Friday, August 10, 2012

My Online Sifu - Dr Zaharuddin.. Selamat Menonton =D

Selamat Menonton ya...Semoga ALLAH didik hati kita, gemar dgn majlis2 ilmu.. Ingat, janganlah lupa AMAL dan JAGA NIAT ya =D


Kemantapan Rohani antara faktor Kejayaan Seorang Ilmuan

Bismillah...

Dlm pada tengah sayu (sbb ramadhan dah nak ke penghujung), dan smgt (sebb tengok orng lain smgt nk kejar malam lailatul qadar), tetiba terlintas nk share smthg bawah label 'Tips Akademik'.

Sebelum saya bermula, just to inform yg tips2 yang saya kongsi di sini tiada yg original...bermaksud tips2 nie semua saya ambil daripada orang2 yg telah, sedang dan 'akan' berjaya.

Kebanyakan mereka yg saya kenal, esp bagi yg muslim...dorang2 nie ada emotional quotient (EQ) yg sangat mantap. Solat dorang tip top, bacaan quran dorang xyah cakap la kan. N dorang nie jenis yg suka memberi bukan menerima. Maksud saya, dorang nie suka sgt mengajar orang..tidak pernah sekali2 kedekut ilmunya. Prof Muhaya pernah kata, nk jadi pelajar yg bagus..mesti niat belajar untuk mengajar kerana ALLAH ta'ala.



Baik, saya cuba kupas sdikit faktor kejayaan mereka dgn janji2 ALLAH...yg mana dlm Islam..ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya hanya akan diterima dan dipancarkan hanya dari hati2 yg bersih, suci murni. Baru terasa nikmatnya ilmu itu. Berbalik kepada konteks akademik, Islam sangat2 mengajar kita...sucikanlah hati-hati kita wahai penuntut ilmu...mudah2an..ilmu yg diperoleh akan terus 'kekal' dan bermanfaat kepada pemiliknya serta kepada rakan2 di sekelilingnya. MashaALLAH.. cantik bukan. Maka!!! Lazimkanlah solat, puasa, zikir, bacaan alQuran dan sebagainya. Di bulan puasa nie...cuba mantapkan lagi EQ kita. Pimpinlah hati wahai para penuntut ilmu. Ingatlah..jangan kejar pangkat dunia, kejarlah pangkat di akhirat..kerana nikmat mempunyai pangkat yg tinggi di akhirat, tidak tertanding dengan dunia dan segala isinya. Kejar akhirat, dunia pasti kejar kita. Yakin ya! Wallahu'alam...



Baiklah...mungkin ada yg bertanya..orang bukan islam...napa boleh je berjaya.. Senang2 je dpt 4flat la.. Result gempak memanjang. Okay, back to apa maksud berjaya? Or apa maksud kejayaan sebenarnya? Cuba kita semak balik erti kejayaan. Ingatlah wahai rakan2.. kejayaan sebenar bagi semua umat manusia adalah apabila mendapat redha ALLAH, masuk syurgaNya tanpa hisab bersam2 orang yg kita kasihi. MashaALLAH. So semak balik erti kejayaan. Jangan sempitkan pengertiannya dengan sekadar pointer, harta, nama dan pangkat sebagai indikator. Please be clear dgn maksud 'kejayaan' kalau benar2 mahu berjaya.

Sama2 kita saling mengasihi, saling mengingati, dan berjemaahlah dalam mecapai kejayaan yg sebenar. Saya doakan yg terbaik utk semua. Ameen ya rabbal 'alameen.

Semoga yg di langit lebih mengenal kita daripada yg di dunia..ameen.

Sunday, August 5, 2012

VisaUK dan Sedikit Hikmahnya

Alhamdulillah...selesai sudah Jumaat lepas urusan Visa ku. Sekarang nie kene tunggu resultnye mcm mana pulak. Ya ALLAH, mohon dikurniakan kami yg terbaik. ameen. Bersykur sgt pada hari itu..mak abah n adik saya sanggup meluangkan masa mereka utk menemani saya...dlm pada lapar dan dahaga puasa. Semoga ALLAH kurniakan mereka Jannah..Ameen ya Rabb. 

