Sunday, March 18, 2012

STEP1: PrePhD Study ^^,

Dengan Nama ALLAH swt, Maha Pemurah, Maha Penyayang~

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi ALLAH swt. Syukur sangat-sangat kerana ramai juga dalam kalangan rakan-rakan mahupun kenalan yang sudi untuk bertanya soalan berkaitan dengan topik entri kali ini. Yelah, sapa lah sangat saya nie. Walau bagaimanapun, mungkin hasil pengalaman yang tidak seberapa nie..bolehlah saya berkongsi sedikit apa yang pernah saya lakukan, sehinggalah saya berjaya mendapat tempat utk pengajian PhD...

1) Bidang?

Mula-mula sekali, kita kena tahu bidang ape yang kita nak ambil. Sesuai dengan minat kita, kemampuan serta potensi bidang tersebut pada masa akan datang. Ini sangat penting supaya matlamat kita untuk memberi manfaat kepada manusia sejagat paling tidak dapat berkekalan untuk 20 ke 30 tahun akan datang. Mudah2an ALLAH membantu kita..Ameen.

Untuk kes saya, saya memilih mechanobiology sebagai my future field atas beberapa sebab:
a. Sebabnya saya merasakan adalah perlu bagi setiap medical engineering researcher to understand the way the cells and tissue behave. Then only we can provide better treatments. Lebih spesifik, masa saya buat master, saya dapati kebanyakan implan yang diletakkan dalam badan manusia menghadapi kegagalan. Saya merasakan terdapat kekurangan di situ di mana 'sikap' cells dan tisu masih belum lagi dikenali secara mendalam, terutamanya apabila ditindakkan dengan any mechanical stimuli. Dalam bahasa yang lebih mudah, bidang PhD saya nanti adalah lebih kepada mengenali perangai jiran2 saya dlm badan manusia nanti lah.hehe. This is so interesting to discover.insyaALLAH.
b.Once dah kenalpasti dan termotivasi untuk memilih bidang ini, saya cuba untuk predict its future potential (g. How? Saya cubalah google kat sciencedirect, and try to foresee current issue dorang. N alhamdulillah, memang I was correct, masing2 cuba untuk mengenali si cell dan tissue. Satu lagi, saya try google juga any research group yang membuat kajian dalam bidang ini. Hasilnya takdala banyak mana, yang saya jumpa banyak di negara2 maju (good sign nie!) ; MIT, NUS, Imperial College, dan of course Oxford..hehe. 


c.Ha, kalau perasan, step 'b' tu automatically dah guide kita kat mana yg ade experts dlm bidang nie. So, setelah dipertimbangkan byk aspect, Oxford menjadi pilihan saya. Mudah2an saya ade chemistry dengan Dr Mark Thompson. insyaALLAH, semoga ini yang terbaik...Ameen.

Dr Mark Thompson


f/n: step yang lain akan menyusul.insyaALLAH.. =)

Wednesday, March 14, 2012

Defend Proposal for PhD Study, Faculty Level

Sambil mendengar lagu 'Di Pondok Kecil' nyanyian Nada Murni, aku memulakan entri ini dengan kalimah Basmallah; dengan nama ALLAH, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Syukur alhamdullah atas rezeki yang tidak pernah putus-putus. Semalam pagi lebih kurang jam 9.15 (14 Mac 2012), akhirnya proposal untuk research PhD aku telah diluluskan setelah melalui proses pembentangan yang dirasakan penuh dengan aura-aura sokongan serta 'concern' untuk melihat generasi akan datang seperti aku untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dekan tersayang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Prof Dr Jasmy....serta insan yang sentiasa bersama aku dlm perjuangan ini, also known as Nazri's Sifu; Prof Hj Rafiq atas sokongan yang tidak pernah putus (thanks juga atas peluang yg diberikan untuk menyarung baju korporatmu itu ya ^^,....so overwhelmed). Semoga ALLAH swt mengurniakan kita JannatulFirdaus bersama orang2 tersayang tanpa sebarang hisab. Ameen.

