Wednesday, March 26, 2014

Mata PENA Lebih Tajam Daripada Mata Pedang

6th March 2014, Khamis, 10.28pm, G&D, Oxford, UK




“ Nuun, Demi Pena dan apa yang mereka tulis. Engkau (wahai Muhammad) –dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana)”

Al-Qalam, ayat 1-2 (68, 1:2)





Bismillahirrahmannirrahim . Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
     Syukur Alhamdulillah, dikurniakan kembali kudrat untuk meneruskan penulisan saya. Hanya ALLAH sahaja yang layak menerima setiap pujian mahupun kredit, kerana anda dan saya hanya Hamba, dan Dia adalah TUAN dan TUHAN. In fact, bukan sembarangan TUAN, tetapi tuan yang by naturenya, penuh dengan rasa KASIH dan SAYANG atas setiap juzuk hamba-hambanya. Walau banyak mana pon dosa atau silap kita dengan DIA, DIA tetap sangat bahagia untuk menerima taubat kita, lebih bahagia dan gembira daripada pengembala unta yang kehilangan untanya, namun bertemu kembali dengan untanya yang hilang itu. ALLAHUrabbi, moga engkau redha kami sebagai hambaMU. Amen..


Baiklah, entri kali ini saya rasa sangat2 penting dan dekat dengan jiwa saya – Mata pena lebih tajam dari mata pedang.. Tapi sebelum saya mulakan, biarlah saya ceritakan sedkit tentang suasana persekitaran saya ketika saya sedang menaip entri kali ini. Kerana suasana banyak mendorong sesuatu perkara itu berlaku.


6th March 2014, jatuh pada hari Khamis, juga hari kelahiran AYAH YANG AMAT SAYA sayang. Moga, kasih sayang ALLAH jauh lebih besar dari kasih sayang saya kepada AYAH saya, dan saya yakin itu! Selamat Ulang Tahun Abah. Moga perpisahan kita di dunia ini menyatukan kita kembali di syurga ALLAH-syurga firdaus. Ameen. Saya kini sedang berada di Oxford, masih sangat-sangat busy dengan report writing transfer. Indeed, saya dlm kemuncak kebusyian saya rasa bagi seorang Probationer di Oxford Uni. Namun, hari ini saya tak tahu kenapa, saya LOST habes! Dari pagi saya x buat ape2. ALLAH maha mengetahui, namun saya yakin pasti ada di sana sini dosa yang telah saya lakukan. Ya ALLAH, ampunilah hambuMu ini. Ameen. Sekarang jam menunjukkan 9.24pm, malam dah..n normally saya ada di library n tgh wrap up everything what ive done for that day. Tapi hari ini lain, saya baru keluar rumah at this hour. Itupon atas gerakan untuk menulis entri ini yang saya dapat lepas sembahyang maghrib tadi. Alhamdulillah, segala puji hanya untukMU.


Selamat Ulang Tahun Abah.. Stay blessed and May ALLAH gather us back in His Jannah.. Ameen.  (Picture taken at Oxford University)


Di George and Dalila cafe (or kat sini ktorg pnggil G&D je), saya memilih spot ini utk saya menulis. Di kelilingi oleh insan yang masing penuh dengan cerita masing2. Depan saya ada dua orang Chinese and Indian guy tgh dok borak, whilst di sudut lain plak, banyak mat salleh pon tengah dok borak, sama ada dengan rakan, buku, or dengan laptop..huhu. Namun apa yang pasti, kami semua mempunyai agenda yang sama..mencari kebahagiaan yg kekal abadi, namun laluan kami masing2 mmg berbeza, sangat2 lain. Namun, laluan mana yang paling tepat dan benar? Sama2 muhasabah dan terus mencari!