Oklah, balik kepada topik.. Persediaan visa saya byk sgt dibantu oleh blog rakan2 kita nie. ALLAHuakbar, mereka sangat baik n best! sbb kongsi maklumat yg sgt2 saya perlukan.... Kepada Prof Raihan Musa, DPhil (Oxford), terima kasih byk... ini blog beliau..byk lagi yg menarik ada di sini...


Dan dalam pada saya tgh deal dgn prof raihan nie...dia suggestkan saya satu lagi blog yg sgt bagus jugak...


Semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama mereka..ameen.

Disebabkn blog2 ni dah bgtau detailsnya (selain universiti tu sendiri ada info masing2)..so saya x perlu ulang ya.hehe. Yg bezanya dgn saya adalah:
1. Saya buat bank draft guna CIMB Bank, n amountnye pon berbeza..RM1416,00. 
2. Masa buat biomatric..tangan saya ( i mean jari2 saya)..sangat susah ditrace..last2..orang tu givup..ambil je mana yg terbaik...
3. Ha..ni link untuk buat appontment; https://www.vfs.firm.in/my-apptsystem/appscheduling/appwelcome.aspx. Make sure buat dulu appointment..sbb dorang punya security agak strict.. Tapi saya dpt yg less strict...sbb rakan2 di dalam pelik macam mana HP saya boleh dibawa masuk. Ada yg HP pon terpaksa diletakkan di luar. So, kepada yg simpan details dlm HP..dinasihatkan..buat hardcopy k. =D
4. Alhamdulillah, dpt berkenalan dgn kawan baru. So, kepada yg membaca nie, murah2kan senyuman, dan jadilah orang yg peramah ya. Kita ikut Nabi kita..s.a.w. =D. (Amirul dan Azhar, dua kawan baru saya yg sgt peramah...terima kasih atas ukhwah yg terjalin)

Kami buat visa UK di wisma MCA (VFS Sdn. Bhd.), sangat dekat dengan KLCC. Dia agen..ini detailsnya:

Antara hikmah yg saya dpt sewaktu proses buat Visa nie:

1. Walau macam mana keadaan kita..susah senang..mak abah n family mmg slalu ada di sisi. Syukur sgt..maka, in return..buatlah yg terbaik utk mereka juga ya. (sekarang nie ramai yg lebih mengutamakan kawan daripada keluarga..tak boleh mcm tu k =D )

2. Buat VISA di bulan ramadhan..ALLAH, dari sudut pandangan akal biasa..nmpak mcm..kene banyk sabar.. Actually, mmg sgt betul..sbb byk urusan yg perlu dilaksanakan. Namun, beringatlah akan betapa byknya limpahan rahmat ALLAH dlm bulan ini. Maka cuba sebaik mungkin, reset minda...jadikan urusan ini sebagai ibadah... Jaga niat jaga syariat. InsyaALLAH. Ramai yang saya jumpa buat visa dalam bulan ini. MashaALLAH. Doa saya agar ALLAH terima amal ibadah kami ini. Maka, bersyukurlah..=D (Jauh beza pengorbanan kami ini jika nk dibandingkan dengan tentera2 Islam dlm perang Badar, yg mana juga jatuh pada bulan Ramadhan). Bersyukur lebih baik dari Bersabar (Bersyukur > Bersabar)

3. Urusan Visa juga mengajar erti bertawakal...hehe. Kene tunggu beberapa minggu baru dpt tahu result. Maka, bertawakallah..Sangka baik dgn ALLAH..doa dan terus berdoa. Ini senjata kita. 

Maaf sangat2...topik saya x sehebat blog2 yg dikongsi oleh rakan2 kita tadi. Namun, harap sangat agar sdikit perkongsian ini dapat memberi hikmat dalam kehidupan kita.. Ingat! ALLAH MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG!..indeed. Pegang ni ya =D.