Baiklah, tajuk yang dibentangkan adalah " Mechanobiology in Biomedical Engineering". Tiada sebarang pen'detail'an dibuat berkaitan research...sekadar membentangkan secara kasar tentang bidang ini serta sebab musabab kenapa ianya dipilih. Pembentangan berjalan dengan sangat lancar, Alhamdulillah. Seperti biasa, pembentangan dimulakan dengan a brief explanation about my topic. I used whiteboard to sketched down my idea. Alhamdulillah, mereka dengan mudahnye faham ape yang ingin disampaikan....

Antara yg diingati sewaktu pembentangan adalah apabila Dr Rafiq menambah satu lagi point bawah tajuk 'reasons of choosing Oxford University'..iaitu Dr kate, sebab Oxford sangat cantik!! ALLAH, sangat setuju sebenarnya..hehe.. iALLAH, semoga 'cantik'nya suasana di sana akan mendekatkan diri aku kepada pencipta tersayang, ALLAH. Tapi jauh di sudut hati, perjalanan ini lebih cantik sekiranya orang-orang yg aku sayang ada di sisi... Mak, Abah, adik bradik, sedara mara, sahabat2, pensyarah2..sesiapa je lah yang disayangi.hehe. Tapi tulah dia..ini dunia..iALLAH, nanti di Akhirat kita bersatu balik ye. Ameen.. ^^,

Sebaik sahaja tamat pembentangan, Prof Jasmy dengan penuh semangat sambil diukir senyuman di bibir...berkongsi pengalaman dia sewaktu PhD. Sebagai perkongsian, Prof ada memberitahu bahawa ada rakannya yang telah digagalkan PhD nya hanya kerana kesilapan dalam menulis thesisnya, to mention..compilation of journal papers. Walaupun ada 6 papers, tapi disebabkan panel tidak dapat lihat 'flow of the story' secara jelas, pelajar ini telah digagalkan. ALLAH..semoga dijauhakn drp dugaan yg tidak dpt kutanggung. Ameen..

Satu lagi isi penting, Prof juga ada menekankan peri pentingnya kita memiliki chemistry dengan Supervisor kita. Research topic itu jatuh no 2. Setelah difikirkan...penyataan ini sangat betul kerana at the end of the day, hubungan sesama manusia itu sendiri adalah climax kepada penguasaan ilmu. Dengan kata lain, kemuncak penguasaan ilmu adalah kemuliaan akhlak, akhlak sesama manusia dan yang paling utama adalah akhlak dengan ALLAH. Semoga kata-kata ini akan kupegang sampai bila2. Ameen ya Rabb...

Sekian sahaja, semoga sentiasa mendapat manfaat dan teruskan memberi manfaat kpd orang lain. insyaALLAH..ameen.

Panels:

1) Prof Dr Jasmy Yunus

2) Prof Madya Mohammed Rafiq


Intro/Front Page


Content:

1.Mechanobiology
2.Previous study
3.Future Potential (Biomedical Engineering)
4.Reasons of Choosing Mechanobiology
5.The relevance in FKBSK, UTM and Malaysia
6.Why Oxford, Why CDT?
7.Strategy to finish PhD on time
8.Dr Nazri Bajuri, so what’s nex
t?
Penutup, sebagai ucapan terima kasih, serta doa yg terbaik kepada MrSifu...

Monday, March 5, 2012

Manusia yg zalim, tiada hidayah ALLAH baginya....

As salam,

Alhamdulillah...syukur sangat2, ALLAH kurniakan kudrat untuk bangun di awal pagi yang sungguh tenang ini. Syukur juga kerana diberi peluang untuk solat malam, dalam masa yang sama..mengadu kepadaNya akan setiap permasalahan yang dihadapi di dunia yg sementara ini. ALLAH, kau maha mendengar..maka dengarkanlah rintihan hambaMu yang  lemah ini.