Ok,berbalik kepada topic, dah panjang sngt intro saya rasa..hehe. Ok mcm ni, tadi lepas solat maghrib, as usual saya suka pasang radio IKIM kat rumah... ntah, mungkin kerana dekat sangat dengan jiwa saya, saya pasang streaming dari hp (Alhamdulillah internet kat sini sangat laju, and i’m really sure Malaysia need to do something about this..improve the internet connection...hehe). So, dengar2..eh ada ulangan slot usrati  dan ustazah kegemaran saya, Ust Norhafizah Musa sedang bersiaran kembali, dengan topic sambungan bertajuk ‘Nun’ Siri ke2. Allahurabbi, saya mmg setiap kali dengar ustazah bercakap, mmg senang tangkap kejiwa.. Almaklum memliki jiwa yg suka’ basah’ mcm saya ni mmg kena dengan pendekatan ustazah..hehe. Slain beliau, saya juga suka dengar Ustz Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ust Syaari (Ibrah),  Ust Kader dan ramai lagi. Tahniah IKIM.fm moga teruskan usaha murni kalian.

Tajuk ustazah ini inspired by surah Al-Qalam, yang mana saya dah kongsikan di permulaan entri ini tadi. ALLAHUrabbi, kita kena baca ayat ini dengan penuh kesedaran bahawa itu ayat ALLAH maha berkuasa pemimpin sekalian alam, dan pastinya setiap apa yang disampaikan itu mempunyai kepentingannya sendiri, kita sewajarnya sebagai hamba patut ada kebijaksanaan utk memahami maksud ayat ini sterusnya act accordingly. Ya ALLAH, ampunilah dosa kami.

Alhamdulillah, disebabkan saya terinspirasi di permulaan ceramah beliau, cepat2 saya ambil log book ke 3 PhD saya untuk membuat catitan (Yes, saya suka campur buku PhD saya dengan personal saya – sebab ini semua pada saya adakah SATU, satu kehidupan yang sama yang saya alami dan amat sukar saya asing2kan..). So, banyak juga point yang telah saya catatkan, dan iALLAH dikesempatan ini cuba saya kongsikan dengan rakan2 pembaca (Saya rasa kalau sempat, anda semua boleh download ceramah beliau, juga yang lain, di galeri ikim, jadikan koleksi, or burn dkt CD n pasang dlm kereta, mana tahu itu menjadi asbab hidayah utk anda dan juga rakan2 yg lain)

Yang masih saya ingat, di permulaan ceramah beliau, beliau berkongsi coretan anak beliau yang kini berusia 13 tahun, muda, dan coretan tersebut berasbabkan anak beliau ini akan masuk ke asrama, ditujukan kepada adiknya yang berada di darjah empat. MashaALLAH, tulisannya sangat2 bermakna, meruntun jiwa, juga penuh dengan semangat dakwah seorang dai’e. U know what, asalnya ustazah sendiri mengaku  bahawa beliau mengklasifikasikan anak ini dalam kategori pertengahan, namun tulisan tersebut berjaya mengubah tanggapan beliau terhadap anaknya itu. Terdapat banyak pengajaran di sini. Seperti mana yang ustazah katakan, kita sbg ayah or ibu kena bijak mengenalpasti potensi anak2. Biasanya mungkin kebolehan dinilai berdasarkan kecemerlangan peperiksaan, juga kebolehan bercakap di depan orang ramai, namun kita juga kena kreatif untuk mengenalpasti kebolehan anak2 kita dlm konteks curahan idea, pengalaman, melalui penulisan. Dan ternyata anak ustazah yg ini mempunyai kebolehan itu. Sangat luar biasa. Saya nasihatkan rakan2 untuk dengar sendiri nukilan tersebut di IKIM nnti ya. =D 

Atas sebab itu, ternyata ustazah tercelik kembali utk mengkoreksi diri, sejauhmana beliau, juga kita umat manusia ini menggunapakai kelebihan mata pena ini untuk mengubah dunia dalaman (seterusnya dunia luaran) seseorang. Saya juga sangat terinspirasi sebb saya sendiri kadang2 kalau down, terfikir utk buka blog, melihat kembali perjalanan hidup saya sebelum ini, saya akan buka kembali blog saya dan cuba terinspirasi kembali (the fact is that the past offers smthg great to be learned from it). Ternyata terlalu banyak nikmat ALLAH sepanjang kita hidup ni kan, dan sangat wajar utk kita sesame manusia utk berkongsi pengalaman yg positif, mengenal pasti potensi diri, mensyukuri nikmat ALLAH sepanjang kita bernafas hingga ke saat ini.