Monday, July 30, 2012

Ramadhanku, dan Persediaan Cuti Belajarku

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang (teringat tazkirah Dr Dedy yg sangat menyentuh rohani waktu Zohor tadi...Doa kami untuk Dr Semoga bahagia dunia akhirat..ameen)

Dalam pada kita masing sedang2 sibuk dengan ibadah puasa dan ibadah2 lain dalam bulan yg PENUH BARAKAH ini...saya telah diberi 'tugas' tambahan untuk turut sama membuat persedian untuk cuti belajar. Sebenarnya ada terasa letih, namun prasangka baik harus sentiasa kupanjatkan kepada Pencipta kita atas setiap 'training' yg diberikan.Alhamdulillah wa syukurlillah...

Urusan passport, CAS number, Visa, advance payment utk college...dan banyak lagilah..terus mewarnai ramadhanku kali ini. At the same time, ibadah2 lain yg menjadi sunnah dan sunat kene buat juga. Doakan ya smoga terus istiqamah. Doa saya juga untuk anda yg membaca. Sronok pon ada sebnarnya. Allah bagi kita pelbagai mcm training...so just accept it positively. Jgn pernah putus asa dengan rahmat ALLAH wahai diri. =D

Ok baiklah, untuk sedikit maklumat..saya telah terpilih utk menjadi student di bawah Somerville college di Oxford nanti. Actually masa mula2 dpt tau, mcm kurang best sbb saya sgt suka dgn kolej yg jauh lebih klasik..hehe..tapi..as usual, kene THINK POSITIVE..redha dgn setiap ketentuan. Kolej nie asalnye kolej perempuan, lately baru bukak utk lelaki. For more info, feel free to visit the webpage: http://www.some.ox.ac.uk/

Dan ini ada sedikit video berkaitan kolej ini..boleh tahan cantik..subhanallah =D


Dan yg kt bawah ni program yg bakal saya sertai, Centre for Doctoral Training (CDT) in Healthcare Innovation. Mohon sangat doa rakan2 agar ALLAH beri kekuatan kepada kami para penuntut ilmu. Doakan ya =D



Untuk pengetahuan, untuk setiap student antarabangsa, yuran pendahuluan adalah wajib. Tapi bagi yg ada tajaan biasiswa, pengecualian diberikan. Tapi beberapa yuran tambahan utk tempahan kolej kediaman dan sebagainya adalah perlu. Dan untuk pengetahuan, saya dalam proses mohon dari pihak KPT untuk menyediakan bayaran tersebut (dekat 800GBP gak..mana nk cekau nie..hehe). Mohon doakan ya.

Oklah, masa dah time..mudah2 mujahadah nk bangun awal esok pagi sebelum sahur terlaksana. Last time pergi dekat Harris Jusco Tebrau ada terbaca satu buku, antara isi yg saya ingat..orang yg solat malam ada ciri2 ahli syurga. ALLAHukbar....sama2 terus bermujahadah ya. =D

Sunday, July 22, 2012

Abdul Basit Abdul Rahman - Sinar al-Quran di Bulan Ramadhan 1 - Tanyalah...



Syukur alhamdulillah diberi kesempatan oleh ALLAH swt menikmati pelbagai ganjaranNya di bulan Ramadhan yg penuh dgn barakah. Dan mungkin ramadhan kali ini adalah yg terakhir buatku sebelum menyambung pengajian di perantau.sob3...xpe2, demi agama yg tersayang...sanggup ku berkorban segala keselesaan yang ada di tanah air.insyaALLAH..