Syukur juga kerana digerakkan hati serta kudrat untuk membaca terjemahan al-Quran. ALLAHukbar, diberi kesempatan untuk menteliti terjemahan surah at-Taubah. Antara yang sangat diingati adalah maksud ayat yg berbunyi, tiada hidayah ALLAH bagi manusia yg melakukan kezaliman. Na'uzubillah....hidup ini tanpa hidayahNya, umpama hidup tanpa tujuan.... Ya ALLAH, selamatkanlah kami daripada menjadi manusia yang zalim.

Apa yang berlaku baru-baru ini benar2 menyebabkan aku berfikir akan sikap dan tindakanku ini. Adakah aku zalim? ya ALLAH, berikanlah kami petunjuk, serta bimbingilah kami menuju jalan yang benar. Ameen ya ALLAH....ameen...

Ya ALLAH, aku rindu akan ketenangan serta keberkatan di rumahMu..kembalikan aku ke sana lagi. Kerana sesungguhnya hati menjadi tenang dengan sentiasa mengingatiMu. Ameen....

Saturday, February 25, 2012

Tips Kewangan: Maksud Financial Free..Kewangan Mandiri

As salam..

Alhamdulillah wa syukurlillah......baru-baru, saya ada membeli buku hasil tulisan saudara jutawan muda kita,  Dr Irfan Khairi,dengan hasrat dapat sedikit sebanyak belajar ilmu-ilmu pengurusan harta serta kewangan. Buku yang bertajuk Nota Jutawan, Nota Kewangan bakal dikupas secara ringkas dalam blog saya ini, InsyaALLAH.

Baiklah, tips yang ingin saya bincangakn adalah seperti yang tertera pada tajuk entri kali ini--> Financial Free. Apakah agaknya maksud istilah ini ya? Ini bermaksud status kewangan atau yang lebih tepat, pendapatan lebihan kita mampu menampung kos kehidupan kita walaupun tanpa kewujudan pendapatan utama. Sebagai contoh, kos sara hidup kita adalah rm4000, maka pendapat sampingan kita tanpa pendapatan utama sewajarnya berjumlah rm4000 juga! Menarik bukan?!!!

Walau bagaimanapun, maaf kerana saya sendiri BELUM tahu bagaimana, atau mungkin apakah cara yang terbaik serta, yang pasti HALAL, untuk mencapai status financial free ini. Semoga ALLAH memberi kita petunjuk serta kudrat untuk terus mencari cara yang terbaik untuk mencapai impian ini.

" Capai bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah! " - Dr Irfan Khairi

Sebaik mungkin, kita mencari harta sebanyak mungkin, supaya dapat membantu seramai mungkin, dalam menuju Syurga ALLAH, impian setiap mukmin. Ameen...

Sunday, January 22, 2012

Interview for University of Cambridge at MBI Singapore

Lama dah sebenarnya plan nk kongsi pengalaman iview nie. This time punya mmg lain daripada yg lain. Before this kalau ade iview utk phd, just via phone. Tapi kali nie pakcik nie rajin plak nak ajak jupa.hehe. But stil i have to be thankful since i have learned many big things. ALHAMDULILLAH...

Tempat kejadian, Mechanobiology Institute, Nasional University of Singapore (NUS). Tarikh: 11 January 2012 (birthday Dato' Siti). Pakat jupa dlm kol 9.00am dan berjaya tamat dlm jam 11am. ALLAHUAKBAR, 2 jam yang sgt....penat kot.hehe..penat pikiak.  Nk ikotkan, iview ni sgt2 informal...kami dah dcide to make it like that. Less pressure la kan. huhu. Ok, iview start dgn bismillah (pasti), dan kemudian aku terus start present (sepertimana yg dipersetujui). Tajuk: micromechanical analysis of the developing tissue using magnetic mechanicsm (ni x tpt sgt..lupa sudah). Tapi spnjng presentation tu, kami selitkan juga dgn soklan/perbincangan. sgt informal dan dia mmg sgt2 membantu. Dia juga ade bertanyakan soklan2 berbentuk theory. Ingatkan habes presentaiton abes dah...rupanya lepas tu dia smbung balik. Kali nie ternyata lebih memeritkan. Satu persatu formula dia godeh abes2an, at the same time..aku digodeh skali.huhu. Baiklah antara yg ditnya:
1. formula kalau a solid is sinking in a fluid. Derive the formula, then dia adjust2 skit...then tell him what will happen.
2. Pasal magnet juga, kalau diubah arah arus, ape yg berlaku pd magnet beads tu.
3. Programming matlab: simple tapi disbbkan nebes and dah lupa..xdpt buat.adoi malu je.
4. Finite element analysis
5. Partial differential equation
6. Numerical method etc.