Ustazah turut berkongsi 5/6 perkara yang patut ada dalam penulisan kita, terutama sebagai orang islam yang beriman, yang mendambakan redhaNya:

1. Catatan dengan elemen2 Islami – Buat pembaca sekalian, ini adalah sangat2 penting! Kalau boleh mulakan/selitkan/sertakan ayat2 quran/hadis atas kata2 yang islam-related sbb ini sangat penting so that apa yang kita buat adalah well-guided and comply dengan SOP (standard of procedure) yang datangnya dari ALLAH. Manual ini kena kita gunakan sebagai panduan hidup, juga panduan dlm kita membuat penulisan. Saya sangat setuju. Sangat! Indeed, saya yang dah terlibat dalam bidang Sains, dan penulisan. Saya rasa sangt berdosa kerana apa yang saya belajar selama ini, masih lagi belum mampu utk saya kaitkan dengan elemen2 Islami.Sebenarnya inilah cita2 saya kini dan akan datang.. Islam dan Sains. Ops, bukan maksud saya untuk membuktikan kebenaran Islam melalui Sains, tapi membenarkan Sains melalui Islam! (ini saya akan detailkan kemudian, this is very of my interest..terlalu banyak saya nk tulis tentang benda ni). So saya harap semua pembaca, doakan kami Saintis muslim yang berimankan kebenaran islam, utk membanyakkan lagi penyelidikan sains berpandukan dan dibenarkan Islam, juga penerbitan journal kami semua mempunyai elemen2 islami di dalamnya (moga satu hari nanti ada Journal of Islamic and Scientific Study). Sebagai contoh, dlm part validation, kita pecah kepada dua – Experimental valid and Islamic-teaching valid. Saya mula fikir akan hal ini kerana banyak juga research yg berkaitan dengan sains yg mambwa manusia lari dari Tuhan..contoh theory of evolution.huhu. That is why I have a strong feeling that science should always be guided by Islam. No matter what. Ini sangat2 penting dan saya rasa akan terus merapatkan ukhwah antara ulama islam juga ulama Sains..doakan kami ya =D

2. Sentiasa memahami dan mengambil pengajaran dalam setiap keadaan – Bila kita ni adalah insan yang sangat suka mencatit, and cuba design their life according to what ALLAH says in the Surah Al-Qalam,kita akan menjadi insan yang sangat peka dengan setiap ape yang berlaku dlm kehidupan. Namun, make sure dlm mentafsir, kita kena pakai cermin mata positif, so that setiap apa yang berlaku, baru kita nampak ade hikmahnya, ada kasih sayang n rahmat ALLAH dalam setiap aturannya. So dengan banyak mencatat, kita akan menjadi lebih peka, positif, sensatif in a good way, dan x pernah sia2kan setiap peristiwa dalam hidup. Ingat, tiada kebetulan, yang ada hanyalah ATURAN ALLAH! =D 

3. Memikirkan jenis-jenis nikmat dari setiap peristiwa – So, kita kena sangat peka, dan teruskan mencatit! Jangan procrastinate please..hehe. So sediakan buku kecil or catit point2 penting so that kita x lupa. *apa yang saya buat, kalau log book saya xde, normally saya akan post gambar peristiwa tu di Instagram, and jot down point-point penting.. (alamak, saya ade benda best nk share pasal talk lepas dengan Prof Tariq Ramadhan di Oxford Union, kalau saya x sempat nk share, mohon anda cari di YouTube, HeadtoHead Prof Tariq Ramadhan, di Oxford Union). Moga dapat ambil pengajaran.