Baiklah semoga video yg saya share nie sedikit sebanyak membantu kita menempuh Ramadhan dengan lebih bermanfaat. Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yg beruntung (orang2 berTAQWA)..yg mana dalam alQuran, ALLAH swt berfirman dalam surah alBaqarah ayat 183:

" O you who believe! fasting is prescribed for you, as it was prescribed for those before you, so that you may guard (against evil)"

Dan mudah2an jugak puasa dan bacaan alQuran kita dpt memberi kita syafaat di akhirat kelak..ameen. Maafkan saya sekiranya ada salah silap ya. Have a blessed Ramadhan untuk semua. ameen.. =D

(p/s: doakan semoga Dr Abdul Basits, penceramah kita tergolong dalam orang2 yg dikurniakan syurga ALLAH swt tanpa hisab bersama2 orang yg beliau sayangi..ameen)

Monday, July 16, 2012

Haji Muda =D

Pasti menjadi cita-cita semua umat Islam untuk pergi menunaikan haji dan umrah. Saya suka melawat blog Dr Ridzwan (http://ridzwan-bakar.blogspot.com/). Blog dan juga buku beliau banyak mengandungi kisah dan info yg pasti bermanfaat untuk bakal2 haji...Sangat kagum dengan penulis blog ini. Alhamdulillah wa syukurlillah..ALLAH kurniakan kita insan berhati mulia seperti beliau. Semoga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa bersama beliau sekeluarga. Ameen. Tidak juga blog mentor beliau. Prof Kamil Ibrahim yang mana hasil tulisan beliau menjadi tatapan saya tatkala kerinduan kepada Tanah Suci Mekah dan Madinah. (http://muhdkamil.org/blog/). Kagum dengan mereka, menyebabkan saya lebih kagum dengan Pencipta mereka/kita. MasyaALLAH. Doa kami semoga insan2 ini mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..tanpa hisab...bersama-sama orang tersayang. Ameen.



Abah (mak dan adik bradik yang lain)...walau pasti kita berpisah di dunia, semoga diriku ini dapat bersama kalian di Syurga nnti. Ameen...



Mak Abah tersayang..semoga satu hari nanti kita dapat lagi ke sana untuk menunaikan Haji. Ameen.





Sunday, July 8, 2012

The good thing about 'I wanna QUIT!!!' =D

Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam dan selawat serta salam atas Nabi Muhammad s.a.w (sgt rindu kat baginda...kenangan di masjid nabawi masih segar di ingatan T_T).

Syukur awal pagi nie ditakdirkan ALLAH untuk bangun awal. Agak segan nk mengaku..tapi xpelah demi nk dijadikan pengajaran...saya kongsi skit. Sbnrnya saya dalam proses nk melazimkan solat tahajud (qiamullail) esp sempena Ramadhan yg bakal tiba x lama lagi. Masa saya taip entri nie..sbnrnya saya x solat lagi. To be honest..saya tgh LAWAN NGANTUK nie. So tetiba terpk nk tulis blog dulu b4 start solat. Smoga ini juga menjadi salah satu cabang ibadah saya di pagi yg indah ini ya. Ameen.

