As salam.
Syukur pagi ni, di hari Jumaat yang penuh barakah (25 Rejab), dapat juga saya mendirikan solat subuh berjemaah di surau, walaupun niat asal untuk bertahajud belum tertunai. Moga ALLAH panjangkan usia ini, dan diberi kesempatan untuk mengejar redha ALLAH melalui solat malam.Ameen.(jom sama2 kita mempromosi kebaikan)
Saya sebenarnya tengah sarapan di bilik hostel ni, sambil2 makan...dengar radio ikim, ada slot Motivasi Pagi. Syukur2... Tajuk hari ini adalah, Sifat Rendah Diri - Mengakulah " Ya, saya yang silap, maafkan saya ya". MasyaALLAH, tajuk yang sangat bagus, mampu menundukkan ego seterusnya mengangkat darjat seseorang hamba di sisi Tuannya/Tuhannya.
Berikut adalah isi-isi penting dalam slot ini:
1. Contoh dari Baginda saw- Baginda dan isteri tersayang, pernah saling menyalahi diri sendiri apabila pada suatu malam, baginda 'terpaksa' tidur di luar rumah lantaran Aisyah 'gagal' membuka pintu rumah. Kalau tidak silap saya, lantaran tertidur. MasyaALLAH, sifat mulia dari insan mulia, sangat wajar dicontohi.
2. Dengan mengaku kesilapan kita, sedikit pon tidak menjadikan kita hina. Kehinaan mahupun kemuliaan sesorang terletak dalam kekuasaan ALLAH swt.
3. Baginda Rasulullah saw pernah menangisi kematian seorang Yahudi. Baginda rasa sangat bersalah kerana umatnya ini mati tidak bersama Islam. Hebat bukan....
4. Kita patut sentiasa fikir, apa yang patut kita buat, bukan apa yang patut orang lain buat.
Selamat beramal, ingat...sentiasalah MERENDAH DIRI. ^^,
Thursday, June 14, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Bicara Remaja IKIM.fm - AlQuran di Hati
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mendengar sesi perkongsian oleh adik Jamal di radio IKIM.fm. Sedikit perkongsian untuk manfaat kita bersama:
1. Bukan masa yang menjadi halangan, tetapi sikap yang perlu
diperkasakan. Rajin2kan diri dan cuba peruntukan masa untuk menghafaz al-quran
(cth, antara maghrib dan isya’)
2. Bagaimana hendak menarik minat diri sendiri untuk
membaca/menghayati al-quran? Banyakkan membaca fadhail’amal-mencari fadhilat
membaca al-quran.
3. Tips kuat ingatan – kismis dan kurma, bersugi, membaca
al-quran.
4. Hendak lebih menghayati – Baca dengan maknanya skali.
5. Rajin2lah bawa al-quran di mana sahaja
6. Jangan anggap membaca al-quran itu beban, tetapi ingatlah
hakikat bahawa ianya satu ibadah.
Adik ini mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam
bidang perubatan. MasyaALLAH. Semoga menjadi sehebat Ibn Sina. Doa kami untuk adik Jamal, semoga bahagia dunia wa akhirat.
Monday, June 11, 2012
Indahnya Ukhwah (Wedding Redz dan Siti Serta Lawatan ke rumah Ramli) - 9/10 June 2012
Alhamdulillah, last weekend banyak benda yg telah berlaku:
1. Dapat pergi wedding sahabat di KL (tahniah buat Redzuan dan Siti Shazleena, semoga gerbang perkahwinan kalian meramaikan lagi ahli2 syurga. Ameen). Dapat juga bertemu kawan-kawan lama (saiful, zigon, huda, jannah n family dll). Ala2 small reunion. Masing2 masih lagi ting tong mcm dulu.hehe. Luaran pada saya mereka nampak masih sama (sdikit lain bagi Huda dan Zigon yang nampak sedikit kurus), tapi saya yakin dalaman masing2 sudah terbina kematangan menerusi tarbiah khas yang ALLAH berikan, yang mana setiap orang cara 'didikan/ujian' yang ALLAH beri berbeza-beza mengikut kemampuan. Aku doakan semoga perpisahan sementara kita di dunia ini menemukan kita di akhirat kelak..iALLAH di syurga ALLAH.Ameen.