But all in all, mmg xdpt jawab.huhu. 30% je kot yg mampu. yg lain hmpas. Dan sbg akibat, dia kata disbbkan aku nye fundamental x cukup kuat, dia bagi masa 4 tahun untuk aku dptkan PhD. In 1st year, dia akan tolong mantapkan mana yg patut. ALLAHUAKBAR, dia mmg sgt baik! Tapi tulah.....berat juga hati nk ke sana. Sebenarnya, aku dah decide nk p mana (oxford, cambridge or imperial college) tapi xpelah...akan dibincangkan dalam entry yg seterusnya. insyaALLAH..

Alexandre J Kabla mmg terbaik!!!! ^^,

Intro untuk Menjadi Ilmuan

Bismillah...

Saja create entry nie...sebb ada hasrat nk kongsi sedikit sbyk tips nk berjaya dalam bidang akademik. You are welcomed to visit a newly created category, 'tips akademik' untuk membaca entry yg berkaitan.

Sebagai pengenalan, just want to inform, nk dunia perlu ada ilmu, nak akhirat juga pasti perlu ada ilmu. Maka kalau nk dua2, sama2 la kita menjadi manusia yg sentiasa kehausan ilmu! Ingat, dah ada ilmu jangan sombong n jangan kedekut. Berkongsi2 la ek ^^, Thank you in advance ^^,

Dunia,...keZALIMAN berleluasa. Namun,yakin lah ALLAH tidak sekali-kali menzalimi hambaNYA

As salam,

Ke hadrat ALLAH diriku berserah, dan kepadaNya aku menyembah. Selawat salam ke atas Rasulullah yg amatku rindui. Kenangan 'bersama' di kota suci Madinah kekal terpahat dalam memori manisku.

Baiklah, tulisan kali ini sangat berat bagi saya untuk berkongsi kepada semua pembaca. Namun, terbit di hati untuk menulis di sini lantaran yakin sangat bahawa apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Entah bagaimana mahu bermula, kerana di hati ini ALLAH sahaja yg tahu bagaimana rasanya. Kami sekeluarga diuji sekali lagi. Kali ini ujianNya cukup memberi tanparan hebat kepada kami. Akibat kezaliman, sifat tiada keperimanusiaan serta bertuhankan harta dunia...sanggup mengetepikan keadilan. Saya sangat-sangat terkejut, berlaku di depan mata bagaimana manusia yg selama ini (serta luaran) nampak sangat baik, sanggup menzalimi orang-orang yg amat aku sayangi. Laknatulllah. Yakin di sini kukatakan, jika tiada taubat pada diri manusia yg zalim ini, yakinlah anda akan kekal di dalam neraka yg paling bawah. Kejam, mmg sangat kejam!

Tapi tulah dia..syukur kerana masih lagi di bawah rahmat ALLAH. Kami perlahan-lahan cuba memulihkan keadaan. Dengan keyakinan bahawa ALLAH swt sekali-kali tidak akan menzalimi hambaNya, kami menguatkan semangat meneruskan kehidupan di bumi ALLAH yg hakikatnya penuh dengan kasih sayang. Yakinlah, ALLAH itu maha adil, maha pengasih dan maha penyayang. Dengan keyakinan sebegini, iALLAH setiap ujianNYA mampu kita hadapi dengan redha dan penuh keimanan.

ALLAH swt dan RasulluLLAH...kami berterima kasih kepadaMU. Smg berjumpa di syurga nanti. Ameen ya Rabbal 'Alamin...