4. Mulakan catitan formal dengan berfikir dulu.. Jangan catit kebaikan kita utk tatapan umum kerana dah ade yang mencatitnya.. Yakinlah  (Ini tugas malaikat =D). Sebab kita kena berhati2 dengan tipu daya syaitan, so berhati2lah dalam berkongsi pengalaman hidup anda. So banyakkan cerita kelemahan diri (dalam research ini dipanggil our own research gap), dan focus or tutup dengan azam kita utk memperbaiki diri (dalam research, ini dipanggil future works! =D) . Juga lebih indah, dalam catitan kita, kita sertakan kebaikan orang lain atas kita. 

Lagi 2 saya termissed – ini assignment anda ya..hehe

Ustazah juga ade share tentang formula utk rajin n istiqamah dalam mencatat.

1. Kena tahu ape kepentingan mencatat, ape kesan yang akan terhasil daripada penulisan kita..dan pastikan ianya hanya utk kebaikan! Ada satu kisah yang sangat menarik ustazah telah kongsikan. Ada satu orang ustaz ni, dia telah pergi ke satu sekolah/institusi pendidikan di Indonesia, dan beliau pada satu ketika telah ditakdirkan ALLAH utk turut sama menyertai solat jemaah. Dan di sana, menjadi satu kebiasaan bagi penghuninya utk, selepas solat, imamnya akan meminta makmum utk sama2 bertafakur, mengenang jasa kedua ibu bapa, selama mana mereka bersusah payah membesarkan kita, dan masih lagi setiap mlm dan setiap kali lepas solat mendoakan kesejahteraan anak2nya. Lantas diakhiri sesi tafakur itu dengan sedekah al-fatihah buat kedua2 insan yg amat kita sayang dalam hidup. Ustaz ini tanpa semena2 mengalir air mata beliau, dan terus mencatat peristiwa luar biasa ni, seterusnya dikongsi kepada yg lain, dan akhirnya sampai lah kepada pengetahuan kita. Itulah dia kuasa secebis catitan. Dan banyak lagi sebenarnya, yang mana banyak nikmat yg kita peroleh skrg ini, adalah hasil catitan insan2 terdahulu. Termasuklah juga kitab yng kita sayang – AL-QURAN (saya juga mengesyorkan diri sendiri juga rakan2 utk teruskan mengenang perjuangan baginda yng amat kita sayang, Nabi Muhammad saw dan sedekahkan al-fatihah). Moga setiap sudut hidup kita penuh dengan sunnah-sunnah2nya. Ameen. 

2. Mulakan mencatat!, sediakn buku kecil dan pena! (handphone boleh boleh juga^^,)


Thanks Mak Abah n KZai for coming, iALLAH ada rezeki jumpa di Tanah Suci nanti .Ameen.. (Jom think big guys! ^^,)

3. Kongsikan catitan anda, niatkan utk menyebarkan kebaikan, dan cepat2 berdoa semoga ALLAH jauhkan kita dari tipu daya Syaitan dlm mencorak perasaan bangga dan bongkak dalam penulisan kita. So, banyakkan dalam penulisan juga lepas solat, untuk menyatakan kata taubat kita kepada ALLAH. Ya ALLAH, ampunilan kami atas dosa kami yang sengaja mahupun tidak. Kami lemah, maka pimpinlah kami duhai yang Maha KAYA lagi MAHA Berkuasa. (saya juga slalu ingatkan diri n rakan2, jangan sampai masa kit abaca facebook/blog lagi banyak dari kita ngaji n kaji Quran)

4. Untuk yang sudah berkeluarga dan punya anak, didik anak utk rajin mencatat. Contoh yang ustzah beri, bawak anak ke masjid utk iktikaf, dan kemudian, selepas itu, buat satu aktiviti keluarga, utk setiap dari kita (suami, isteri dan anak2) untuk mencatit perasaan mereka selepas iktikaf..dan kemudiannya bolehlah berkongsi catitan itu bersama ahli keluarga yang lain. Cantik bukan!?