2. Dapat juga pergi ke rumah seorang lagi sahabat, Ahmad Ramli Rashidi di Kg Jawa, Klang. Happy family, tu yg terucapkan apabila melihat kemesraan mereka anak beranak ( by the way, Nisa sangat comel..hehe). Terima kasih sangat2 atas layanan yang diberikan. Sungguh besar pahala bagi mereka yang sangat memuliakan tetamunya. Tahniah diucapkan. Semoga family ini terus dalam redha ALLAH. Pengajaran/teladan yang dapat diambil dari keluarga bahagia ini antaranya adalah sangat banyak buku di rumah mereka (gedung ilmu tu..hehe), sangat banyak bilik, yang mana mereka sangat menitikberatkan adab bergaul sesama ahli keluarga yang berlainan jantina. Saya juga perasan ukhwah antara mak dan anak serta ayahnya sangat akrab, even dorang main golf pon mereka main anak beranak. Ini sangat wajar dicontohi. Beriadalah sesama ahli keluarga, iALLAH makin erat ukhwat yg terjalin kerana ALLAH ta'ala. Satu lagi yang saya cuba highlight di sini, adalah si cilik bernama Nisa, baru berusia 4 tahun tapi sangat bijak. Beliau mampu mengira, mengeja dan menyanyi dengan baik walau pada usia yg sangat muda. Bakat besar nie. Doa saya semoga generasi akan datang lebih baik daripada generasi sekarang. Semoga Islam terus dibela dan dibina. Ameen.
Terlalu banyak pengajaran/teladan yang saya cuba pelajari dalam tempoh 2 hari ini. iALLAH, kalau ada kesempatan akan saya ceritakan dalam entri akan datang. Yakinlah, tidak wujud istilah KEBETULAN dalam dunia ini. Setiap yang berlaku atas aturan ALLAH, dan pastinya setiap yang diaturkan itu adalah salah satu ujian/nikmat ALLAH. Sama-sama kita mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku, tidak kira kecil atau besar kejadian itu. Wallahu'alam..
Wednesday, June 6, 2012
Bantuan ALLAH swt Bersama Orang yang Suka Membantu Sesama MakhlukNya
Sejak dua menjak nie banyak terdengar dengan pelbagai cerita berkaitan perjalanan hidup seorang pelajar PhD. Macam-macam, ada yang sangat cantik urusannya, dipermudahkanNya. Walau banyak kali buat eksperimen, tapi berkat kesabaran dan usaha yang berterusan, dapat juga hasilnya. Dan ada juga yang saya dengar, tak dapat siap on time, kena extend beberapa bulan and tahun. Ada juga yang dulunya buat PhD di oversea, kerana x sempat siap, terpaksa balik ke Malaysia. MasyaALLAH, sesungguhnya ALLLAH maha pengayang.
Entahlah ek, ada sorang nie tetiba saya sangat kagum dengan dia. Dalam kesibukan dia sebagai pelajar PhD, masih lagi sempat memperuntukkan masa untuk membantu orang lain. Antara yang dia usahakan adalah membantu pelajar yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran melalui penulisan di blognya. Infor berkaitan IELTS, VISA, tips mencari biasiswa etc. Alhamdulillah..sangat banyak info berguna di blognya (she inspired me a lot). Dan melalui penulisannya jugak, saya perasan penyelidikannya berjalan sangat lancar. MasyaALLAH. Supervisornya juga cukup baik.