Baiklah, untuk entri kali ini..saya sangat2 nk berkongsi satu kisah yg menarik yg byk sangat memberi pengajran dalam hidup saya. Berlaku ketika saya sedang bertukus lumus nk siapkan master study. Ianya berkisarkan tntang ' nk quit' or 'nk berhenti' or else la kan. Ha, nk dijadikan cerita, saya boleh pulak masa tgh writing thesis master (means dah dekat nak abes la kan my study tu)...saya baru terperasan yang saya ada buat satu kesilapan yg sangat besar dengan kajian saya...yg mana kalau nk diikutkan, mmg kene start prosesnya dari awal. Saya baru terperasan yg CT images yg saya amek untuk wrist region tu were actually scanned on the wrist at the extended and deviated (ulnar) position. Fuh....masa tu dah gelabah...abeslah aku.. mcm mana nak proceed nie..walhal untuk buat comparison dgn study yg lain, my subject should be scanned at the neutral position. Allahuakbar...masa tu ALLAH saja yg tahu. 3 hari jugak saya amek masa utk fikir cara y terbaik nk selesaikan. Last2...saya mintak pendapat drp my SV, sifu Prof Dr Rafiq. Seperti biasa, sifu saya ni mmg kalau jupe dia...pasti ada je idea yg dia bagi. Syukur alhamdulillah (all praise to ALLAH). Dia suruh saya teruskan juga dgn apa yg saya buat kerana hakikat kita dlm buat kajian, setiap outcome perlulah berlandaskan scope dan boundary tertentu yg telah di'set'kan oleh para penyelidik. Dan inilah yang saya gunakan untuk menulis thesis saya, dan jugak my very 1st journal paper. Masa tu mmg saya kumpulkan balik semangat..dan terus menerus bersangka baik dgn ALLAH. Dan nk dijadikan juga cerita..saya dapat pulak idea untuk buat my second paper time tu juga (sebnarnye time ni tgh cari idea mcm mana nk cover balik kesilapan sebelum nie). Boleh la dikatakan, kalau x jadi kesilapan demikian, mungkin xkan muncul paper saya yg kedua mahupun yg ketiga. Tapi bersyukur sangat2..atas nikmat yg ALLAH bagi. Inilah yg dikatakan nikmat musibah. Hasilnya, pada penghujung pengajian saya...terhasilkan 3 journals dengan cumulative impact factor 4.6 dan juga sebuah buku di SpringerBrief. ALLAHUAKBAR!!!!! tiada kata yg terungkap atas nikmatNya yg sangat2 saya x mampu balas. Bersyukur sangat2 walaupun sumbangan saya nie sangat tak seberapa jika dibandingkn dengan para pejuang Islam terdahulu. Papepon, semoga dapat dijadikan saham akhirat saya, dan juga wadah bagi memperkuatkan lagi kualiti ummat islam dlm dunia penyelidikan saintifik berlandaskn semngt islamik. Ameen. Berikut adalah senarai penerbitan yang telah berjaya dihasilkan:

Book:
1. Computational Biomechanics of the Wrist Joint ( http://www.springer.com/engineering/biomedical+engineering/book/978-3-642-31905-1)

Journals:
1. Mechanical and functional asssessment of the wrist affected by rheumatoid arthritis: a finite element analysis. Journal of Medical Engineering and Physics (http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S135045331100347X).
2. Biomechanical analysis of the wrist joint affected by rheumatoid arthrtis (Journal of Engineering in Medicine) - Final editting
3. Biomechanical analysis of the total wrist arthroplasty of the rheumatoid arthritis. Journal of Medical and Biological Engineering and Computing.

Pengajaran:
1. The moment kita rasa nk give up, itu sbnrnya petanda yg kita adalah sangat hampir dengan kejayaan yg jauh lebih baik daripada kalau kita xde rasa nk give up. faham x?hehehe. Tapi dgn syarat, KEEP ON MOVING and please don't repeat the same mistake. Find ways to produce much better results. Serious, I experienced this. MasyaALLAH.
2. Saya buat satu analogi bagi kes nie.. Kita kalau nk lompat, kita akan make sure kita flex kaki kita dulu kan (bend), then baru kita lompat. Camtulah juga respon kita sepatutnya apabila berhadapan dengan detik2 kegagalan. Anggap je ketika dan saat itu, kita sedang kumpul kekuatan to jump higher dengan penuh bergaya. Jangan bend lama sangat, nnti kita rebah (means kalau rasa nk givup tu..kene cpt2 bangkit).
3. Yakinlah, bersama2 kesusahan ada kesenangan. (surah al-insyirah). ALLAH mahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa penyayang...Dia takkan menzalimi kita dengan sesuatu yg kita x mampu buat, Yakin dengan rahmat ALLAH k. Dan sayangilah ALLAH sentiasa.....indahnya hidup ini... =D.

Sekian dari saya, dah pnjang sgt nie..hehe. Ok, selamat beramal yg semua. Doakan kejayaan semua pejuang agama semoga dikurniakan Jannah tanpa hisab. ameen... =D

(f/n: konvensyen fiqh ummah 2012 best!!!!)