Ada rakan saya di UTM yang kini sedang bertungkus lumus menghabiskan Master tesisnya, ada bertanyakan soalan bagaimana dengan persediaan sebelum menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya (PhD kot). Baiklah entri kali ini saya aku kongsi sedikit tips dalam konteks kewangan.
1. Bagi pegawai kerajaan yang bergaji penuh ketika cuti belajar, urusan kewangan mungkin lebih mudah. Adalah disyorkan supaya gaji tersebut dilaburkan. Terdapat beberapa saluran yang boleh digunakan untuk pelaburan:
- Amanah Hartanah Berhad (dari segi syariah insyaALLAH lulus)
- Tabung Haji (simpanan kita juga akan diberikan dividen tambahan)
- Beli rumah dan sewakan. Make sure ade yang uruskan dari segi maintenance rumah. Kerana harga rumah pasti akan naik. Walhal kalau kereta, ianya bukanlah aset sebaik rumah, kerana pasti berlaku penurunan harga. Try to find a time to do all this thing out before going abroad. iALLAH..pasang niat leklok k ^^,.
- Maaf, ni je yang saya yakin dengan 'syariah compliance'nye. Kalau ada lagi mohon pembaca cadangkan ya ^^,
2. Semua urusan ini boleh dijalankan dengan mudah dengan adanya kemudahan recurrence transaction dekat online banking. Ops, don't forget untuk buat pelaburan akhirat juga. Sebagai contoh, pilih mana2 badan kebajikan untuk dilaburkan wang anda itu. Amal jariah insyaALLAH. And pastikan ade portion untuk mak ayah kita juga ya. Lagi bagus kalau simpanan untuk mereka jauh lebih banyak dari simpanan untuk diri sendiri. Jangan lupa luasnya pintu rezeki yang ALLAH kurniakan buat hamba2Nya ya.
Sekian, sebarang pandangan dan cadangan sangat dialukan. Mohon doakan kita semua berjaya menjadi khalifah dan hamba ALLAH yang up to His standard. Ameen.
Tunduklah kamu dalam mencari rezeki kurniaan ALLAH.