Satu pengajaran yang saya perasan adalah, ALLAH akan bantu kita selagi mana kita banyak membantu hamba-hambaNya yang lain. Dengan syarat, bantuan itu adalah sunnatullah compliance dan syariah compliance. Kagum sangat dengan orang-orang macam nie. InsyaALLAH, sama2 kita menjadi manusia yang ringan tulang, suka tolong menolong dan saling memberi sokongan, kerana ALLAH ta'ala. Pastikan kita tidak mengharapkan balasan dan niatkan hanya untuk mendapat redha ALLAH. Once dah buat baik, lupakanlah perbuatan baik kita itu. Prof Muhaya pon ada sebut, kalau nk buat baik, cuba jugak buat baik dengan orang yang x mampu nak balas balik dan x kenal kita. Contoh, makcik cleaner ke dll. semoga memperoleh ikhlas. Selamat beramal. ^^,

Graduasi Masterku 2012
Lama benar rasanya tidak dikemaskinikan blogku ini. Hehe, busy skit (sound a bit cliche, tapi tulah hakikatnya) . Baiklah, rasanya kali ni nak berkongsi sedikit satu lagi detik penting dalam hidupku bergelar khalifah. Tanggal 7hb May 2012, satu lagi kejayaan tercatat apabila akhirnya aku diberi anugerah Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Bioperubatan) setelah hampir 2 tahun bertungkus-lumus menyiapkan penyelidikan. Jujur ingin saya katakan, terlalu banyak yang telah saya pelajari sepanjang perjalanan mendapatkan sekeping ijazah ini. Hakikatnya, jauh lebih berharga.
Terlalu banyak hendak diceritakan, tapi rasanya untuk entri kali ini, biarlah saya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang sesi graduasi. Ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan di sini, pertama...syukur alhamdulillah, saya sangat2 bersyukur apabila pada hari kejadian, mak abah saya telah diberi peluang oleh ALLAH swt untuk duduk di kerusi VIP, depan sekali dalam dewan besar, dan ternyata yang paling depan. MasyaALLAH. Jauh di sudut hati, ternyata mereka memang layak, at least di mata saya. Doa, sokongan, dorongan mereka banyak memberi inspirasi kepada saya untuk berjaya. Semoga usaha saya untuk turut sama masuk syurga bersama-sama mereka satu hari nanti menjadi kenyataan. Ameen ya rabbal'alamin.
Apa yang saya cuba tekankan di sini adalah, marilah kita SEDAYA UPAYA MENGHARGAI IBU BAPA KITA, dengan apa cara sekalipun sunnatullah-friendly dan syariatullah-friendly. Entahlah ya, semakin dekat tarikh untuk saya meninggalkan tanah air, semakin kuat rasa ukhwah antara kami. Syukur kepada ALLAH atas nikmat cinta suci yang dikurniakan ini.
Baiklah, pada sesi petang, selepas keluar dari dewan besar, seperti biasa, kami turut mengambil kesempatan untuk merakam saat-saat indah bersama. Bersyukur sangat sebab ramai ahli keluarga yang datang (kak yah, abg lan, kak ani, ikmal, abg boy), termasuk juga sahabat-sahabat dari MEDITEG kesayangku.. Terima kasih sangat...korang buat aku terharu. Semoga ALLAH pelihara ukhwah ini sehingga ke Syurga. Ameen. Dan saat-saat yang paling diingati saya adalah apabila mak dan abah disarungkan jubah graduasi saya. Saya sengaja berbuat demikian atas dasar mahu memberi kehormatan kepada insan yang sangat penting dalam hidup saya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti ada mereka yang memberi dorongan dan juga memanjatkan doa kpt yang MAHA ESA. Syukur sangat2. Terpancar kegembiraan di wajah mereka. Dan sehingga ke hari ini, mereka masih teringat2 saat mereka disarungkan jubah itu. Jauh di sudut hati saya, merekalah insan yang paling layak menerima setiap pengiktirafan ini. Terima kasih mak abah!! =D ^^,

Happy Family dunia wa akhirat. Ameen. |
Subscribe to:
Posts (Atom)