Diberitahu juga, ayah ustazah sebenarnya juga suka untuk mencatat. Mana x tumpahnya kuah kalau x ke nasi. =D Juga dipesan, kurangkan tulis benda negative, gantikan dengan tulisan yang penuh positif dan inspirasi, menghitung nikmat dan rasa syukur kepada ALLAH. Itu lebih baik.  Ustazah pon ade sebut pasal Law of Happiness dari Ibn Hikam. Saya ada niat utk dptkan buku ini (English version kalau boleh..kalau ade yg nk bagi hadiah...sangat dialu2kan.. ^^,).

Ciptaan ALLAH terlalu indah, dan lebih indah jika mata pena digunapakai merungkai  jiwa seorang pengembara

Sekian sahaja dari saya, entri ini mmg sgt panjang. Moga sama2 terinspirasi, juga moga ini menjadi asbab hidayah utk saya, anda, juga sesiapa sahaja yang membaca. Hidup terlalu singkat, gunakan setiap detik juga saat untuk kita pertingkat iman kita insyaALLAH.

Harap semua dpt doakan perjuangan saya di sini ya, juga buat semua rakan2 yang kini sedang berjuang dlm medan ilmu ini. Moga ilmu yang kami dpt mendekatkan diri kami kepada pemberi ilmu..ALLAH swt.
‘Ya ALLAH, ampunilah dosa kami, moga engkau redha kami sebagai HAMBAMU.. Amen’


Saturday, August 31, 2013

A Vague Journey Through

Bismillah..

September 1, 2013 - 2.49am

Ntah kali nie agak lain skit mood tulis blog nie. Rasa mcm tak nak tulis, sbb dia mcm tak berapa nak positif sangat. Tapi xpelah, hopefully could look at it from its bright side. =D

Alhamdulilllah, semalam..berlangsung majlis jamuan merdeka raya Oxford. Syukur sangat majlis berjalan lancar, namun masih boleh diperbaiki lagi. InsyaALLAH. *dan pertama kali saya nyanyi lagu Negaraku di negara orang. Rasa semangat beb.hehe.

Dan sepanjang semalam, sampai la detik dan saat ini..sangat clear in my mind, wajah2 senior2 saya yang nk balik for good, juga senior2 lain yang saya rasakan wajah2 inilah yg banyak memberi saya semangat untuk terus berjuang dengan PhD ni. Rasa yang kami ini satu keluarga besar di Oxford smakin menebal since saya balik dari Wales haritu. Syukur alhamdulillah atas kurniaan.

Nk dijadikan cerita, saya smlm ditugaskan menjadi MC majlis, dan tentatively sepatutnye ade slot sesi ucapan untuk seniors whose gonna be back for good. Tp atas beberapa sebab, x dapat dijalankan. Its ok.. yg saya tak leyh lupa..wajah mereka when I asked them, " is the speech ready?". Dan mereka just buat muka yang serba salah. Saya mungkin terlupa satu fact yang in this PhD world, susah nk expect bila kita akan habes PhD.. begitu juga mereka. So dorang kata, belum tiba masanya untuk mereka bagi ucapan. N saya dapat rasakan 'jerit perih' mereka untuk habes dengan jayanya esp di penghujung pengajian mereka *their faces spoke louder. N in fact, each of them ade family. Lagi la rasa beban nya. InsyaALLAH jom kita doakan mereka yg terbaik.

Dan juga semalam, selepas majlis, diadakan meeting committee, untuk merombak balik jawatankuasa sedia ada, n our outstanding president decided to step down. Gosh, ALLAH knows best. Sebab utama adalah atas beban kerja yang semakin menggunung. Kami terpaksa relakan sebab beliau akan masuk 3rd year.. Dan saya xkan lupa, wajahnye sbb nampak sangat rasa 'burden' yang ditanggung. ALLAHurabbi, mohon Engkau permudahkan urusan kami. So saya pon dengan 'berat' hati turut serta dlm komiti yang baru sbg antara jawatan tertinggi. IALLAH mudah2an niat saya terpelihara utk membantu kominiti di sini. Sbb saya x tau mana satu amalan saya ya akan diterimaNYA.

