paper yg report on such finding. Saya tahu ini pon sebab saya pernah dengar dalam rancangan ‘The Big Questions - BBC’). So saya rasa adalah tidak salah untuk kita, trigger mereka2 ini untuk mengkaji agama mereka dengan sedalam2nya, dan kita juga on the other hand kena la juga tahu pasal agama kita kan ^^,. InsyaALLAH mudah2an kebenaran terpasak di hati mereka dan juga kita. Ameen.

Kawan baik saya kat lab.. Vicky...dan dia x percaya akan tuhan. Tapi dialah the only one kawan bukan Islam saya yg slalu sebut 'InsyaAllah' bila borak dengan saya.. Moga satu hari nanti Islam bertapak di hatinya. *Gambar ni masa dia ajak ke bilik dia..siap masak lagi tu. Such a nice man indeed. 

Yusha Evan. ALLAHurabbi, perkongsian beliau di Oxford tempoh hari banyak membuka mata bagaimana Islam mampu merubah manusia menjadi JAUH LEBIH BAIK. Boleh dengar lecture beliau di Youtube... Mindblowing indeed. 

So saya harap rakan2 pembaca dan diri saya sendiri, dari detik dan saat ini..gunakan sehabis baik peluang yang ada depan mata, sekarang ini juga. Fikir betul2 apa kelebihan yang ALLAH dah dan sedang beri pada ketika dan saat ini. Mungkin anda hebat dari segi ilmu psychology, maka gunakanlah ia untuk menyampaikan dakwah. Dan juga anda mungkin hebat dlm ilmu sociology, juga mohon diperhebatkan strategi untuk menyampaikan dakwah. Kasihanilah mereka dan anggaplah mereka sebagai ‘senjata’ yg sangat ampuh, khususnya apabila insan2 revert ini memeluk islam selepas mereka benar2 membuat kajian akan agama mereka dan agama Islam (Islam adalah satu2nya falsafah atau method yg mampu menjanjikan sustainable development – yg mana kini, topic ini menjadi ultimate goal mana2 bidang – automotif, architecture, biomedical dsb. That’s why sgt penting kita menyebarkan falsafah hidup yang satu ini à ISLAM).. Cukuplah kita sesama Islam bergaduh, walhal di luar sana ramai lagi yang belum tahu akan indahnya Islam (syukur Alhamdulillah, semalam, 24 April 2014, kami warga dunia diberitakan bahawa Hamas dan Fatah di Palestin sudah mencapai kesepakatan. Ini adalah petanda yg sangat baik untuk kita membebaskan kota suci Palestin). Jom rakan2 kita bangkit dan terus mujadah! Tambahkan ilmu, kukuhkan iman dan taqwa, semarakkan jiwa dakwah dalam diri kita. Moga ALLAH redha kita sebagai hambaNya. Ameen.