Petang selepas meeting, sempat juga melawat makmal seorang lagi rakan, yg saya dah anggap dia mcm abg sendiri di lab fizik, bersama2 dengan lagi sorang kawan baik. Kedua2nya senior saya di Oxford ni. Ntah ya, rasa sangat termotivasi bila borak n melawat lab dorang. Mungkin sebb saya dpt rasakan bukan saya sorang je dlm dunia PhD ni. Dan hakikatnya kami BERSAMA dalam perjuangan ini. ALLAHUrabbi..permudahkan urusan kami, and please bring us closer to you. Ameen.

Tulah dia, walau kami pelajar di universiti terkemuka dunia, dengan track record yang dari segi duniawinya boleh dibanggakan..namun kami juga merasai beban yang sama. Dan mungkin juga lebih berat apabila mengenangkan standard universiti juga tanggapan masyarakat yg terlalu tinggi buat kami. Sometimes kami sendiri jadi stuck sbb terlalu fikir akan benda ini.. which is not good indeed. Saya selalu pesan, worry less work more.. and InsyaALLAH, you will be fine Nazri. Saudara di Syria, Gaza, Egypt lagi besar dugaan mereka kot.

Saya mohon rakan2 yang baca, doakan kami berjaya ya.. Dunia akhirat. Semoga satu hari nnti kami mampu membawa pulang bukan sahaja segulung ijazah dari University of Oxford, tapi juga ciri2 insan2 hebat yang boleh mambawa manfaat buat Malaysia tercinta, juga buat agama Islam yang dengannya sahajalah, kami akan selamat di dunia ini..juga di akhirat. Doa saya untuk anda juga.. All the best to all! ^^,




*rakan2 juga digalakkan pergi ke blog ini kerana sangat banyak tips2 berguna di sini =D:
http://nenez9595.blogspot.co.uk/2012/11/jangan-takut-wahai-anakku-dengan-phd-itu.html


Sekian,
Nazri Bajuri,
Oxford University




Thursday, August 22, 2013

ALLAH is the best Creator

I got this from facebook..and so keen to keep this 'eternally'. As to conclude, ALLAH knows best! Have faith people! ^^,

________________________________________________________________________

Kita bertanya : KENAPA MANUSIA DIUJI?Al-Quran menjawab : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah lebih mengetahui mana orang-orang yang benar-benar beriman dan mana orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-'Ankabuut. Ayat 2 dan 3)

Kita bertanya : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK?
Al-Quran menjawab : Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah. Ayat 216)

Kita bertanya : KENAPA UJIAN SEBERAT INI AKU TERIMA?
Al-Quran menjawab : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 
(Surah Al-Baqarah. Ayat 286)

Kita bertanya : KENAPA AKU RASA PUTUS ASA & KECEWA?
Al-Quran menjawab : Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman.
(Surah Al-Imran. Ayat 139)

Kita bertanya : APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Al-Quran menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa mereka dan harta benda orang-orang yang beriman dengan balasan bahawa mereka akan beroleh SYURGA disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah. Balasan Syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar. Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah. Ayat 111)

Kita bertanya : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Al-Quran menjawab : Cukuplah Allah bagiku yang menolong dan memeliharaku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. KepadaNya aku berserah dan DIA-lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(Surah At-Taubah. Ayat 129)

Kita bertanya : AKU TAK MAMPU LAGI UNTUK BERTAHAN!!!
Al-Quran menjawab : Tiada sesiapa yang putus asa dari rahmat Allah melainkan orang yang sesat.
(Surah Al-Hijr. Ayat 56)


Thursday, August 15, 2013

Aidilfitri di Perantauan

Bismillah..dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

"Pengalaman yang tidak akan saya lupakan". This phrase always come into my mind when people asking about my very first experience having raya dekat perantauan.. Huhu. Yelah, years back when tengok Salam Perantauan dekat newspaper, teringin sangat nak merasa pengalaman beraya di perantauan..alhamdulillah, kali ini diberi keizinan olehNya. Syukur.





Baiklah nk dijadikan cerita...raya kali ni mmg sangat2 lain dari sebelum ini. Pertama kali berpagi raya tanpa dapat mengucup tangan mak abah meminta maaf, adalah satu pengalaman yang agak meruntun jiwa..huhu. Adik beradik juga tiada di sisi. Adanya teknologi, membenarkan kami diperantauan melangsaikan tanggungjawab ini menerusi online video call (skype, wechat etc.). Namun harapan saya agak meleset kerana tatkala diri ini ingin berbicara dengan kedua ibu ayah yang dirindui...mereka 'tanpa segan silu' mengelak. Huhu.. hanya dapat berborak dengan adik beradik yang disayangi sahaja. Ternyata mak abah terlalu sebak untuk berbicara. Masing2 dok mengelak, yelah..terlalu hiba..mereka dan juga saya..itulah hakikatnya. 

~Keluarga yang dirindui ~

Hening pagi raya juga saya 'hiasi' dengan alunan takbir raya, sayu yet bersyukur atas kejayaan melalui tarbiyah Ramadhan. Bilik hotel di kota London pada pagi itu saya rasakan penuh barakah. Saya dan rakan lama, Amirul, bangun awal, solat subuh jemaah sambil diiringi takbir raya yang saya pimpini..insyaALLAH tidak akan saya lupakan. Kami juga berselang seli berhubung dengan keluarga tercinta di tanah air. 



Di malam raya, Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri majlis takbir raya di Education Malaysia. Sayu tetap sayu namun pengertian sebenar Aidilfitri cuba saya kukuhkan dalam diri. The upcoming 11 months would be even more challenging than Ramadhan itself. Dapat berkumpul bersama-sama rakyat Malaysia, bertakbir raya berlenggok melayu cukup mengimbau kenangan beraya di tanah air. Priceless experience indeed. 

Takbir raya, di malam 1 Syawal, Education Malaysia, London


Di pagi raya, setelah bersiap-siap bersamping,  berbaju melayu, bersongkok..saya dan rakan bergerak ke High Commission London utk solat raya yang bermula jam 9.00 pagi. Pengalaman anak melayu, berbaju melayu lengkap bersongkok berjalan2 di kota london adalah satu lagi pengalaman yang menarik. Londoners just can't get their eyes off me. huhu. Pelik tapi menarik. 
Khutbah dan solat berjalan sama seperti di Malaysia, dan diakhiri dengan sesi bersalaman dan bermaafan. MashaALLAH sangat ramai rupanya Malaysian. Before this hanya lihat di TV, kali ini saya sendiri mengalami. Alhamdulillah. 

Suasana di pagi raya, High Commission London

Bersama Yb Pengarah Education Malaysia, Prof Madya Dr Anizu




Juga berkesempatan bertemu dengan rakan2 lama, Abu bakar (Burn), Hasbullah, Sofia Najwa, Amirul Dzarif di bumi 'asing' ini adalah satu perkara 'ajaib' yang ALLAH sahaja maha mengetahui hikmah disebaliknya. Sesi petang, saya dan rakan sempat berkunjung ke rumah rakan untuk rumah terbuka. Kuah lodeh dan rendang yang supersedap.huhu. Alhamdulillah.



Rumah terbuka di kediaman rasmi rakan baik

InsyaALLAH pengalaman yang tidak akan saya lupakan... And I'm actually wondering with this sort of experience, how could I make full use of it for the benefit of ummah and my beloved country. 

To all, doakan kami semoga kekal sukses dunia akhirat..juga tidak lupa, doakan juga buat saudara kita di Mesir yang kini sedang diuji ALLAH dengan ujian yang cukup hebat. 

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ikhlas,
Nazri Bajuri